Saturday, July 4, 2015

NAJIB: INI KONSPIRASI DR MAHATHIR

Image result for najib+dr mahathir

JAWAPAN NAJIB RAZAK MENGENAI DAKWAAN RM2,600,000,000 (RM2.6 BILION) DI DALAM AKAUN AMBANK BELIAU.


Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pelbagai tuduhan – semuanya tidak berasas dan kebanyakannya mengarut – dilakukan terhadap saya dan keluarga.

Serangan bermula apabila saya enggan melaksanakan tuntutan peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya enggan kerana berasa adalah tidak wajar bagi Malaysia ditadbir secara proksi.

Tun kemudian mencipta krisis apabila tanpa usul periksa mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedangkan hakikatnya ia adalah hutang yang diaudit dan disokong oleh aset diaudit bernilai RM51 bilion.

Dakwaan terbaharu ialah kononnya saya mengambil dana berkaitan kerajaan untuk kepentingan peribadi. Saya percaya Tun berada di belakang pembohongan ini, berganding bahu dengan pihak asing termasuk blog politik Sarawak Report yang semakin diragui kredibilitinya.

Saya ingin berterus terang: Saya tidak pernah mengambil dana demi kepentingan peribadi seperti didakwa seteru politik – baik daripada 1MDB, SRC International atau entiti lain, seperti mana disahkan oleh semua syarikat terbabit.

Jelas sekali, tuduhan palsu seperti ini adalah sebahagian daripada kempen terancang sabotaj politik untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi.

Mereka yang membuat dakwaan itu tidak pernah mengetengahkan sebarang bukti. Apa yang kita dengar hanyalah dakwaan berasaskan kebocoran dokumen dan penyiasat tanpa nama. Tiada sekali pun sumber dokumen ini ditampilkan, manakala dokumen berkenaan juga tidak pernah dikemukakan untuk pengesahan pihak berkuasa.

Seperti diketahui, beberapa dokumen yang menjadi asas dakwaan kebelakangan ini dilaporkan telah diubah. Individu yang membocorkan dokumen ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa di luar negara kerana cuba memeras ugut bekas majikannya. Hakikat ini besar kesannya terhadap kesahihan  dokumen berkenaan dan mereka yang menggunakannya untuk memburuk-burukkan kerajaan serta negara kita.

Mereka yang terus melancarkan serangan ini perlu bersedia untuk berdepan tindakan berikutan perbuatan mereka. Taktik kotor – termasuk taktik jenayah dalam beberapa keadaan – untuk menumbangkan kerajaan akan gagal. Dalam beberapa keadaan, mereka bakal berdepan tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

Malang sekali serangan palsu bertubi-tubi yang didorong kepentingan peribadi ini berlaku pada ketika Malaysia memiliki pelbagai kelebihan unik – kedudukan sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini dan status negara maju yang semakin hampir dicapai. Saya kekal dengan fokus untuk membangunkan negara demi rakyat.



JELAPANG: SEMUGA kenyataan Perdana Menteri seterusnya akan MENYENTUH samada BETUL atau TIDAK wang berjumlah RM2,600,000,000 dimasukkan ke dalam akaun beliau.

21 comments:

Anonymous said...

najib dok cakap jangan fitnah.
blogger najib dok cakap jangan fitnah.

itu najib kata tuduhan wsj ni kerja tun.
bukan fitnah ke tu?

Anonymous said...

Najib Razak berkata mereka yang rajin solat tetapi masih memfitnah dan menghancurkan perpaduan, tidak tentu akan masuk syurga.

Habis ni dok fitnah Tun Dr Mahathir tanpa bukti - Najib pasti tak masuk syurga.

Anonymous said...



hanya di afrika presiden/pm sapu duit rakyat.

dimsia pemimpin suci diri dengan derma pada masjid dan surau

Anonymous said...

Jangan cabar kesabaran PM. Bila mengamuk nanti, berHari Raya lah semua kat Sg. Buloh.

Anonymous said...

Dalam bulan ramadhan ni,berbaik sangka lah....tapi tun dr mahathir ni mana ada berbaik sangka semua buruk sangka .....macam dia hebat sangat ....anak2 dia jadi jutawan ketika dia jadi pm so anak 2 dia perhembat harta siapa..? Tapi kami ni berbaik sangka tu rezeki Allah beri so orang yang suka salahkan Pm najib tolong jangan sebarangan cakap tak ada bukti jangan sedap mulut nak tuduh macam Tun dr mahathir cakap banyak mai lah tunjuk bukti.....jangan pakai cakap je .tulah beza tun dt mahathir dulu selalu buat kerja sendiri dan tak kisah cakap orang tapi sekarang tun dr mahathir yang dah 90 tahun suka dengar cakap orang dari buat hal sendiri.yanh kaki kipas pun ramai.so nanti kat hari kiamat pandai2 lah jawab depan Allah sebab kita sebar cerita yang belum tentu kesahihannya .oleh itu kalau tak tahu elok diam je.

Anonymous said...

anon 8;34 & 8;48,

Jangan takut kalau ianya hanya fitnah Najib dan bukan Mahahtir di belakangnya,lagi pun apa nak di risuakan kalau apa yg tersiar oleh WSJ dan SR tu pula betul.Tak gitu?.

Tapi bagi aku,belum Najib sebut pun aku dah agak memang Pak Mantan tu punya kerja.

Anonymous said...

Gunakan jugak perkataan "KONSPIRASI" sama dengan perkataan Anuar Ibrahim semasa dilucutkan jawatan. Kadangkala nak tutup malu sesaorang tuh boleh bertindak diluar batas normal. Perogol sanggup membunuh mangsa kerana malu kalau kalau perbuatanya diketahui umum. Biasanya dikap malu timbul pabila kesalahan dah dilakukan. Maka tak hairanlah kalau orang yang sudah malu melakukan apa saja untuk mempertahankan diri seolah olah dia tidak bersalah.

Anonymous said...

bila orang cakap dan bertanya, mereka minta bukti dan fakta. bila yang bertanya beri fakta, mereka kata fakta salah dan fakta benar yang diberikan ada banyak persoalan. jawapan mereka pun tanpa fakta dan flow chat. mereka marah orang buat kepada mereka, tetapi mereka juga turut melakukan perkara yang sama. banyak perkara tidak difahami oleh rakyat, tetapi ramai yang percaya kepada cakap tdm kerana apa yang telah beliau lakukan selama 22 tahun. penyokong pembangkang tak akan beralih undi walaupun perkara ini tidak benar, tetapi penyokong bn yang di atas pagar sentiasa boleh mengalihkan undi mereka kepada mana-mana pihak. sebab itu mereka jatuhkan dan burukkan tdm yang akan membuatkan sebahagian kecil rakyat penyokong bn akan beralih. tak banyak pun yang sokong tdm, dan bn menang pun tak besar sangat perbezaan undi.

Anonymous said...

Malu nyeeee

Anonymous said...

semuanya tidak berasas dan kebanyakannya mengarut – dilakukan terhadap saya dan keluarga.
Bermakna ada yang berasas,agak2 nya apa yang berasas tu.

Anonymous said...

"Saya ingin berterus terang: Saya tidak pernah mengambil dana demi kepentingan peribadi".
Bermakna ada mengambil dana untuk kepentingan lain.

Anonymous said...

ni tuduh tanpa bukti apehal? ini lagi terang2 fitnah.

at least wsj dan sr tu ada tunjuk sesuatu. ada maklumat ada identiti sbg hujah mereka. ni tuduh2 tun m dengan modal air liur dan andaian logik? ini baru fitnah yang nyata. memalukan!

Anonymous said...

ni tuduh tanpa bukti apehal? ini lagi terang2 fitnah.

at least wsj dan sr tu ada tunjuk sesuatu. ada maklumat ada identiti sbg hujah mereka. ni tuduh2 tun m dengan modal air liur dan andaian logik? ini baru fitnah yang nyata. memalukan!

Anonymous said...

ni tuduh tanpa bukti apehal? ini lagi terang2 fitnah.

at least wsj dan sr tu ada tunjuk sesuatu. ada maklumat ada identiti sbg hujah mereka. ni tuduh2 tun m dengan modal air liur dan andaian logik? ini baru fitnah yang nyata. memalukan!

Anonymous said...

Kena buktikan di mahkamah. Baru orang boleh percaya. Kedua-dua pehak lah.

Anonymous said...

Berani ke si pahlawan bugis tu saman? Masuk court nnt..keluar lar semua citer...mcm kes anwar..smpi 4cm pn org sebut dlm mahkamah..aku rasa si bugis ni acah jer..nak divert..nak serang WSJ takut..so..serang lar Tun walau xde bukti...N2H pn takut nak dtg..agak2 berani ke dia nak masuk mahkamah bg keterangan...NO WAY MAN...heheh

Anonymous said...

Aku klu nak tuduh org rembat duit,aku tunjuk resit transfer confirmation ke,bank statement ke,apa2 lah yg credible..baru lah leh crita..ni stakat karangan demi karangan crita tahyul mana2,private investigator my arse nye nama pun tak bg..bikin flowchart mana2 tulis nama company mana2 ntah..trus org malaysia pecaya ada salah laku..apa kebodohnye ni..nampaknye madey makin tedesak nak jatuhkan najib scara brute force..tindakan undang2 najib bakal menyusul bila rasa pd madey sbg org tua telah ilang..

Anonymous said...

Ai! Kata dalam bulan Ramadhan hendaklah berbaik sangka. Ini apa pulak citer. Tun pulak dah diheret sama.

Anonymous said...

WSJ dan SR yang buat cerita, kenapa pulak dialihkan fokus kepada Tun? Bukan kah ada baiknya Najib jawab terus pada WSJ dan SR. Katanya rakyat Malaysia dihidangkan dengan persepsi dan ini bagaimana pulak. Tunjukkan jantan yang dukatakan phlawan dan jawab terus kepada WSJ dan SR. Jangan hanya menafikan tanpa apa apa bukti. Sekurang kurangnya berikan arahan kepada Bank Negara, SPRM d PDRM untuk siasat akaun bank yang diberikan itu. Kalau salah saman WSJ dan SR. Usah di kaitkan dengan cerita lain sebab akan buat banyak lagi dosa dibulan Ramadhan ini.

Anonymous said...

setakat ini aku masih beranggapan bahawa tuduhan2 kepada najib berbau fitnah. ini kerana setakat ini bahan bukti dan fakta yang diguna pakai oleh musuh najib tidak tepat, berubah2, diambil dari pihak ketiga dan yang terkini penglibatan si pemeras xavier yang telah ditangkap di thailand.
bagaimanapun, komen najib bahawa tun mahathir adalah dalang disebalik isu besar ini juga tidak didatangkan dengan bukti. najib menyebut bahawa kerana tidak dapat menunaikan permintaan peribadi mahathir, maka mahathir melancarkan serangan kepadanya. permintaan peribadi apakah itu? kenapa tidak sahaja dijelaskan jenis permintaan peribadi tersebut. ini akan menjadikan pembelaan diri lebih kredibel! kenapa najib masih berselindung? ada atau tidak ada? aku sebenarnya kasihan kepada najib yang terpaksa bersilat setiap hari menepis tohmahan kepadanya, hinggakan tugas utamanya kepada rakyat hampir terbengkalai. seharian menjelajah pelusuk tanahair dengan menyebut 'rakyat diDAHULUkan, pencapaian diutamakan'. dimana keadaannya ketika ini rakyat didahulukan? rakyat DAHULU yang terpaksa membayar GST ketika berbelanja dan mendapatkan perkhidmatan? rakyat DAHULU yang terpaksa menanggung beban kos bahan api yang makin meningkat sedangkan trend penurunan harga minyak dunia sedang berlaku? akhirnya rakyat juga yang kebanyakkannya akan sakit DAHULU menanggung peningkatan kos hidup, sebelum pemimpin2 direhatkan!
sungguh kasihan kepada najib, selaku pm yang sebenarnya tidak punya kekuatan diri yang jitu, hanya bergantung kepada penasihat2 yang terkenal dengan gelaran PUNAHSIHAT! satu2 isu yang timbul hanya mampu dinafikan, bukan diatasi. rakyat makin hilang keyakinan kepada kemampuan najib. najib tidak mampu bertindak cepat mematikan usaha mensabotajnya. tidak mampu bertindak balas agresif kepada musuh, selalu keliru antara nasihat dan punahsihat. kelemahan najib menyebabkan rakyat hilang keyakinan, sementelah kini rakyat dibebani dengan kos sara hidup yang meningkat secara drastik, disulam dengan kelemahan ringgit dan turunnya harga komoditi utama. berdoalah semoga malaysia akan kekal aman dan keruh dimuara akan jernih akhirnya.

Anonymous said...



haramjadah punya perdana menteri. rakyat nak makan pun susah. kena gst. petrol naik. dia senang2 masukkan 2.6 bilion dlm akaun dia.

anggap rakyat bodoh jgn pecaya WSJ. kena pecaya sapa? Utusan Msia? TV tiga suku?

pergi lah bersumpah di masjid negara akaun tu tak wujud.

memang patut kena maki perdana menteri.

melayu yg sokong org jahat, perutnya pun jahat.