Di muka hadapan Sinar Harian hari ini terpapar berita bertajuk "Pemuda PR desak gugur Rosmah di Unisel".
Memetik kata-kata Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainudin, alasan yang digunakan ialah "desakan tersebut dibuat setelah pihaknya mendapati Rosmah tidak membawa nilai keilmuan yang sepatutnya dimiliki oleh seseorang yang berkedudukan tinggi dalam gedung ilmu".
Hari ini AMK menghantar surat bantahan kepada Khalid Ibrahim meminta Menteri Besar Pakatan Rakyat itu mengugurkan Rosmah.
Kali ini kata-kata mereka lebih keras dan berniat untuk menjatuhkan maruah Rosmah. Berita penyerahan bantahan oleh AMK: http://www.malaysiakini.com/news/92544
Perlukah Rosmah kekal sebagai Canselor? Alangkah baiknya Rosmah mengosongkan kerusi Canselor kerana Unisel kini kepunyaan Kerajaan Pakatan Rakyat. Unisel bukan hak Umno lagi.
Walaupun Khalid sudah membuat kenyataan tidak akan meminta Rosmah mengundurkan diri, tindakan AMK hari ini tidak mungkin dilakukan tanpa restu pemimpin parti-parti pembangkang.
Malahan jika Rosmah mengambil keputusan berundur sebagai Canselor, ianya akan dilihat sebagai satu langkah yang bijak.
Biarlah Pakatan Rakyat melantik Canselornya sendiri dan kita tunggu Canselor pilihan mereka yang dikatakan "memiliki keunggulan keilmuan yang sewajibnya ada pada gedung ilmu."
2 comments:
UNISEL milik Kerajaan Negeri Selangor (melalui anak syarikatnya). Ia bukan milik Pakatan Rakyat atau UMNO. Sekadar membetulkan fakta. TQ
Tengku Bahiyah, bekas Permuasuri Agong dan byk kaum kerabat diraja pernah memegang jawatan tertinggi dalam UM.
Tidak ada menyumbang ilmu pun.
Anwar Ibrahim dianugerah doktor kehormat sana sini. Tapi apa ilmu yg sumbang? Dia hanya berpolitik, wayang kulit dan mengelirukan orang ramai.
Mungkin dalam kekeliruan ini yang menakjubkan para-para ilmuwan di Unvieristi2 tertsebut.
Post a Comment