TAHNIAH Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang baru.
Itulah rezeki Zahid. Tanpa diduga oleh kita, jawatan TPM jatuh ke riba Zahid. Siapa sangka.
Benar kata Zahid: "Ini adalah satu putaran hayat politik yang saya TIDAK pernah jangka dan harapkan, tetapi Allah MENTAKDIRKAN ia berlaku begini."
HANYA SELANGKAH saja lagi Zahid akan BERGELAR PERDANA MENTERI dan akan menjadi orang paling BERKUASA di dalam negara ini.
InsyaAllah akan tiba masanya nanti. Doa-doakan lah. Ada yang berkata: "Zahid mungkin menjadi TPM paling singkat dalam sejarah politik negara. Dan paling CEPAT menjadi Perdana Menteri."
Masa pun semakin singkat buat Zahid. Oleh itu lagi cepat diNOBATKAN sebagai Perdana Menteri lagi baik buat Zahid kerana usia semakin meningkat.
Zahid TIDAK muda, umur pun sudah mencecah 62, sama usia dengan orang paling hampir dengan beliau - Najib Razak - TETAPI 6 bulan 9 hari lebih tua dari Perdana Menteri.
Yakinlah, jalan ke tempat paling atas terbentang LUAS di hadapan Zahid. Semua di tangan beliau, bila mahu ke atas dan selama mana mahu MENUNGGU.
REKOD politik beliau A+. Malahan boleh kita simpulkan bahawa Zahid hari ini adalah pemimpin paling BERPENGARUH, KUAT dan paling TOP di kalangan ketua-ketua bahagian.
RAHSIA kekuatan ini hanya Zahid yang tahu.
Kuatnya Zahid, sehinggakan dalam saat-saat hayat politik Najib berada dalam keadaan cukup GENTING sehingga terpaksa MEMECAT Muhyiddin Yassin kerana menyoal isu 1MDB dan duit RM2.6 bilion di dalam akaun Najib, Najib terpaksa MEMINTA TALI HAYAT dari Zahid.
Keputusan pemilihan Umno 2013 adalah BUKTI nyata Zahid adalah pemimpin paling berpengaruh di dalam Umno hari ini dan tidak mustahil populariti beliau di kalangan Ketua-Ketua Bahagian Umno mengalahkan Najib sendiri.
TANPA mempunyai sebarang perasaan TAKUT, pada pemilihan 2013, Zahid mengumumkan untuk bertanding menentang Muhyiddin untuk jawatan Timbalan Presiden Umno tetapi diHALANG oleh Najib.
188 Bahagian (98.5 peratus) menyokong Zahid sebagai Naib Presiden pada 2013. Hanya 3 bahagian saja yang tidak menyokong beliau. BETAPA PERKASAnya Zahid di dalam Umno hari ini.
Jika tidak dihalang Najib 2 tahun lalu, sudah lama Zahid menjadi Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri.
Latarbelakang Zahid juga amat MENAKJUBKAN.
1986-1995: Setiausaha Politik Najib Razak.
1996: Ketua Pemuda Umno (SETIA kepada Dr Mahathir Mohamad)
1997: Sebagai Ketua Pemuda Umno Zahid mengkritik keras dan menentang Dr Mahathir kerana dasar kronisma dan nepotisma yang diamalkan oleh Dr Mahathir dan memaksa Dr Mahathir memaparkan senarai harta pemimpin Umno termasuk Zahid yang berjumlah RATUSAN JUTA RINGGIT. (Zahid SETIA kepada Anwar Ibrahim).
1999: Zahid kembali MENYOKONG dan SETIA kepada Dr Mahathir.
2004: Zahid dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan oleh Abdullah Ahmad Badawi (SETIA kepada Pak Lah).
2008: Menteri di JPM
2009: Dilantik Najib sebagai Menteri Pertahanan (SETIA kepada Najib)
29 Julai 2015: Dilantik Najib sebagai TPM.
Begitu HEBATnya perjalanan politik Zahid. Setia bersama Dr Mahathir, setia bersama Anwar, setia bersama Pak Lah dan sekarang setia bersama Najib.
Tahniah kepada Najib Razak kerana kini berdiri hanya setapak dari beliau adalah pemimpin paling popular di kalangan Ketua-Ketua Bahagian Umno.
Semuga KESETIAAN Zahid berkekalan hendaknya.
TAHNIAH DATO' SERI ZAHID.
7 comments:
naiklah cepat..
cari jalan untuk dapat kerusi nombor satu secepat mungkin
kerana..
pada PRU14..kami akan kuburkan umno !!!
umno senghaja membunuh diri
dan kami akan talkinkan
buang masa sahaja selama ini perjuangkan melayu
kerana pemimpin hanya bekerja untuk membuncitkan perut sendiri !!!
kami sudah tiada daya upaya untuk membela umno lagi
kerana umno telah menindas kami orang melayu pengundi marhaen !!!
tahniah dato dr hj zahid hamidi dan keluarga..
Saya berharap sangat bahawa jangan pula blog Jelapang ini mengamok kalau Zahid menjadi TPM hanya seketika waktu sahaja , malah jauh daripada menjadi PM kalau perkara ini berlaku harap reda lah macam mahyudin akan diberkati allah kalau selalu reda , jangan pula ikut perangai Anuar aljubur .
Sama macam Tok Pa.. sejak zaman TDM, Paklah, Najib, dia ada jawatan tertinggi.
The question now is if Najib has to go, then who replaces him? Zahid Hamidi is the DPM now. But it is impossible for Zahid to replace Najib.
.
The replacement for Najib will be the Deputy President of UMNO. Which is still Muhyiddin Yassin. Haaaa haaaa. So if Najib is kicked out, it is Muhyiddin Yassin the Deputy President of UMNO who will come back as Prime Minister.
.
How long will Muhyiddin be Deputy President? Well the UMNO elections that were scheduled to be held in 2016 have been postponed to dont know until when. So thats how long Muhyiddin will remain Deputy President.
.
Folks, it is likely that Zahid Hamidi will be the shortest term DPM in our Malaysian history.
When will this happen?
Tabik dua tangan Klu Zaid menang pertandingan timbalan presiden umno...barulah gentle
Hari Pahlawan is dedicated to Jelapang, Apanama, Syed of OutSyed The Box, DinTurtle, KadirJasin and many other blogs which uphold integrity and justice.
Syabas!! Selamat Berjuang!!
P.S. of course the most berjuang blog goes to Chedet!!
Post a Comment