Muslimah Pas mencadangkan agar Dewan Muslimah Muda ditubuhkan bagaimanapun cadangan tersebut ditolak oleh Muktamar Pas.
Puteri Umno ketika itu digeruni oleh parti-parti pembangkang. Apa tidaknya, wajah-wajah ayu ahli-ahli Puteri sudah cukup untuk menawan hati pengundi-pengundi muda untuk menyokong Umno dan BN.
Azalina Othman Aziz, seorang peguam, dipilih menjadi Ketua Puteri pertama dan pada 2008, Noraini Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong dipilih menggantikan beliau.
Selepas Noraini, Puteri seolah-olah hilang "keayuan"nya malah semakin layu.
Lebih memilukan apabila rupa paras ketua-ketua puteri menjadi bahan jenaka.
Tetapi yang lebih membimbangkan Umno sekarang ini ialah pergerakan Puteri kini tiada visi dan bergerak tanpa haluan.
Dan beberapa hari lalu bekas Ketua Puteri membuat teguran keras terhadap pergerakan yang pernah beliau ketuai.
Tahniah Azalina kerana berani menegur.
Teguran Azalina:
ARKIB : 15/08/2014
'Tutup kedai' jika tidak pandai berpolitik - Azalina
KOTA TINGGI 14 Ogos - Pergerakan Puteri UMNO dinasihatkan supaya 'tutup kedai' jika tidak pandai berpolitik.
Bekas Ketua Pergerakan sayap itu, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, cara berpolitik pergerakan berkenaan memerlukan perubahan kerana tanggungjawab Puteri bukan sahaja menambahkan ahli, sebaliknya perlu menentukan generasi muda Melayu terus menyokong perjuangan UMNO.
"Perlu diingatkan bahawa Puteri jangan buat kerja Wanita, begitu juga Wanita jangan pula buat kerja Puteri. Kita kena tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing. Tanggungjawab Puteri tentukan golongan muda menyokong UMNO kerana Puteri yang lebih mengenali golongan muda tersebut.
"Di samping itu, kita juga perlu menekankan tentang kualiti bukan kuantiti. Kalau ahli ramai tetapi tidak mengundi tidak berguna juga. Jika itu pun kita masih tidak faham makna berpolitik, kita tidak matang," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Pengerang di Dewan Bandaran Kejora, Bandar Mas di sini baru-baru ini.
Azalina yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pengerang berkata, UMNO merupakan parti yang berdisiplin sejak dahulu dan buktinya dapat dilihat apabila masih bertahan sejak merdeka sehingga kini.
Beliau turut mengingatkan semua sayap parti di bahagian tersebut supaya tidak berasa selesa dengan kedudukan sekarang dan terus bekerja keras mendapatkan sokongan pengundi.
"Kita masih perlu untuk 'mengUMNOkan' orang Melayu secara menyeluruh. Kalau kita sebagai ahli parti tidak faham perjuangan UMNO bagaimana hendak tarik mereka di peringkat akar umbi.
"Perjuangan kita untuk memastikan kesinambungan orang Melayu memimpin negara dan itu menjadi tanggungjawab kita untuk menentukan dan menjamin kesinambungan kepimpinan negara datang daripada UMNO," katanya
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140815/po_19/Tutup-kedai-jika-tidak-pandai-berpolitik---Azalina#ixzz3AMOYQhIg
3 comments:
Salam. Takde beza dengan Pemuda UMNO pun.
Semalam akhbar Sinar melaporkan KJ minta supaya jawatan penting GLC diberikan kepada Pemuda...
Disaat 50 orang Ketua Bahagian UMNO berjawap dengan AG dan KPN berhubung dengan pendakwaan terpilih... yang sepatutnya di bawa oleh Pemuda tapi kepentingan Pemuda ke lain!
Puteri masih tak cukup ilmu untuk bertempur..
ketua pemuda hanya tau selfie
Post a Comment