Saturday, November 1, 2008

VINCENT LIM TINGGALKAN TINGKAT 4

Vincent Lim, salah seorang dari anggota Tingkat Empat Perdana Menteri, meletakkan jawatan Jumaat lepas.

Vincent, setiausaha politik Pak Lah, dianggap oleh pengkritik sebagai salah seorang "budak Tingkat Empat" yang menjadi bahan bualan dan buah mulut di kalangan ahli-ahli politik dan kakitangan kerajaan sejak Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

Menurut Vincent: "I have experienced all kinds of things during the past five years. I have no regret whatsoever. I count it an honour as well as blessing to be able to work with the prime minister."

(Saya melalui berbagai pengalaman sepanjang lima tahun yang lepas. Saya tidak mempunyai sebarang kekesalan. Saya menganggap ianya satu rahmat dan penghormatan diberi peluang bekerja untuk Perdana Menteri.")

Vincent akan menyertai semula ISIS Januari nanti.

Khabar angin bertiup kencang kononnya "budak-budak tingkat empat" berharap Pak Lah dapat meletakkan mereka di jawatan-jawatan tinggi di dalam GLC dan organisasi media sebelum beliau mengundur diri Mac nanti.

Laporan Sinchew mengenai pengunduran Vincent Lim: http://www.mysinchew.com/node/17944

Budak Tingkat 4: http://machai-umno.blogspot.com/

Pengaruh Khairy di Tingkat 4: http://mymalaysia.wordpress.com/2006/09/07/

Siapa penghuni Tingkat 4? Layari: http://kudaranggi.blogspot.com/

2 comments:

TULIS ONLINE said...

Salam Blogger,

Adakah ini petanda berlakunya kemuncak gelombang anti-Pak Lah???

Atau adakah ini petanda kroni-kroni dia ini hanya mementingkan diri???

Atau adakah ini petanda kroni-kroni dan Pak Lah ada perancangan 'masa panjang' untuk membolot harta kekayaan negara???

. said...

saya fikir elok mereka tidak berhenti sekarang. tunggu sehingga mac, sama2 keluar dgn pm. itu cara yang lebih baik. pak lah masih lagi pm dan memerlukan perkhidmatan kesemua mereka.