Saturday, October 11, 2008

CORAT-CORET: DATUK SHAH RUKH KHAN


"DMSM dianugerahkan bagi mengenang jasa Shah Rukh Khan dalam bidang seni dan perfileman di peringkat antarabangsa, termasuk di Malaysia. " - Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka (Mohd Ali Rustam) Saadun Basiron.

Siapa agaknya yang begitu berminat pada bintang Bollywood ini sehinggakan merasakan Shah Rukh Khan, rakyat India, begitu berjasa kepada negara sehinggakan layak dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk?

Tidak perlulah kita senaraikan nama-nama rakyat tempatan yang banyak berjasa kepada negara dan dilupakan begitu sahaja jasa mereka.

Inilah masalah dengan kita dan pemimpin kita. Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak. - 20k0957p

1 comment:

Anonymous said...

Adakah SRK:
1. pembayar cukai pendapatan, perniagaan atau zakat terbanyak di malaysia?
2. menjalankan kerja-kerja kemanuisaan melebihi misi Salam, Aman malaysia atau Mercy's?
3. mempertahankan Agama Islam ke tahap tertinggi termasuk ketika kegawatan akibat kerenah Bar Council?