Sunday, July 12, 2015

HELAH NAJIB: ROMBAK KABINET UNTUK ALIH PANDANGAN RAKYAT TERHADAP ISU WANG DALAM AKAUN NAJIB DAN ROSMAH?

Image result for shahrir samad+paul stadlen
(Gambar: Shahrir Samad bermesyuarat bersama Paul Stadlen dan Arul Kanda)



BELUM pun selesai SIASATAN ke atas Najib Razak dan Rosmah Mansor isu wang dimasukkan ke akaun mereka, dua akhbar pro-Najib sudah memperkatakan mengenai ROMBAKAN KABINET.

http://www.utusan.com.my/rencana/analisis-mingguan-bisik-bisik-awang-selamat-1.113086

http://www.nst.com.my/node/91843

Nampaknya orang No 1 tidak ambil kisah segala dakwaan yang dilemparkan terhadap beliau.

Atau rombakan ini satu HELAH mahu mengalih pandangan rakyat supaya bercakap mengenai ROMBAKAN KABINET dan melupakan dakwaan RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun Najib dan RM2 juta TUNAI (cash) dimasukkan oleh seorang pembantu ke akaun isteri Najib, Rosmah Mansor?

MULIAnya hati PENDERMA yang menderma sehingga RM2.6 bilion. Betapa beruntungnya seorang surirumah seperti Rosmah Mansor dapat menyimpan RM2 juta dalam masa DUA BULAN. Hari raya dah hampir tiba, mungkin kita berharap bertemu penderma semulia mereka ini, dapat seribu dua pun dah mencukupi.

http://www.malaysiakini.com/news/303879

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekarang-rosmah-pula-didakwa-terima-rm2-juta-dalam-akaun-peribadi

SEHARUSnya dilupakan rombakan Kabinet ini seketika.

Sekarang bukan masanya. Sekarang adalah masa Najib dan isteri MEMBERSIHKAN DIRI dari segala tuduhan ini.

Dulu rakyat dipaksa menunggu AUDIT 1MDB sebelum membuat sebarang sangkaan kepada 1MDB, Kerajaan dan Najib.

Apa salahnya kali ini, NAJIB tunggu siasatan ke empat-empat Tan Sri sebelum merombak kabinet.

Tak akan Najib tidak boleh bersabar sedikit. Kalau rakyat boleh bersabar menunggu AUDIT 1MDB, tak akan Perdana Menteri tiada kesabaran untuk menanti hasil SIASATAN pasukan petugas khas mengenai dakwaan ini.

SABAR-SABARLAH.


p/S: Tahniah Tan Sri Shahrir Samad. Usaha Tan Sri beberapa minggu ini telah membuahkan hasil jika benar laporan akhbar pro-Najib bahawa Tan Sri akan kembali ke dalam Kabinet. Kepada pemimpin Umno lain, contohilah kebolehan Tan Sri Shahrir.

14 comments:

Anonymous said...

HARAP2 NI SENARAI BARU KABINET MALAYSIA

1. Hassan Malek

2. Ahmad Maslan

3. Annuar Musa

4. Isa Samad

5. Nazri Aziz

6. Azeez Rahim

7. Tajuddin Rahman

8. Shahidan Kassim

9. Ku Nan

10. Zahid Hamidi

11. Senator Rosmah Mansor

12. Senator Jho Low - menteri kewangan

13. Ustaz Kazim

14. Senator Ustaz Nasaruddin PAS

15. Senator Pandikar Amin Mulia

Anonymous said...

Bukan takat SABAR tapi kena dicutikan untuk memudahkan penyiasatan. Sebagai ketua negara kenalah jadi contoh kepada rakyat. Kalau yang dibawah boleh dicutikan kenapa yang kat atas tuh tak boleh. Selagi tak dicutikan selagi itulah dia akan melakukan yang terbaik untuk kepentinganya.

Unknown said...

Dari dulu apa yang dibuat oleh PM bugis tak pernah ada impak menakjubkan , ada yang hasil bodoh ada gagal ada tak kemana , jadi lagi sekali sentuhan menyusahkan rakyat malaysia , rasa PM bugis kena laknat sebab sumpah laknat dia tempoh hari.

Anonymous said...

patutnya PM tu yang mula2 dirombak..ganti dgn orang lain...

Anonymous said...

@ anon 9.21

Satu nama yg mungkin terlepas pandang. Senator Tengku Aziz dan mungkin juga boleh reservekan chegu bad.

Anonymous said...

Allah selamatkan kamu.

Allah selamatkan kamu.

Allah selamatkan kami semua]

Allah selamatkan malaysia

Anonymous said...

Seluruh dunia sedang memerhatikan Najib dan Malaysia.

Tun Dr M membawa Malaysia kearah negara maju.

Najib merendahkan negara kearah dunia keempat dimana rakyat merempat.

Marcos dan Imelda menjelma diMalaysia.

Anonymous said...

Pakcik dan makcik Melayu semua ambil langkah bertenang, tarik nafas panjang2. Laa nie, si bangsa kuat makan babi tu semua dah tak sabar nak Melayu jatuh tersembam, supaya mereka boleh perintah Malaysia dan bolot semuanya secara total. Plaza Low Yat telah menjadi saksi kerakusan mereka mengambil kesempatan menuduh Polis Melayu Rasuah dan membelasah orang Melayu dengan kayu panjang. Lebih baik kita bawak bersabar dan istifar banyak2 kerana kalau silap langkah Melayu besar kemungkinan akan hilang kuasa. KIta perlu banyak bersabar biar penyiasat dalam dan luar Negara buat kerja mereka untuk mengumpul bukti. INsya Allah kebenaran akan terdedah dan Negara kita akan terus selamat dan aman makmur. Amin.

Unknown said...

saya menjadi teramat hairan dengan segelintir ahli umno walaupun saya ahli umno dan tak pernah sokong/undi pembakang.
Persoalan sekarang, najib telah menjadi liabiliti kepada umno dan barisan nasional jadi kenapa nak di pertahankan najib.
Apakah umno akan berkubur tanpa najib? Tektik menakutkan rakyat untuk menolak pembangkang tidak akan memberi kesan. Setahu saya banyak cawangan umno yang mengadakan mensyuarat agong antara ketua cawangan dan setiausaha saja kerana tak nak cawangan dibubarkan.. Ahli2 dah muak untuk hadir. mensyuarat kerana bantah kepimpinan najib.
Sekiranya tiada perubahan pada jawatan pm hingga pru14, adalah teramat mustahil bn akan kekal memerintah.

Anonymous said...

meroyan le kau semua macai anuar ibrahim,jangan stroke sudah le.

Anonymous said...

Shahril tu target nak jd TPM ti..x main lar menteri biassa woo

Anonymous said...

kau rombaklah apa pun..rakyat tak kisah sgt. balik2 muka2 itu jg. sape pun jd menteri rakyat tetap kena tanggung saraan hidup yg tinggi. yg rakyat nak tahu..tu duit tu...

Anonymous said...

Incik Hashim Ahmad, jangan terlalu hairan sebsb wang adalah segala-galanya.Sekarang tak main dalam ribu-ribu lagi tetapi juta-juta.Boleh beli segala-galanya.

Anonymous said...

Lepaskan lah jawatan secara terhormat..rakyat dah bosan dgn bini PM lebur duit rakyat