Tuesday, October 14, 2008

KHAIRY JAMALUDDIN KEGELISAHAN!

MUKHRIZ 40, KHAIRY 20.

MUKHRIZ MAHATHIR: Kimanis, Jerlun, Besut, Alor Star, Cameron Highlands, Bukit Gelugor, Tasek Gelugor, Kota Melaka, Pagoh, Jelebu, Jempol, Teluk Intan, Pasir Gydang, Lipis, Langkawi, Kalabakan, Kuantan, Bentong, Pokok Sena, Padang Rengas,Tuaran, Rasah, Permatang Pauh, Kampar, Ipoh Barat, Tenggara, Bagan, Subang, Kota Belud, Batu Pahat, Gombak, Beaufort, Padang Serai, Kuala Selangor, Kulai, Bakri, Setiawangsa, Sepanggar, Simpang Renggam, Tebrau.

KHAIRY JAMALUDDIN: Machang, Pengkalan Chepa, Silam, Ketereh, Beruas, Bagan Datoh, Kota Kinabalu, Pontian, Raub, Bagan Serai, Bandar Tun Razak, Rompin, Bachok, Gelang Patah, Parit Buntar, Johor Bahru, Keningau, Bayan Baru, Sepang.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan pencalonan yang diterima Khairy dan Mukhriz.

Kepada penganalisis politik, sesuatu yang luarbiasa ini mempunyai makna yang tersirat.

Selepas 73 bahagian Pemuda Umno mengadakan mesyuarat perwakilan, jelas Khairy Jamaluddin tidak menerima satu pun pencalonan dari bahagian di negeri tumpah darahnya, Negeri Sembilan,

Tiga bahagian pemuda Negeri Sembilan – Jelebu, Jempol dan Rasah – mencalonkan anak Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz, untuk jawatan tertinggi Pemuda Umno dan mengenepikan menantu Abdullah Ahmad Badawi itu.

Kepada penganalisis politik, ianya satu tempelak kepada Khairy dan Abdullah. Kepada ahli-ahli politik, mesejnya pasti membimbangkan Khairy.

Persoalan akan timbul di kalangan perwakilan Umno dan pasti akan dieksploitasikan oleh musuh dan lawan Khairy termasuk Mukhriz dan bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo.

Persoalannya “apakah perwakilan Pemuda Umno memilih seseorang untuk memimpin mereka padahal di kampung sendiri pun ditolak ahli?”

Tidak menghairankan seorang penulis mengambarkan Khairy di dalam kegelisahan apabila mendapati ramalan orang-orang di sekeliling beliau meleset manakala populariti Mukhriz menjulang tinggi.

“Even if he is not, Khairy Jamaluddin has every reason to be nervous. His closest in the contest to be Umno Youth chief Datuk Mukhriz Mahathir has cleared the requisite 39 nominations while he trails with 20.” – Zubaidah Abu Bakar.

(Walaupun beliau tidak kelihatan sedemikian, Khairy Jamaluddin tetap mempunyai sebab untuk merasa gelisah. Pencabar terdekat beliau untuk jawatan Ketua Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir telah melepasi syarat 39 pencalonan untuk bertanding dan Khairy hanya mendapat 20 pencalonan) (http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/National/2374443/Article/index_html)

Joceline Tan dari The Star menulis:

“But the question everyone is asking now is what has gone wrong with the Khairy’s political juggernaut? Is it simply because his father-in-law is on his last leg as Prime Minister or is it something more complex?

He has campaigned extensively the last few months, he has tremendous access in his capacity as the incumbent deputy Youth leader and he has the funds.

He even has a “war team” comprising of some seasoned faces including a former journalist and a couple of bright, young individuals.”
http://www.thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2008/10/14/columnists/joceline/2265466&sec=joceline

(Persoalannya sekarang di mana silapnya dan apa sudah jadi kepada kekuatan politik Khairy? Adakah di sebabkan bapa mertuanya sudah sampai ke penghujung jalan sebagai Perdana Menteri atau sesuatu yang lebih kompleks?

Khairy berhempas pulas berkempen beberapa bulan kebelakangan ini dan beliau mempunyai akses yang kuat sebagai Timbalan Pemuda Umno dan Khairy mempunyai wang yang cukup.

Malahan, Khairy turut mempunyai sebuah “pasukan perang” yang terdiri muka-muka yang amat berpengalaman termasuk seorang bekas wartawan dan dua individu muda dan bijak.)

Jawapannya mudah. Stigma yang dibawa Khairy tidak membantu beliau. Pemilihan Umno merupakan jalan terbaik untuk memberi mesej kepada Khairy bahawa apa yang berlaku sejak 2003 tidak dapat diterima oleh akar umbi dan memualkan.

Kalau anggapan ini tidak benar, kenapa ketiga-tiga bahagian di Negeri Sembilan menolak Khairy?

Khairy tidak memerlukan cerdik pandai untuk mencari jawapan kenapa beliau ketinggalan jauh di belakang Mukhriz ketika ini.

Malaysia bukan Amerika Syarikat. Perdana Menteri Malaysia bukannya Perdana Menteri Amerika Syarikat. Politik Malaysia bukannya politik Amerika Syarikat.

Ini yang Khairy lupa ketika Abdullah Ahmad Badawi mula berkuasa pada 2003. Ahli-ahli Umno beradap dan bersopan dalam menyampaikan mesej mereka.

Maka dengan beradap dan bersopanlah mereka menyampaikan mesej mereka kepada Khairy.
Tiga bahagian di Negeri Sembilan dengan beradap dan bersopan sudah menyampaikan mesej yang jelas kepada Khairy.

Khairy masih muda dan berkelulusan tinggi. Jarang anak muda umpama Khairy mendapat tempat di dalam Umno. Malangnya Khairy tidak menghargai tempat yang diberikan oleh Umno kepada beliau.

Khairy mentah di dalam arena politik kerana beliau beranggapan Malaysia adalah Amerika Syarikat.

Khairy perlu ingat, di dalam Umno, politiknya berbentuk “zero sum game” (yang kalah, kalah semua). Apa nasib Khairy selepas ini, hanya tuhan yang akan tentukan.
Semuga Khairy belajar dari kesilapan dan menyedari bahawa kedudukan yang diperolehi hanya sementara.

2 comments:

Generasi Pejuang Bangsa said...

masih ada byk bahagian lagi belum bersidang . jangan meramalkan muhkriz telah menang dan ada juga tidak kena dgn pengundian pencalonan ini .

Pengaruh Ketua Bahagian dlm pemilihan pemuda spt di Kimanis cukup meragukan dan desas desus mengantkan juga kem muhkriz main duit di beberapa bahagian kepada perwakilan .

dalam politik ini tak dpt dipisahkan dgn politik wang dan pencalonan muhkriz tinggi agk mengejutkan byk pihak .

Anak bangsawan UMNO

VS
anak muda bijak pandai yg
bercita2 tinggi

Anonymous said...

"anak muda bijak pandai yg
bercita2 tinggi"

ye...rakus serakah mcm tuk guru dia juga.tak penyabar..ha tu lah jawapannya..bijak pandai mcmapun klau kebijasanaan tu disalah guna maka ni lah hasilnya..saya rasa pejuang melayu tak dpt terima kenyataan dgn suara akar umbi yg sebenar..

klau x percaya tgk jek lah mana2 poll yg ada kat internet ni..klau tanya sapa bakal ketua pemuda rata2 mmg org akan vote mukhriz..

klau gini gaya nya org2 umno susahlah..sbb tak dapat mengagak kehendak sebenar rakyat..mm...dah mmg rata2 org tak suka KJ..mukhriz jugak disalahkan nya juga..