Pandangan Malaysian Insider untuk tatapan semua
Dalam Umno, duit lebih berkuasa daripada Dr Mahathir
Satu hari nanti, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menyingkirkan beberapa timbalan perdana menteri dan perdana menteri akan diingati kerana akhirnya dikalahkan bukan oleh individu, tetapi wang ringgit.
Dr Mahathir tersilap perhitungan apabila menarik kembali sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila percaySaa ahli Umno masih mempunyai idealisme. Ataupun yang mereka masih bimbang tentang kejatuhan Malaysia.
Sebenarnya mereka sudah tidak peduli. Sudah berdekad lamanya.
Mereka hanya berkiblatkan wang dan kekayaan. Sebab itu pada hari ini, segala masalah atau ketidakpuashatian boleh diselesaikan sama ada dengan kontrak, projek, konsesi atau pemberian tunai.
Atau publisiti baik dan sokongan di kalangan penulis blog boleh diperolehi dengan gaji bulanan lumayan daripada ahli perniagaan yang rapat dengan Putrajaya.
Untuk berlaku adil, Dr Mahathir tidak boleh mengatakan beliau tidak tahu dengan barah yang sudah merosakkan roh Umno ini.
Beliau mengakui serangan penyakit ini bermula ketika masih menjadi perdana menteri dan dasar penswastaan beliau melahirkan budaya cepat kaya.
Namun Dr Mahathir yang menarik kembali sokongan kepada Najib minggu lalu tidak memahami kuasa wang lebih kuat hari ini berbanding pada pertengahan 2006 apabila beliau memulakan serangan terhadap seorang perdana menteri.
Hari ini terdapat pemikiran dalam Umno setiap hari berlalu mendekatkan mereka kepada kehilangan kuasa. Disebabkan itu, bagi kebanyakan pemimpin parti, apa yang lebih penting adalah jaminan keselamatan ekonomi untuk diri mereka, adik beradik, anak-anak dan lain-lain.
Beberapa hari lalu, pegawai kerajaan diarahkan untuk melakukan rundingan terus dengan sebuah syarikat yang mana salah seorang pengarahnya merupakan anak kepada broker kuasa Umno.
Mengapa perlu pemimpin Umno ini menyertai kem Dr Mahathir dan mengkritik Najib? Apa kelebihan yang mereka dapat jika mengkritik status quo?
Dapat diperhatikan hari ini, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Melayu juga tidak bersama Dr Mahathir yang mendakwa polisi Najib menyebabkan ekonomi negara menjadi lebih buruk dan merosakkan perpaduan sosial.
NGO-NGO ini merupakan penerima dana sama ada daripada kerajaan atau ahli perniagaan mesra kerajaan yang tidak berlaku sebelum ini.
Mereka tidak lagi peduli dengan kebimbangan tentang hubungan antara kaum, tabung negara semakin kosong atau Putrajaya tunduk kepada negara asing.
Dr Mahathir juga tidak disokong kali ini kerana dipercayai beliau menarik kembali sokongan kepada Najib kerana permintaan beliau ditolak perdana menteri dalam tiga perkara, meneruskan pembinaan jambatan bengkok ke Singapura, pemberian geran RM1.7 bilion kepada Proton dan menghentikan pemberian wang tunai Bantuan Rakyat1Malaysia (BR1M).
Kali ini Dr Mahathir juga tidak mempunyai orang-orang kuat di sekelilingnya. Dikatakan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin juga tidak begitu sihat.
Disebabkan budaya cepat kaya di kalangan ahli-ahli politik Umno, tidak mengejutkan Putrajaya tidak terganggu dengan penarikan sokongan Dr Mahathir terhadap Najib.
Kem Najib percaya, mereka lebih memahami Umno hari ini berbanding Dr Mahathir. – 25 Ogos, 2014.
9 comments:
org melayu jati dah lama beli kapan, kapur barus, dll nak talkin umno yg dipimpin oleh ALLIEN berkulit melayu. tk
Projek jambatan bengkok dan proton ada misi dan imej negara yang tersendiri untuk masa hadapan negara.Begitu juga pembinaan MRT yang mewujudkan rantaian aktiviti ekonomi dan menyediakan kemudahan orang ramai.Banyak sektor ekonomi akan bergerak untuk jangka pendek dan jangka panjang.Andaikata sesuatu perkara di letakan keutamaan atas kepentingan rakyat dan masa depan negara,tidak menjadi salah rasanya.Berbanding dengan pelaburan besar di luar negara yang berisiko tinggi,di sebabkan ketidaktentuan suasana ekonomi semasa yang kian merudum dan susutnya kuasa membeli oleh rakyat negara2 luar.Apa kaitnya kuasa wang dan menegur.Kalau kita manafaat kuasa menegur dan menjana lebih banyak wang,kan itu lebih baik.Rakyat lebih sejahtera.BR1M dan program rakyat di manafaat sepenuhnya oleh kerajaan negeri selangor utk terus menabung dgn rizab tunai RM 3 billion.Kan sejahtera namanya tu.

Tapi jangan dilupa... disebalik faktor wang dan pangkat, ada lagi satu faktor yang mereka lupa iaitu undi rakyat marhain yang sangat dekat dengan TDM.... tak percaya, cubalah mana2 menteri atau PM sendiri menyatakan perang terbuka dengan TDM.... cubalah kalau berani...
blogger ada beberapa jenis
1) yg dibayar bulan-bulan oleh bapak menteri, kerajaan & parti politik terutama Umno
2) blogger yg dibayar kerajaan & GLC
3) blogger yg dibayar ikut isu
4) wartawan berperangai blogger - juga dibayar
5) blogger bebas - hentam semua isu tanpa kita parti politik - tidak dibayar
6) blogger yg berniat baik - menegur demi kebaikan negara & rakyat tapi dipandang serong - tidak ramai
pakai duit rakyat utk kekal kuasa
Post a Comment