Showing posts with label najib pak lah umno kuasa peralihan dr mahathir tengku razaleigh khairy jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label najib pak lah umno kuasa peralihan dr mahathir tengku razaleigh khairy jamaluddin. Show all posts

Monday, November 3, 2008

SAAT GENTING BUAT MUHYIDDIN YASSIN!

HUJUNG minggu ini menjadi penentu samada Muhyiddin Yassin mendapat laluan automatik menjadi Timbalan Presiden Umno yang secara lazimnya dilantik Timbalan Perdana Menteri atau menghadapi pertandingan getir Mac 2009 nanti.
Hujung minggu ini, 49 bahagian lagi akan mengadakan pemilihan bahagian dan pencalonan untuk jawatan ke Majlis Tertinggi Umno. Selepas berakhirnya mesyuarat bahagian semalam, Muhyiddin memperolehi 79 pencalonan sementara pencabar beliau Mohd Ali Rustam 32 dan Muhammad Muhammad Taib 30.
Ali Rustam memerlukan hanya 7 lagi pencalonan sementara Muhammad Taib 9, untuk melayakkan diri mencabar Muhyiddin untuk jawatan kedua tertinggi Umno. Sanggupkah Muhyiddin mengharungi pertandingan? http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm
Pencalonan yang banyak diperolehi Muhyiddin tidak akan membawa sebarang erti semasa pemilihan Umno Mac nanti sekiranya Ali Rustam dan Muhammad Taib layak untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Kurang lebih 3,000 perwakilan akan tentukan pada akhir Mac nanti samada mereka mahukan Muhyiddin, Ali Rustam atau Muhammad Taib sebagai presiden mereka. Muhyiddin mungkin popular selepas pilihanraya Mac lepas, tetapi kini tanda-tanda populariti beliau semakin pudar apabila bahagian-bahagian sejak akhir-akhir ini lebih menjurus kepada Ali dan Muhammad Taib. Mungkin juga kerana sokongan Abdullah Ahmad Badawi kepada Ali Rustam menyebabkan pencalonan mula "lari" dari Muhyiddin. Oleh itu tidak perlulah Muhyiddin mendabik dada ketika ini kerana nyata 62 bahagian Umno tidak mahukan beliau sebagai Timbalan Presiden kalau diambil kira pencalonan sehingga semalam.
Mampukah Muhyiddin menang Mac nanti atau berputih mata? Jawapannya ialah Muhyiddin berhadapan masalah besar untuk memenangi jawapan Timbalan Presiden Ali Rustam dan Muhammad Taib bukan calang-calang lawan.
Fakta membuktikan Ali Rustam dan Muhammad Taib lebih popular dari Muhyiddin di kalangan perwakilan Umno kecuali pada pemilihan 1993 apabila Muhyiddin mengambil keputusan menyertai kem Anwar Ibrahim.
1993 Muhyiddin menang besar pertandingan Naib Presiden tetapi kalah kepada Muhammad Taib pada 1996. Tahun 2000 Muhyiddin hanya di tempat ketiga Naib Presiden di bawah Muhammad Taib dan 2004 di tempat ketiga juga, kali ini di bawah Ali Rustam.
Kalau Muhyiddin merasakan beliau akan menang jawatan Timbalan Presiden, ianya akan membawa padah. Kemungkinan Muhyiddin kalah Mac nanti besar peluangnya kerana sejarah pemilihan Umno membuktikan perwakilan lebih "meminati" Ali Rustam dan Muhammad Taib dari Muhyiddin.
Kesimpulannya, Muhyiddin belum lagi pasti akan menjadi timbalan Najib. Tidak mustahil Ali Rustam bakal Timbalan Perdana Menteri dan tidak mustahil juga Mat Taib.
REKOD PEMILIHAN
PEMILIHAN 1993 (Team Wawasan)
Naib Presiden
1. Muhyiddin Yassin - 1413 undi; 2. Najib Razak - 1,202 undi; 3. Muhammad Muhammad Taib - 1,189 undi; 4. Abdullah Ahmad Badawi - 927 undi; 5. Sanusi Junid - 525 undi.
PEMILIHAN 1996
Naib Presiden: 1. Najib Razak - 1,483; 2. Abdullah Ahmad Badawi - 1,053; 3. Muhammad Muhammad Taib - 1,045; 4. Ramli Ngah Talib - 696; 5. Syed Hamid Albar - 653; 6. Muhyiddin Yassin - 545; 7. Yob Tajuddin Kulub Ismail - 111.
Ahli Majlis Tertinggi (1996): 1. Abdul Hamid Othman - 1,517; 2. Abdul Ghani Othman - 1,486; 3. Mustapha Mohamed - 1,484, 4. Mohd Ali Rustam - 1,428.
PEMILIHAN 2000
Naib Presiden: 1. Najib Razak - 1,289; 2. Muhammad Muhammad Taib - 853; 3. Muhyiddin Yassin - 813.
Ahli Majlis Tertinggi (2000): 1. Mohd Ali Rustam - 1,647; 2. Mustapha Mohamed - 1,628; 3. Mohd Tajol Rosli Ghazali - 1,439.
PEMILIHAN 2004
Naib Presiden: 1. Isa Samad - 1,507; 2. Mohd Ali Rustam - 1,329; 3. Muhyiddin Yassin - 1,234; 4. Muhammad Taib - 1,170; 5. Mustapha Mohamed - 1,069; 6. Adnan Yaakob - 690; 7. Shahrir Samad - 492.

Tuesday, October 14, 2008

KHAIRY JAMALUDDIN KEGELISAHAN!

MUKHRIZ 40, KHAIRY 20.

MUKHRIZ MAHATHIR: Kimanis, Jerlun, Besut, Alor Star, Cameron Highlands, Bukit Gelugor, Tasek Gelugor, Kota Melaka, Pagoh, Jelebu, Jempol, Teluk Intan, Pasir Gydang, Lipis, Langkawi, Kalabakan, Kuantan, Bentong, Pokok Sena, Padang Rengas,Tuaran, Rasah, Permatang Pauh, Kampar, Ipoh Barat, Tenggara, Bagan, Subang, Kota Belud, Batu Pahat, Gombak, Beaufort, Padang Serai, Kuala Selangor, Kulai, Bakri, Setiawangsa, Sepanggar, Simpang Renggam, Tebrau.

KHAIRY JAMALUDDIN: Machang, Pengkalan Chepa, Silam, Ketereh, Beruas, Bagan Datoh, Kota Kinabalu, Pontian, Raub, Bagan Serai, Bandar Tun Razak, Rompin, Bachok, Gelang Patah, Parit Buntar, Johor Bahru, Keningau, Bayan Baru, Sepang.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan pencalonan yang diterima Khairy dan Mukhriz.

Kepada penganalisis politik, sesuatu yang luarbiasa ini mempunyai makna yang tersirat.

Selepas 73 bahagian Pemuda Umno mengadakan mesyuarat perwakilan, jelas Khairy Jamaluddin tidak menerima satu pun pencalonan dari bahagian di negeri tumpah darahnya, Negeri Sembilan,

Tiga bahagian pemuda Negeri Sembilan – Jelebu, Jempol dan Rasah – mencalonkan anak Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz, untuk jawatan tertinggi Pemuda Umno dan mengenepikan menantu Abdullah Ahmad Badawi itu.

Kepada penganalisis politik, ianya satu tempelak kepada Khairy dan Abdullah. Kepada ahli-ahli politik, mesejnya pasti membimbangkan Khairy.

Persoalan akan timbul di kalangan perwakilan Umno dan pasti akan dieksploitasikan oleh musuh dan lawan Khairy termasuk Mukhriz dan bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo.

Persoalannya “apakah perwakilan Pemuda Umno memilih seseorang untuk memimpin mereka padahal di kampung sendiri pun ditolak ahli?”

Tidak menghairankan seorang penulis mengambarkan Khairy di dalam kegelisahan apabila mendapati ramalan orang-orang di sekeliling beliau meleset manakala populariti Mukhriz menjulang tinggi.

“Even if he is not, Khairy Jamaluddin has every reason to be nervous. His closest in the contest to be Umno Youth chief Datuk Mukhriz Mahathir has cleared the requisite 39 nominations while he trails with 20.” – Zubaidah Abu Bakar.

(Walaupun beliau tidak kelihatan sedemikian, Khairy Jamaluddin tetap mempunyai sebab untuk merasa gelisah. Pencabar terdekat beliau untuk jawatan Ketua Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir telah melepasi syarat 39 pencalonan untuk bertanding dan Khairy hanya mendapat 20 pencalonan) (http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/National/2374443/Article/index_html)

Joceline Tan dari The Star menulis:

“But the question everyone is asking now is what has gone wrong with the Khairy’s political juggernaut? Is it simply because his father-in-law is on his last leg as Prime Minister or is it something more complex?

He has campaigned extensively the last few months, he has tremendous access in his capacity as the incumbent deputy Youth leader and he has the funds.

He even has a “war team” comprising of some seasoned faces including a former journalist and a couple of bright, young individuals.”
http://www.thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2008/10/14/columnists/joceline/2265466&sec=joceline

(Persoalannya sekarang di mana silapnya dan apa sudah jadi kepada kekuatan politik Khairy? Adakah di sebabkan bapa mertuanya sudah sampai ke penghujung jalan sebagai Perdana Menteri atau sesuatu yang lebih kompleks?

Khairy berhempas pulas berkempen beberapa bulan kebelakangan ini dan beliau mempunyai akses yang kuat sebagai Timbalan Pemuda Umno dan Khairy mempunyai wang yang cukup.

Malahan, Khairy turut mempunyai sebuah “pasukan perang” yang terdiri muka-muka yang amat berpengalaman termasuk seorang bekas wartawan dan dua individu muda dan bijak.)

Jawapannya mudah. Stigma yang dibawa Khairy tidak membantu beliau. Pemilihan Umno merupakan jalan terbaik untuk memberi mesej kepada Khairy bahawa apa yang berlaku sejak 2003 tidak dapat diterima oleh akar umbi dan memualkan.

Kalau anggapan ini tidak benar, kenapa ketiga-tiga bahagian di Negeri Sembilan menolak Khairy?

Khairy tidak memerlukan cerdik pandai untuk mencari jawapan kenapa beliau ketinggalan jauh di belakang Mukhriz ketika ini.

Malaysia bukan Amerika Syarikat. Perdana Menteri Malaysia bukannya Perdana Menteri Amerika Syarikat. Politik Malaysia bukannya politik Amerika Syarikat.

Ini yang Khairy lupa ketika Abdullah Ahmad Badawi mula berkuasa pada 2003. Ahli-ahli Umno beradap dan bersopan dalam menyampaikan mesej mereka.

Maka dengan beradap dan bersopanlah mereka menyampaikan mesej mereka kepada Khairy.
Tiga bahagian di Negeri Sembilan dengan beradap dan bersopan sudah menyampaikan mesej yang jelas kepada Khairy.

Khairy masih muda dan berkelulusan tinggi. Jarang anak muda umpama Khairy mendapat tempat di dalam Umno. Malangnya Khairy tidak menghargai tempat yang diberikan oleh Umno kepada beliau.

Khairy mentah di dalam arena politik kerana beliau beranggapan Malaysia adalah Amerika Syarikat.

Khairy perlu ingat, di dalam Umno, politiknya berbentuk “zero sum game” (yang kalah, kalah semua). Apa nasib Khairy selepas ini, hanya tuhan yang akan tentukan.
Semuga Khairy belajar dari kesilapan dan menyedari bahawa kedudukan yang diperolehi hanya sementara.

Monday, September 29, 2008

MUHAMMAD MUHD TAIB TIMBALAN PM?

MUHAMMAD Taib bakal Timbalan Perdana Menteri? SMS tersebar luas Muhammad Taib berminat bertanding jawatan kedua tertinggi dalam pemilihan Umno Mac depan.

Bolehkah Muhammad Taib, yang pernah dihadapkan ke mahkamah di Australia kerana gagal mengisytiharkan jutaan ringgit wang tunai yang dibawa beliau, menang?

Wednesday, September 24, 2008

KEPUTUSAN MENGEJUT PIMPINAN UMNO?

SETELAH membatalkan lawatan ke Arab Saudi dan Bahrain, kini Najib Razak membatalkan lawatannya ke Amerika Syarikat di mana Timbalan Perdana Menteri sepatutnya berucap di PBB.

Laporan Bernama: KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membatalkan lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat, yang sepatutnya bermula esok hingga 1 Okt.Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri petang ini menyebut pembatalan lawatan kerja itu telah dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi."Ini ekoran keadaan ekonomi di peringkat antarabangsa yang menuntut perhatian Timbalan Perdana Menteri untuk menjamin keadaan ekonomi negara terus kukuh," kata kenyataan itu. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=361121

Keputusan Najib ini mengundang pelbagai spekulasi dan khabar angin.

Khabar Angin 1: Najib dan Abdullah Ahmad Badawi mengadakan rundingan mempercepatkan peralihan kuasa malam semalam.

Khabar Angin 2: Abdullah bersetuju menyerahkan kuasa kepada Najib Jun tahun hadapan.

Khabar Angin 3: Pemilihan bahagian ditangguhkan ke tahun hadapan.

Khabar Angin 4: Perhimpunan Agung Umno akan ditangguhkan ke Jun tahun hadapan di mana Abdullah akan menyerahkan kuasa kepada Najib di Perhimpunan Agung dan disaksikan lebih 3,000 perwakilan.

Khabar Angin 5: Najib bersetuju untuk mengambil alih Jun tahun hadapan.

Wallahuallam

Thursday, July 10, 2008

AHLI UMNO TAK LELAP TIDUR DEK PERALIHAN KUASA

PERALIHAN KUASA: Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO kepada Najib Razak pada Jun 2010. Beliau dan Najib juga akan mempertahankan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan UMNO Disember ini.

"Saya tak akan memimpin UMNO dan BN dalam pilihan raya akan datang,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan mengadakan pertemuan dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian di PWTC. Itulah laporan Utusan Malaysia mengenai pengumumam Abdullah petang semalam.

Khabarnya ada pemimpin dan ahli Umno tidak tidur malam ini dan ada yang tidak lelap tidur memikirkan perkembangan terbaru ini. Sebenarnya pengumuman ini bukanlah di luar dugaan.

Tahun 2010 mula diwarwarkan bila Abdullah bertemu dengan Umno Johor selepas pilihanraya Mac lepas. Malah dalam mesyuarat tersebut ada ketua bahagian di Johor mahukan Abdullah meletakkan jawatan Disember ini.

Perkara yang sama dibangkitkan dalam “retreat” Umno di Glenmarie sebulan yang lalu. Kini Abdullah sudah menyatakan kesediaan untuk meletakkan jawatan dua tahun dari sekarang. Apakah ini diterima oleh ahli-ahli di akar umbi? Sama-sama kita tunggu reaksi semasa mesyuarat cawangan dan bahagian nanti.

Sementara itu kita lihat apa kata reaksi beberapa pemimpin Umno terhadap pengumuman itu:

“Bukan perkara yang mudah untuk melepaskan jawatan tetapi ia dibuat demi menghormati pandangan umum, saya rasa amat terharu dan bertuah apabila Yang Amat Berhormat (Abdullah) memberi kepercayaan kepada saya,” Najib Razak.

“Najib akan dijanji peralihan kuasa akan dibuat pada 2010. Sebelum sampai tarikh keramat ini tuduhan akan dilempar terhadapnya supaya dia ternampak tidak lagi layak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Seorang yang dianggap lebih setia kepada Dato Seri Abdullah akan menggantinya. Pengganti tidak akan ambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2010 kerana kurang pengalaman. Dato Seri Abdullah akan bermurah hati untuk mengisi jawatan itu hingga Pilihanraya Umum ke-13.” – Dr Mahathir Mohamad.

"Kita akan lihatlah. Tempoh pemilihan ini masih panjang. Kenapa tergesa-gesa untuk buat keputusan sekarang. Tetapi tidak mengapa, tempoh pemilihan bulan 10 (Oktober) maka waktu itu UMNO yang bersidang di tiap-tiap bahagian tentu akan menilai sama ada apa yang diputuskan suatu yang mereka sukai ataupun mereka ada pandangan masing-masing." – Muhyiddin Yassin.

“Keputusan itu tidak akan mengubah pendirian saya untuk bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti Disember ini.” – Tengku Razaleigh Hamzah.

"Cara ini (peralihan kuasa) sebenarnya menyelamatkan Umno kerana dengan langkah ini, Umno mendapat satu perubahan secara total. Ini adalah langkah terbaik untuk memulihkan parti." Muhammad Muhammad Taib.

“Tidak ada apa yang perlu disedihkan atau kecewa. Ini adalah sebahagian daripada keputusan parti, ia adalah sesuatu yang akan mengukuhkan parti." Khairy Jamaluddin.