Showing posts with label rosmah. Show all posts
Showing posts with label rosmah. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

DATIN PADUKA SERI ROSMAH LECTURE SERIES

Pada 12 Disember 2005, Uniten memulakan siri pertama "Tun Dr Mahathir Lecture Series" di mana bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menjadi personaliti pertama yang menyampaikan ucaptama di sidang kuliah tersebut.

Pada ketika itu, Dr Mahathir bercakap mengenai "kepimpinan di dalam pengurusan krisis".
http://www.tnb.com.my/highlights/2005/11/uniten-tun-dr.-mahathir-mohamad-lecture-series-on-12th-december-2005-leadership-in-crisis-management.html

Tujuan Uniten menganjurkan sesi ucaptama akademik seumpama ini adalah untuk mendedahkan kita kepada perubahan lanskap dunia baik dari segi politik mahupun ekonomi.

Menurut Pengerusi Tenaga Nasional Leo Moggie, siri ucaptama ini dinamakan sempena nama Tun Dr Mahathir sebagai satu penghormatan kepada beliau sebagai seorang pemimpin dan pemikir yang berwawasan. http://www.uniten.edu.my/newhome/content_list.asp?contentid=3463

Sebenarnya, jarang sekali sesuatu "lecture series" dinamakan sempena nama seorang pemimpin. Syarikat besar seperti Sime Darby dan Khazanah Nasional juga turut mengadakan "lecture series" mereka tetapi ianya tidak dinamakan sempena nama seorang pemimpin.

Sime Darby menamakannya "Sime Darby Lecture Series" sementara Khazanah Nasional menamakannya "Khazanah Global Lectures".

Dr Mahathir mungkin pemimpin pertama yang diberi penghormatan sedemikian, tetapi Tun Abdul Razak juga turut menerima penghormatan yang serupa.

Razak School of Government, Universiti Tun Abdul Razak, juga mengadakan "lecture series"nya dan ianya dikenali sebagai "Razak Lecture Series". Tidak perlulah Jelapang menghurai akan jasa Tun Abdul Razak kepada negara.

Jumaat ini, satu PENGUMUMAN BERSEJARAH akan dibuat di Dewan Persatuan Murid-Murid Tua Kolej Tunku Kurshiah yang juga dikenali sebagai Old Girls Association (OGA).

Di situlah akan diumumkan satu "lecture series" yang baru yang akan dinamakan "DATIN PADUKA SERI ROSMAH LECTURE SERIES," sempena nama wanita terulung kita, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. Lihat link berikut: http://www.tkcoga.org/

Tahniah Datin Paduka Seri!

Friday, July 16, 2010

MALAYSIA BERTUAH ADA ROSMAH

15 Julai, 2010 14:46 PM
Malaysia Bertuah Ada Rosmah Yang Banyak Idea : Musa Aman

KOTA KINABALU, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia bertuah kerana mempunyai isteri seorang Perdana Menteri yang mempunyai banyak idea dan komitmen tinggi dalam membantu kerajaan memajukan negara, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Komitmen Datin Seri Rosmah Mansor dalam membantu usaha kerajaan di bawah kepimpinan suaminya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mendahulukan rakyat menampakkan hasil dengan pengwujudan program seperti Permata Negara, katanya.

"Kita dapat melihat matlamat program Permata Negara adalah untuk melahirkan modal insan yang menjadi aset paling penting untuk memajukan negara.

"Kita juga perlu terus mendukung usaha Datin Seri Rosmah yang sentiasa prihatin dan memberi perhatian mendalam membela golongan kurang upaya yang merupakan antara rakyat yang perlu didahulukan," katanya ketika merasmikan Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2010 di sini pada Khamis.

Saturday, February 27, 2010

KATA-KATA HIKMAT ROSMAH

"Kami boleh menjadi wanita pertama yang bekerja. Kami boleh memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan hubungan diplomatik. Kami boleh menjadi kawan. Jika sesuatu berlaku, kami boleh menggunakan saluran tidak rasmi, tanpa protokol." - Rosmah Mansor
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=478243

Itulah kata-kata hikmat Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Sunday, February 21, 2010

ROSMAH BUKAN TANGAN GHAIB

"Saya bukan tangan ghaib di sebalik keputusan Najib." - Rosmah Mansor.

Laporan Bernama:

February 20, 2010 01:27 AM
I Am Not Hidden Hand Behind Najib's Decision-making, Says RosmahBy:
Ramjit-->

KUALA LUMPUR, Feb 20 (Bernama) -- Datin Seri Rosmah Mansor, wife of the prime minister, has dismissed a notion that she is a hidden hand behind Datuk Seri Najib Razak's decision-making process.

"I have not heard about it, but it is not something that I am sensitive of as it is not true. Maybe I am a bit vocal or gregarious... I like to have friends unlike Datuk Najib, who is a bit reserve.

"But it does not mean that since Datuk Najib is a reserve person, I am making the decisions... I am the type, who will voice out my dissatisfaction, but once said, it is done. I do not harbour feelings," she said in an interview on Hello Malaysia over BernamaTV at Wisma Bernama here Friday night.

Rosmah said although Najib was a man of not many words, he should not be underestimated.

"I always tell others not to underestimate Datuk Najib, he is not easily angered but do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.

"Datuk does not say much but he registered what is happening around him. If I made a mistake, he will reprimand me. If he stomp his feet, it will shudder me.

"What is important we are close to each other where we can talk things over, we laugh and share jokes as it is important that a leader should not be so stressed out.

"So when he comes home, we watch tv together, we go out to dinner together. In short, we are best friends," she said.

Rosmah said as a wife, she would look after her husband's needs such as food, clothes and health.

"When he is at home, I will not go out unless I have prior engagements. I will also ensure that Datuk Najib stay fit by doing exercise at the gym.

"I will ensure that he is not worried by haggling over petty maters as he should focus his thoughts on the people and the country," she added.-- BERNAMA

Tuesday, August 4, 2009

LAWAN WEB ROSMAH

Kini Rosmah Mansor mempunyai laman web beliau sendiri menggunakan pengkalan atau domain pmo.gov.my
Lawatilah:

Sunday, June 14, 2009

ROSMAH MANSOR TERLUKA TUDUHAN ADIK ANGKAT



Mungkin ramai sudah melihat video YouTube ini. Demi keadilan, ada baiknya kita memberi ruang kepada Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, menjawab segala tohmahan di dalam video ini.

Sebuah laman portal berita, Malaysia-Instinct.com, berpeluang menemui Rosmah untuk mendapat penjelasan beliau mengenai segala tuduhan di dalam video klip ini. Jelapang siarkan temuramah tersebut yang dibuat di dalam bahasa Inggeris. (Maaf, tak sempat diterjemahkan). Berikut ialah temuramah tersebut:

Malaysia-Instinct: “Datin, can you confirm that that there is one, Rosmanuddin Mansor who is a subject in the video accusing you of murder?”

Rosmah: ‘Yes, Rosmanuddin is my brother. I have not seen the video, and am disappointed that these baseless accusations have been hurled to me.’

Can you describe your ties with the subjects in the video, namely Mohd Arshat – Your cousin, Induk Leha – An aunt, Datin Che Mah – Adopted Family and Neighbour and Ikmal Hisham – Datin Che Mah’s son?

I do not have any cousin named Mohd Arshat, or an aunt Induk Leha, Datin Che Mah or even Ikmal Hisham. They could be my mother’s neighbours, but if indeed they were, I wouldn’t know them as I never grew up in my mother’s kampong in Seri Menanti. From a very young age, I was taken to Rembau by my father’

We traced Rosmanuddin’s address to your house address in Langgak Duta. Can you elaborate on this?

‘As he is my adopted brother (adopted by my parents since he was 12 days old, as he was a baby handed to my parents in the estate clad in a batik cloth), I took it on myself to help him as much as I could. I loved him. My husband even loves his children as his own, so much so that we extended our home to him and his family due to his inability to offer the same to his family. In fact I even gave him an apartment behind the mall. I cannot explain these accusations, and I am deeply hurt that this has come from someone whom I consider very close to me’

Has Rosmanuddin profited from your name or Datuk Seri Najib’s position and why did he claim that he had to leave the country fearing your backlash?

‘I have never got myself involved in whatever accusations these people continue to hurl at me. And finding out that Rosmanuddin had in fact used our names, I continued to try to help him, but by manipulating our reputation, he has crossed the line. In his endeavours, he has also crossed many people and these people now know that my name as well as Datuk Seri’s has been made used off. I cannot help him now and have told him so.’

In the video, you have been accused of abandoning your children from your previous marriage, what do you have to say to this?

‘(Heavy sigh) Rosmanuddin is responsible for spreading these lies, and this has caused a wedge between my daughter and I. I do not wish to elaborate on this as it involves the very people I love and respect. All I can say is that it is untrue (about my abandoning my children). A mother never leaves her own. I am sorry, but I think I have tried very much to help you do your job (in answering these questions) and I hope you respect that these are very personal matters, and very disturbing developments to me. Thank you.’

- Janie G / PJ Moorthy – Malaysia-Instinct

Sumber: http://www.malaysia-instinct.com/english/index.php?option=com_content&view=article&id=8338:when-news-reporting-gets-sensational&catid=35:national-news&Itemid=82

MENYELAMI ROSMAH MANSOR

Minggu yang lalu beberapa ungkapan menarik mengenai isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor disiarkan oleh akhbar dan blog untuk kita menyelami secara dekat DS Rosmah. Antaranya...

MENGENAI SUAMI.
“I had to stay in the hotel in Beijing most of the time. He was very busy. Saya pun hot. When he came back, I told him that I wanted to return to Kuala Lumpur immediately. Najib merely looked at me without a trace of anger in his face. Then I realised that it was just me talking. He did not raise his voice. All he asked was ‘Dah habis?" (Saya hanya banyak menunggu di hotel di Beijing (semasa lawatan PM ke China). Dia terlalu sibuk. Saya pun hot. Bila dia balik, saya katakan pada dia yang saya nak balik KL. Najib hanya memandang saya tanpa sebarang tanda marah di air mukanya. Terus saya sedar ianya hanya saya yang bercakap. Dia tidak meninggikan suaranya. Dia hanya berkata "dah habis?") - Rosmah mengenai kualiti kesabaran dalam diri PM. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/6/10/nation/4083702&sec=nation

PANDANGAN LEE KUAN YEW TERHADAP DS ROSMAH
"I called on Datin Seri Rosmah because I had been told that she and her husband worked as a team and it was necessary for me to understand both members of the team. I asked to see her, and PM Najib made arrangements for us to meet. I found the Malaysian Prime Minister and his wife 'warm, positive and, more than I had expected to find them, forthcoming'. They spoke frankly to me and I spoke frankly in return.' (Saya membuat kunjungan hormat kepada DS Rosmah kerana saya diberitahu bahawa beliau dan suaminya bekerja sebagai satu pasukan oleh itu ia perlu untuk saya memahami kedua-dua mereka. Saya meminta untuk bertemu DS Rosmah dan PM Najib menguruskan untuk kita bertemu. Saya dapati PM Malaysia dan isteri beliau mesra, positif dan lebih dari saya jangkakan, terbuka. Mereka berterus-terang bila berbincang dan saya juga berterus-terang dalam pertemuan tersebut.") - Lee Kuan Yew mengenai pertemuan beliau dengan Rosmah. http://www.straitstimes.com/Breaking+News/Singapore/Story/STIStory_389842.html

USAHA PEMBANGKANG MEMALUKAN ROSMAH?
Beberapa laman blog terutamanya blog pro pembangkang minggu lepas menyiarkan satu klip YouTube yang agak negatif kepada DS Rosmah. Tidak perlu kita ulas kerana ianya mungkin berunsur fitnah. http://www.youtube.com/watch?v=2vP2wDVBtvA

Tuesday, February 3, 2009

CURAHAN ISI HATI ROSMAH

"Saya sudah pun mengemaskan pakaian dan memberitahu beliau (Najib) saya tidak tertahan dengan fitnah orang, dan mahu tinggalkannya (Najib) dengan perjuangan politiknya.

"Beliau seakan-akan sudah menduga lambat-laun ini akan berlaku juga. Datuk Seri (Najib) tidak menghalang saya tapi sekadar mengingatkan itulah juga yang dimahukan musuh politiknya.

"Jika saya tinggalkan beliau (Najib), bermakna berjayalah perancangan politik mereka. Kerana itu, saya simpan semula pakaian daripada beg dan bertekad untuk menghadapi apa saja bersama-sama dengannya." - ROSMAH MANSOR

Curahan hati Rosmah?

Begitulah catatan Ketua Pengarang Kumpulan Hishamuddin Aun dalam ruangan Kacamata yang disiarkan Berita Minggu Ahad lalu.

Tahniah kepada Hishamuddin kerana telah berjaya menyelami perasaan bakal "Wanita Nombor Satu" negara.

Terdapat beberapa petikan menarik dari penulisan Hishamuddin Ahad lalu. Antaranya:

* Hampir segala-galanya daripada cara beliau berpakaian, dandanan rambut, perwatakan hinggalah kepada nyanyiannya pada majlis tertentu, mencetuskan bualan khalayak tanpa kebanyakan mereka berminat untuk menyelidiki kebenaran atau kepalsuannya.

** Hampir apa saja yang diperkatakan sampai ke telinganya sambil Rosmah sendiri tidak berhenti-henti menghitung pahala daripada apa yang dipertahankan sebagai pembohongan demi pembohongan orang terhadapnya.

*** "Datuk Seri selalu kata, dalam hidup ini jika 80 peratus orang suka kita, ia adalah baik dan yang 20 peratus lagi usah dirisaukan. Keadaan ini sama juga dalam kehidupan harian kita. Kalau dalam 10 perkara yang kita buat, sembilan buat betul dan satu salah, lazimnya satu itulah yang disebut-sebut." - Rosmah

**** Rosmah juga bukannya tidak sedar ada tohmahan kononnya beliau terlalu mengongkong suami hingga mempengaruhi keputusan besar, termasuk dasar negara, hingga ia digambarkan musuh politik Najib sebagai kelemahannya apabila menggalas tugas Perdana Menteri.

***** Cuma, seperti diakui Rosmah, peranannya sekadar untuk memberikan pendapat sambil membiarkan keputusan akhir di tangan Najib yang turut mendapatkan nasihat pakar daripada pelbagai orang lain.

****** Berlawanan dengan tanggapan orang, kononnya Rosmah sudah tidak sabar-sabar untuk bergelar dan berfungsi sebagai wanita nombor satu negara - ada yang mengatakan beliau sudah pun berperanan demikian - tuan punya diri sebaliknya semakin berasa tertekan.

Catatan Hishamuddin mengenai Rosmah Mansor: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20090201001249/Article/index_html

Wednesday, November 5, 2008

ROSMAH PERLU UNDUR DARI UNISEL


Di muka hadapan Sinar Harian hari ini terpapar berita bertajuk "Pemuda PR desak gugur Rosmah di Unisel".
Memetik kata-kata Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainudin, alasan yang digunakan ialah "desakan tersebut dibuat setelah pihaknya mendapati Rosmah tidak membawa nilai keilmuan yang sepatutnya dimiliki oleh seseorang yang berkedudukan tinggi dalam gedung ilmu".
Hari ini AMK menghantar surat bantahan kepada Khalid Ibrahim meminta Menteri Besar Pakatan Rakyat itu mengugurkan Rosmah.
Kali ini kata-kata mereka lebih keras dan berniat untuk menjatuhkan maruah Rosmah. Berita penyerahan bantahan oleh AMK: http://www.malaysiakini.com/news/92544
Perlukah Rosmah kekal sebagai Canselor? Alangkah baiknya Rosmah mengosongkan kerusi Canselor kerana Unisel kini kepunyaan Kerajaan Pakatan Rakyat. Unisel bukan hak Umno lagi.
Walaupun Khalid sudah membuat kenyataan tidak akan meminta Rosmah mengundurkan diri, tindakan AMK hari ini tidak mungkin dilakukan tanpa restu pemimpin parti-parti pembangkang.
Malahan jika Rosmah mengambil keputusan berundur sebagai Canselor, ianya akan dilihat sebagai satu langkah yang bijak.
Biarlah Pakatan Rakyat melantik Canselornya sendiri dan kita tunggu Canselor pilihan mereka yang dikatakan "memiliki keunggulan keilmuan yang sewajibnya ada pada gedung ilmu."