Thursday, August 28, 2014

TAHNIAH DATIN SERI PUAN PUTI RENO




PATIK TUMPANG GEMBIRA DAN BANGGA.

Laporan:


Rosmah dianugerah darjah tertinggi suku Minangkabau

PADANG, Indonesia: Kesungguhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memartabatkan suku Minangkabau mendapat pengiktirafan apabila beliau dianugerah darjah tertinggi wanita suku itu.
Rosmah menerima 'Darjah Kebesaran Kerabat Yang DiPertuan Gadih Minang' yang membawa gelaran Puan Puti Reno, membawa maksud puteri tertinggi dalam kerabat Minangkabau.
Penganugerahan yang berlangsung di Istana Adityawarman itu dilakukan dengan penuh istiadat Minangkabau yang dihadiri pewaris kerabat Minangkabau termasuk Raja Alam Pagaruyung Sutan Mohamad Taufik.
Sebagai simbolik penganugerahan, Rosmah dipakaikan selendang seorang daripada pewaris wanita Istana Pagaruyung dan bagi kesesuaian majlis Rosmah turut berpakaian Minangkabau, lengkap dengan tengkuluk yang biasanya dipakai oleh kerabat diraja zaman silam.
Ketika ditemui pemberita selepas acara itu, Rosmah berkata beliau amat terharu dan gembira dengan penerimaan serta anugerah yang diberikan apatah lagi ia bagaikan pulang ke kampung halaman kerana ibu bapanya berketurunan Minangkabau.
Ibu bapa Rosmah berasal dari Sari Lama yang terletak di salah satu daerah di Sumatera Barat.
"Saya berasa gembira kerana diterima dan diberi gelaran sebagai salah seorang keluarga diraja di Pagaruyung. Saya juga terharu kerana walaupun saya tidak pernah datang ke tanah Minangkabau, saya dapat menjiwai bahawa inilah tempat asal nenek moyang saya.
"Saya rasa seperti pulang ke kampung tetapi ini bukanlah bermakna saya melupakan Malaysia. Saya rasa ini merupakan detik permulaan pada diri saya dan ia pengalaman baru," katanya.
Beliau berharap dengan anugerah dan kekeluargaan yang terjalin, hubungan antara Indonesia dan Malaysia akan bertambah kukuh dan erat.
"Saya berharap kita tidaklah besar-besarkan perkara atau perselisihan faham. Yang mustahaknya kita harus mencari kesamaan antara satu sama lain kerana kita adalah serumpun.
"Kita berdoa bersama supaya dengan penghormatan yang diberikan kepada saya hari ini, akan membawa satu lembaran baru atau kita dapat lihat lebih lagi keakraban dan persahabatan," katanya.
Sementara itu, Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim, berkata anugerah itu menjadi satu sejarah kerana Rosmah adalah satu-satunya wanita dari negara luar yang menerima darjah sedemikian.
Beliau juga berharap penganugerahan itu akan merancakkan lagi hubungan antara kedua negara dan memberi impak positif dalam pelbagai sudut terutama budaya dan adat.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
Terdahulu, wakil Lembaga Adat Minangkabau Padang berkata, anugerah itu dikurniakan kepada Rosmah kerana kebaikan dan kesungguhan beliau memartabatkan budaya Minangkabau di Malaysia.
- BERNAMA

4 comments:

Anonymous said...

rupanya bukan melayu totok

SolitaireHunter said...

Tahniah! Akhirnya sampai juga hasrat beliau dapat setanding permaisuri!

Anonymous said...

Oi anon 7.30am, lu punya ekoq ni si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL PENGGANAS SODOM Red Bean aaahh?!

PI MAMPOS lu punya ekoq kat KANDANG si PENDATANG KAPIRDAJAL PKRSODOM/DAPBANGKAI-si-PORNORASIS-ejen ZIONIS-no-1!

Anonymous said...

Disemenanjung ini bangsa mana yang boleh dikatakan asli melayu semenanjung ? Jawa ..Bugis , Mandailing, banjar ? Rawa ?

tiada satu pun bangsa ini adalah asli , jati melayu semenanjung, semua bangsa ini adalah imigran /berhijrah dari Tanah Jawa, atau sumatera dan sulawesi ke Tanah melayu .

sebab itu , tiada siapa yang boleh ckap besar mengaku jati melayu , tiada siapa yang boleh cakap besar penghuni asli Tanah melayu ,
orang Jawa asal dari Tanah Jawa.
Bugis , asal dari Bone atau Sulawesi
Mandailing dan Rawa asal dari sumatera.
Minang atau orang minang asal dari minangkabau !

penduduk asli semenanjung ialah orang asli ! Jakun ..Negrito , semai ,

sekarang cuba check diri anda , tanya datuk nenek anda asal dari mana ??