Monday, November 3, 2008

SAAT GENTING BUAT MUHYIDDIN YASSIN!

HUJUNG minggu ini menjadi penentu samada Muhyiddin Yassin mendapat laluan automatik menjadi Timbalan Presiden Umno yang secara lazimnya dilantik Timbalan Perdana Menteri atau menghadapi pertandingan getir Mac 2009 nanti.
Hujung minggu ini, 49 bahagian lagi akan mengadakan pemilihan bahagian dan pencalonan untuk jawatan ke Majlis Tertinggi Umno. Selepas berakhirnya mesyuarat bahagian semalam, Muhyiddin memperolehi 79 pencalonan sementara pencabar beliau Mohd Ali Rustam 32 dan Muhammad Muhammad Taib 30.
Ali Rustam memerlukan hanya 7 lagi pencalonan sementara Muhammad Taib 9, untuk melayakkan diri mencabar Muhyiddin untuk jawatan kedua tertinggi Umno. Sanggupkah Muhyiddin mengharungi pertandingan? http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm
Pencalonan yang banyak diperolehi Muhyiddin tidak akan membawa sebarang erti semasa pemilihan Umno Mac nanti sekiranya Ali Rustam dan Muhammad Taib layak untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Kurang lebih 3,000 perwakilan akan tentukan pada akhir Mac nanti samada mereka mahukan Muhyiddin, Ali Rustam atau Muhammad Taib sebagai presiden mereka. Muhyiddin mungkin popular selepas pilihanraya Mac lepas, tetapi kini tanda-tanda populariti beliau semakin pudar apabila bahagian-bahagian sejak akhir-akhir ini lebih menjurus kepada Ali dan Muhammad Taib. Mungkin juga kerana sokongan Abdullah Ahmad Badawi kepada Ali Rustam menyebabkan pencalonan mula "lari" dari Muhyiddin. Oleh itu tidak perlulah Muhyiddin mendabik dada ketika ini kerana nyata 62 bahagian Umno tidak mahukan beliau sebagai Timbalan Presiden kalau diambil kira pencalonan sehingga semalam.
Mampukah Muhyiddin menang Mac nanti atau berputih mata? Jawapannya ialah Muhyiddin berhadapan masalah besar untuk memenangi jawapan Timbalan Presiden Ali Rustam dan Muhammad Taib bukan calang-calang lawan.
Fakta membuktikan Ali Rustam dan Muhammad Taib lebih popular dari Muhyiddin di kalangan perwakilan Umno kecuali pada pemilihan 1993 apabila Muhyiddin mengambil keputusan menyertai kem Anwar Ibrahim.
1993 Muhyiddin menang besar pertandingan Naib Presiden tetapi kalah kepada Muhammad Taib pada 1996. Tahun 2000 Muhyiddin hanya di tempat ketiga Naib Presiden di bawah Muhammad Taib dan 2004 di tempat ketiga juga, kali ini di bawah Ali Rustam.
Kalau Muhyiddin merasakan beliau akan menang jawatan Timbalan Presiden, ianya akan membawa padah. Kemungkinan Muhyiddin kalah Mac nanti besar peluangnya kerana sejarah pemilihan Umno membuktikan perwakilan lebih "meminati" Ali Rustam dan Muhammad Taib dari Muhyiddin.
Kesimpulannya, Muhyiddin belum lagi pasti akan menjadi timbalan Najib. Tidak mustahil Ali Rustam bakal Timbalan Perdana Menteri dan tidak mustahil juga Mat Taib.
REKOD PEMILIHAN
PEMILIHAN 1993 (Team Wawasan)
Naib Presiden
1. Muhyiddin Yassin - 1413 undi; 2. Najib Razak - 1,202 undi; 3. Muhammad Muhammad Taib - 1,189 undi; 4. Abdullah Ahmad Badawi - 927 undi; 5. Sanusi Junid - 525 undi.
PEMILIHAN 1996
Naib Presiden: 1. Najib Razak - 1,483; 2. Abdullah Ahmad Badawi - 1,053; 3. Muhammad Muhammad Taib - 1,045; 4. Ramli Ngah Talib - 696; 5. Syed Hamid Albar - 653; 6. Muhyiddin Yassin - 545; 7. Yob Tajuddin Kulub Ismail - 111.
Ahli Majlis Tertinggi (1996): 1. Abdul Hamid Othman - 1,517; 2. Abdul Ghani Othman - 1,486; 3. Mustapha Mohamed - 1,484, 4. Mohd Ali Rustam - 1,428.
PEMILIHAN 2000
Naib Presiden: 1. Najib Razak - 1,289; 2. Muhammad Muhammad Taib - 853; 3. Muhyiddin Yassin - 813.
Ahli Majlis Tertinggi (2000): 1. Mohd Ali Rustam - 1,647; 2. Mustapha Mohamed - 1,628; 3. Mohd Tajol Rosli Ghazali - 1,439.
PEMILIHAN 2004
Naib Presiden: 1. Isa Samad - 1,507; 2. Mohd Ali Rustam - 1,329; 3. Muhyiddin Yassin - 1,234; 4. Muhammad Taib - 1,170; 5. Mustapha Mohamed - 1,069; 6. Adnan Yaakob - 690; 7. Shahrir Samad - 492.

1 comment:

Unknown said...

1996.. Yob Tajuddin bin Kulup Ismail adalah arwah ayah saya.. beliau juga bekas ketua pemuda UMNO gombak (tahun saya tak ingat mungkin tahun 60-an).