Wednesday, July 1, 2015

BERAS ORANG MISKIN PUN KENA KEBAS

Pengerusi Eksekutif DCT Beras (M) Sdn Bhd Datuk Noridan Spee Yee semasa di sidang media berkenaan subsidi 21 tan beras kepada ST15 tempatan di Hotel Concorde Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Jun, 2015.

"Ada "ikan jerung" memegang KETUA BAHAGIAN parti, wakil rakyat, ahli politik hingga bertaraf MENTERI yang mengaut keuntungan besar melalui pengagihan kuota (beras). Saya ada BUKTI. Saya ingin bertanyakan kepada PERDANA MENTERI dan semua agensi yang tahu mengenai perkara ini berlaku kenapa BERDIAM DIRI tanpa bertindak." - Pengerusi Eksekutif DCT Beras (M) Sdn Bhd Datuk Noridan Spee Yee.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ada-ikan-jerung-seleweng-kuota-beras-st15-kata-pemborong-berlesen

1. Bila Perdana Menteri Najib Razak hendak menjawab soalan ini?

2. Siapa KETUA BAHAGIAN Umno yang terima bayaran "atas angin" yang didakwa Noridan?

3. Siapa MENTERI yang didakwa terlibat dengan bayaran "atas angin" ini?

Kouta beras di mana RASUAH dan PENYELEWENGAN berlaku melibatkan beras jenis SUPER TEMPATAN (ST15) yang mengandungi 15 peratus BERAS HANCUR.

Siapa MAKAN beras ini?

Image result for ISmail sabri

Kata Ismail Sabri, Menteri Pertanian: Beras ini adalah makanan golongan miskin dan miskin tegar.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0918&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm

Image result for beras ST15

HARGANYA: RM17.50 untuk sekampit 10kg.

Terkedu kita membaca kenyataan Noridan.

Kesimpulannya, Noridan MENDAKWA, beras untuk orang miskin pun diBALUN Menteri dan Ketua Bahagian. ITU DAKWAAN NORIDAN YANG PERLU DISIASAT SEGERA.

ST15 ini umpama BERAS ZAKAT, umpama ZAKAT pun mereka sapu.

Itu lah MERTABAT pemimpin Melayu sekarang ini.

6 comments:

Anonymous said...

Kalo betul kejadian ini.. secara automatic saya bukan lagi ahli UMNO.. dan saya akan berjuang untuk menghapuskan UMNO dari Tanah yang bergelar Malaysia ini.. Hak orang miskin tolong jangan sentuh untuk kaut untung untuk poket anda wahai pengkhianat

Anonymous said...

Nak tanya najib? Najib tak akan jawab punya..tunggu pencacai yg jawab. Kalau hak org miskin pun hangpa nak balun jg..tak tahulah.

Anonymous said...

Harga sebenar beras tu sekitar RM22/10kg.. yg dibeli tu harga subsidi.

~Seludup beras siam

Anonymous said...



bila DS Ismail Sabri & Timbalan Men Tajuddin Rahman nak jwb isu ini.

siapa menteri yg terlibat? Ismail sabri terlibat ke tidak?

Minta penjelasan menteri pertanian

Anonymous said...

jika benar cerita ini, menteri berkenaan adalah pengkhianat bangsa dan negara.

tergamak makan kedarah hak fakir miskin.

sudah tidak ada hati perut.

pengkhianat seperti perlu dihukum

MasyaAllah. tergamak kamu mencuri hak org miskin. sama seperti perompak mencuri nasi dari mulut si fakir

Semuga Allah swt menghukum mereka2 ini

Anonymous said...



sprm bila nak siasat? atau sibuk dgn penanam sayur di cameron?