Tun Dr Mahathir Mohamad amat terserlah bijak berpolitik.
Semalam beliau secara rasmi tidak lagi menyokong Najib. Hari untuk mengisytiharnya pun hari yang istimewa - Isnin, hari pertama Najib memasuki pejabat selepas lama bercuti di Eropah.
Apa kata Dr Mahathir? Antara intipatinya:
* Saya tidak akan menyangkal kerana saya telah berkali-kali menegur dasar-dasar Kerajaan sekarang. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.
** Pilihan saya bagi mengganti Tun Abdullah ialah Dato Seri Najib. Setelah beberapa lama dilihat bahawa dasar dan tindakan Dato Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun Abdullah.
*** Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke13 lebih buruk dari Tun Abdullah.
**** Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.
***** Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.
****** Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.
******* Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.
Kalau dulu, ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, kritikan Dr Mahathir sudah cukup untuk merebahkan Pak Lah.
Tetapi tidak hari ini.
Dr Mahathir boleh menyalak senyaring mana pun, yang pasti kesannya tidak ke mana.
Kalau dulu kritikan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Pak Lah mendapat sokongan pemimpin Umno termasuk Muhyiddin Yassin dan Najib Razak, hari ini Dr Mahathir keseorangan.
Kalau dulu Dr Mahathir mendapat sokongan 3-0, setakat hari ini, 2-0 sudah menyebelahi Najib.
Dua Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamid dan Hishammuddin Hussien, tidak menyokong Dr Mahathir.
Apa kata Hishammuddin?
Komen saya mengenai teguran Tun Mahathir Mohamad:
Tun Mahathir tidak pernah lokek dengan pandangan dan teguran. Tapi ini tak bermakna kita setuju dengan apa yang diluahkannya. Pada masa sama, saya tak nak aibkan pandangan Tun M kerana dari dulu lagi beliau ada pendiriannya sendiri. Saya hormati pandangan beliau. Jika sekiranya DS Najib tidak lakukan tindakan berani dengan berdepan dengan puak pemisah, tidak mungkin saya mampu mengurus kepulangan jenazah MH17 ke Malaysia. Justeru, terpulang kepada rakyat untuk menilai sendiri.
Tun Mahathir tidak pernah lokek dengan pandangan dan teguran. Tapi ini tak bermakna kita setuju dengan apa yang diluahkannya. Pada masa sama, saya tak nak aibkan pandangan Tun M kerana dari dulu lagi beliau ada pendiriannya sendiri. Saya hormati pandangan beliau. Jika sekiranya DS Najib tidak lakukan tindakan berani dengan berdepan dengan puak pemisah, tidak mungkin saya mampu mengurus kepulangan jenazah MH17 ke Malaysia. Justeru, terpulang kepada rakyat untuk menilai sendiri.
Apa kata Zahid?
Seseorang pemimpin yang telah dipilih rakyat harus dihormati termasuk oleh bekas pemimpin.
Setakat ini, belum ada kenyataan dari pemimpin Umno termasuk di peringkat bahagian menyokong pendirian Dr Mahathir terhadap Najib.
Kalau dulu Naib-Naib Presiden Umno menyokong Dr Mahathir untuk memencilkan Pak Lah, hari ini tiada sokongan untuk Dr Mahathir.
Itulah realiti politik Dr Mahathir perlu sedari.
Kebanyakan Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen menyokong Najib.
Apa tidaknya. Kebanyakan mereka kini memegang pelbagai jawatan - ada sudah jadi Pengerusi GLC, ada sudah jadi Ahli Lembaga Pengarah, ada sudah jadi Penasihat dan ramai sudah bertaraf Menteri.
Mereka cukup gembira dengan layanan yang diberikan oleh Presiden Umno, bukan macam zaman Dr Mahathir dulu.
Yang tidak diberi jawatan pun kelihatan tersenyum gembira. Hanya mereka sahaja yang tahu sebabnya.
18 comments:
semua org tgh fokus pd kemelut di selangor sekarang nih,..
Tun oh Tun,saya menghurmati Tun,tapi kalau Tun rasa orang lain semuanya tak betul dan lemah,mengapa Tun meletak jawatan dulu.Keduanya saya rasa kelemahan Najib adalah juga hubungkainya dengan Tun sendiri.Kalau kita tengok graf penurunan prestasi Umno/BN,ianya bermula sejak Tun lagi.Tahun 1999.BN menang kerana sokongan orang Cina.Melayu dah tolak Umno ketika itu,manakala PRU 2013 sebaliknya pula berlaku,BN dan Umno menang kerana Melaytu dan Cina pula dah tolak BN.Jadi tak ada bezanya.Korupsi ,kronisma, dan nepotisma yg sangat dijadikan alasan oleh rakyat utk membenci permerentah bermula dari zaman siapa?. malas nak tulis panjang,..... tapi cukuplah dalam keadaan melayu lemah sekarang ini,elok semua pihak memperbaiki diri sendiri,kalau ingin memberi pandangan pun biarlah secara elok bukan ugutan atau kritikan yg membuta tuli.
Semua pemimpin umno kaya raya bawah najib... Tak ada sebab nak buang dia. Tun tak sedar ke
Tidak perlu sokongan yang berdegar degar dari ahli ahli UMNO terutama pemimpin pemimpin tertinggi UMNO!
Berdegar degar sura sokongan di kalangan pemimpin UMNO hanyalah politik 'menyelamatkan diri'
Memang sekarang ini belum muncul wajah pemimpin di kalangan ahli UMNO yang berkelibar. Semuanya 'sekelas Najib'
Tapi ingat rakyat MENDENGAR dan menilai pandangan TDM!.
Suara rakyatlah yang sebenarnya menaikkan dan menurunkan pemimipin!
Teruskanlah meletakkan Najib di persada kuasa wahai pemimpin pemimpin dan ahli ahli UMNO!
PRU ke 13 telah memberi SIGNAL yang jelas kelemahan kepimpinan Najib.
PRU ke 14, 2018 mungkin UMNO/BN menjadi pembangkang kalau kepimpinan Najib diteruskan.
Dengarlah nasihat orang tua yang berpegelaman dan bijak kalau tidak mahu jadi PEMBANGKANG di negara Malaysia tercinta ini!
jangan main dgan tun,,,,u org tak sokong raayat pasti sokong
harap tuan punya blog boleh link portal saya http://bujangsenang.org/
terima kasih
jgan bermusoh dgan tun,,,klu umno nak selamat,,,anuar sorang dah pening ,klu umno nak musnah ,,,cuba la bermain api dgan tun,,,gua pasti lari
Sebenarnya majoriti ahli umno dan orang melayu yg sokong bn dlm pru13 sudah mula meluat dengan sikap najib memimpin kerajaan sekarang. Namun apa boleh buat, najib tetap dengan palysafenya sejak dulu hingga sekarang. Ketua umno bahagian termasuk ahli majlis tertinggi umno sendiri majoritinya jenis angguk kepala sambil mulut menganga buncit perut kekenyangan. Teguran dari Tun M sangat dinantikan oleh ahli umno dan penyokong BN yang sayangkan Islam, melayu dan malaysia.
p/s Peribadi ds najib memang diakui seorang yang baik budi namun dlm pentadbiran negara dia mungkin terlalu lemah dan amat tidak sesuai dengan negara seperti malaysia.
DS Najib dan ds Anwar tidur sebantal dengan mimpi yang sama. bezanya najib tukang lambung bola, anwar tukang libas kat umno sendiri. apa punya presiden umno daaa..
Pembodek najib sudah bersuara...ayahanda tun tak menyalak dia menegur sikap najib dan teguran yg ayahanda sampaikan bkn dr dirinye sendiri malah ramai yg ngadu keresahan mereka pd ayahanda termasuk haku...kalau korang suka ati diperlekehkan agama bangsa sendiri dan raja raja haku tatao nak kata haper sbb mungkin ada org yg tak punya deria raser...sabao je haku..
Masing2 jaga periuk nasi la tu. Tunggu respon TPM pulak.... Barang perlu diingat undi rakyat jumlahnya berjuta berbanding undi menteri yg hanya puluh2 je...
bahasa kurang hajaq...yg tua menegur yg muda...tak boleh ka...yg bahasa kurenggg tu pasai apa...dah hebat sangat ka hang tu...
najib membiak pariah melayu, peminta sedekah dengan duit BRIM. Mungkin penulis blog ni juga salah seorang peminta sedekah ni. Dengan hanya RM1000 setahun, jadi pariah.
Blogger ni anjing Najib rupanya...
baharen sokong TUN...forever in time vote u...
Pedulikan kalau depaorang?? tak sokong TUN...VOTE u FOREVER...
Karan.
menteri2 laen x brani bersuara... x sokong tun lg sbb dah kne suap ... pewot makin boncet ngn duet haram .... smoga ALLAH. tunjukkn satu hari nnti pendpat tun adalah betul ..... yg najib jibby patot letak jawatan as pm...... since.die take over ... mcm2 mslh jd... tp mnteri2 snyp ttop mlot sbb da knyg duet haram.... Smoga ALLAH mmberi ptunjuk pd mreka2 yh bute mate tuh kknyangn duet haram...
Najib ni pun persis Dajjal alaf Tanah Melayu..sejak jadi PM..mcam2 beban rakyat kena tanggung..kena bayar itu ini..malah Malaysia ni dijadikannya semakin mundur dan miskin..Najib ni lebih buruk dari Pak lah..moga2 Najib masuk neraka...
Najib ni pun persis Dajjal alaf Tanah Melayu..sejak jadi PM..mcam2 beban rakyat kena tanggung..kena bayar itu ini..malah Malaysia ni dijadikannya semakin mundur dan miskin..Najib ni lebih buruk dari Pak lah..moga2 Najib masuk neraka...
Post a Comment