Friday, October 17, 2008

PERINGATAN RAJA-RAJA MELAYU

KUALA TERENGGANU 16 Okt. — Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

PETIKAN DARI KENYATAAN AKHBAR

* “Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat."

* “Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.

Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar."

* “Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok."

* “Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan."

* Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan. Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.
Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.


Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1017&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=365042

3 comments:

ketam said...

Tuan sila gerakkan usaha menyedarkan bangsa melayu kerana DAP sekrang secara terang-terangan ingin menghapuskan hak dan keistemwaan melayu,Yg Di pertuan Agong dan Raja-Raja MElayu.. baca blog LIM KIT SIANG... bukankah hak melantik(memperkenankan) KETUA HAKIM NEGARA adalah HAK YANG DI PERTUAN AGONG DAN MAJLIS RAJA_RAJA MELAYU??? KEnapa perlu dipertikaikan lagi?? Walaupun PM yg mencadang tidak semestinya KEbawah DUli akan merestuinya.. cadangan penubuhan SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN oleh ZAID IBRAHIM (UMNO perlu pecat pengkhianat bangsa ni)yg sebenarnya menjurus dan dipermainkan DAP.. cadangan itu seolah-olah KESEMUA KEBAWAH DULI RAJA-RAJA MELAYU BODOH dan BANGGANG..

Pertahankanlah bangsa dan hak anda...

Anonymous said...

Tak apalah, yang lepas tu biar lepas. Selepas ini jangan lagi bahasa Melayu diperkotak-katikkan lagi. Peringatan itu untuk semua, tak kira kerajaan Pakatan Rakyat mahupun kerajaan Barisan Nasional.Kembalikan bahasa Melayu ke tempat yang selayaknya, misalnya dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris perlu dihentikan.Kesilapan memang seharusnya diberi peringatan dan bukan pula untuk dituding pula ke mana-mana pihak.

Anonymous said...

fikirkan apa akan terjadi sekiranya melayu hilang hak diatas negara mereka sendiri

http://pemimpinmuda.malayaonline.com/?p=12