Showing posts with label SARAWAK REPORT. Show all posts
Showing posts with label SARAWAK REPORT. Show all posts

Friday, April 15, 2016

ALHAMDULLILAH, NAJIB BERSIH. TUN MAHATHIR KAKI FITNAH

Image result for najib+menteri luar+arab

ALHAMDULLILAH. Akhirnya semua sudah SELESAI.

Terima kasih Al-Sheikh Adel Al-Jubeir kerana telah mengaku bahawa duit yang ada di dalam akaun Najib Razak adalah sumbangan dari Arab Saudi.

http://www.malaysiakini.com/news/337917

MALU besar Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dengan penjelasan Al-Sheikh ini.

Al-Sheikh ini pun satu. Kenapa baru sekarang nak mengaku kerajaan Arab Saudi bagi derma. Dua bulan lepas kata PELABURAN, hari ini kata DERMA.

Kalau awal-awal membuat PENGAKUAN macam hari ini, tidaklah negara ini jadi huru-hara.

1. SPRM tak payah berulang alik ke seluruh pelusuk dunia berjumpa Tok Arab nak siasat betul ke duit itu derma dari Arab Saudi.

2. Gani Patail sudah pasti masih Peguam Negara dan tak perlu diPECAT oleh Najib.

3. Dua pegawai SPRM tak lah perlu bertukar kerja ke JPM.

4. Cuma yang rugi ialah Nur Jazlan dan Reezal Merican. Kalau awal-awal Al-Sheikh mengaku Arab Saudi menderma, tak dapatlah mereka berdua merasa menjadi Timbalan Menteri.

5. Isteri Najib, Rosmah Mansor, sudah pasti tak kena BOO semasa Badminton Terbuka Malaysia baru-baru ini.

6. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal sudah pasti tak diPECAT Najib.

7. Najib pun tak perlu hendak bagi BALIK duit derma RM2 bilion lebih kepada pendermanya.

8. Najib juga tak perlu habis berjuta ringgit jaga Ketua-Ketua Bahagian.

9. PAC pun tak perlu bersidang dan keluarkan laporan yang beratus muka surat dan tebalnya hampir 2 inci.

10. Tun Mahathir pula HILANG jawatan Penasihat Petronas.

11. Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini tak perlu pun dibuat secara tertutup sehingga ahli Umno yang bukan perwakilan dipaksa melihat berulang kali ucapan pemimpin yang di"censor" oleh Raof dan geng-geng Teuku Adnan.

12. SKMM pun tak payah kerja kuat sekat Malaysian Insider serta blog kawan-kawan seperti Syedoutsyedthebox dan Din Turtle.

13. Sarawak Report pun tak akan sepopular sekarang.

14. Orang pun tak akan kenal kawan-kawan Najib seperti Jho Low, Tariq Obaid dan beberapa lagi.

15. Nama Zeti Aziz, Gabenor Bank Negara, sudah pasti tidak dicemar sebegini rupa.

16. FBI dan Peguam Negara Switzerland pun tidak perlu habiskan wang rakyat menyiasat kes ini.

Banyak lagi kalau hendak disenaraikan kesemua penganiayaan disebabkan kelewatan Al-Sheikh Adel ini mengaku duit tersebut duit derma.

INI SEMUA SALAH AL-SHEIKH ADEL.

Demi untuk membersihkan nama Perdana Menteri sebersih kapas, tibalah masanya Najib mengarahkan SIASATAN penuh dibuat agar rakyat benar-benar YAKIN dengan jawapan yang diberikan oleh Al-Sheikh Adel hari ini.

Tidak ada apa hendak diSOROKkan lagi.

Selama ini kita semua salah sangka.

Kita tunjuk semua akaun 1MDB, dalam dan luar negeri. Tunjuk RESIT RM2 bilion yang Najib hantar balik kepada Arab Saudi. 

Kita tunjuk semua laporan Akauntan Negara dan Bank Negara.

Kita bagi Tun Mahathir malu. Biar padan muka Tun.

Kita tunjuk kepada rakyat bahawa Tun Mahathir KAKI FITNAH.

Kita tunjuk semua. Tak perlu lagi nak sorok-sorok hasil siasatan SPRM, Bank Negara, Polis dan Akauntan Negara. 

Padan muka Tun Mahathir, kaki fitnah.

Kepada Azalina Othman Said, tindakan beliau mempertahankan Najib BETUL.

Sekarang Azalina perlu menulis surat kepada FBI dan Peguam Negara Switzerland supaya memberhenti siasatan serta merta kerana Arab Saudi sudah mengaku wang tersebut adalah pemberian dari mereka dan kita saman New York Post dan Wall Street Journal.

Seperti kata Al-Sheikh Adel, KES DITUTUP.

Alhamdullilah.

Sunday, July 12, 2015

HELAH NAJIB: ROMBAK KABINET UNTUK ALIH PANDANGAN RAKYAT TERHADAP ISU WANG DALAM AKAUN NAJIB DAN ROSMAH?

Image result for shahrir samad+paul stadlen
(Gambar: Shahrir Samad bermesyuarat bersama Paul Stadlen dan Arul Kanda)



BELUM pun selesai SIASATAN ke atas Najib Razak dan Rosmah Mansor isu wang dimasukkan ke akaun mereka, dua akhbar pro-Najib sudah memperkatakan mengenai ROMBAKAN KABINET.

http://www.utusan.com.my/rencana/analisis-mingguan-bisik-bisik-awang-selamat-1.113086

http://www.nst.com.my/node/91843

Nampaknya orang No 1 tidak ambil kisah segala dakwaan yang dilemparkan terhadap beliau.

Atau rombakan ini satu HELAH mahu mengalih pandangan rakyat supaya bercakap mengenai ROMBAKAN KABINET dan melupakan dakwaan RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun Najib dan RM2 juta TUNAI (cash) dimasukkan oleh seorang pembantu ke akaun isteri Najib, Rosmah Mansor?

MULIAnya hati PENDERMA yang menderma sehingga RM2.6 bilion. Betapa beruntungnya seorang surirumah seperti Rosmah Mansor dapat menyimpan RM2 juta dalam masa DUA BULAN. Hari raya dah hampir tiba, mungkin kita berharap bertemu penderma semulia mereka ini, dapat seribu dua pun dah mencukupi.

http://www.malaysiakini.com/news/303879

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekarang-rosmah-pula-didakwa-terima-rm2-juta-dalam-akaun-peribadi

SEHARUSnya dilupakan rombakan Kabinet ini seketika.

Sekarang bukan masanya. Sekarang adalah masa Najib dan isteri MEMBERSIHKAN DIRI dari segala tuduhan ini.

Dulu rakyat dipaksa menunggu AUDIT 1MDB sebelum membuat sebarang sangkaan kepada 1MDB, Kerajaan dan Najib.

Apa salahnya kali ini, NAJIB tunggu siasatan ke empat-empat Tan Sri sebelum merombak kabinet.

Tak akan Najib tidak boleh bersabar sedikit. Kalau rakyat boleh bersabar menunggu AUDIT 1MDB, tak akan Perdana Menteri tiada kesabaran untuk menanti hasil SIASATAN pasukan petugas khas mengenai dakwaan ini.

SABAR-SABARLAH.


p/S: Tahniah Tan Sri Shahrir Samad. Usaha Tan Sri beberapa minggu ini telah membuahkan hasil jika benar laporan akhbar pro-Najib bahawa Tan Sri akan kembali ke dalam Kabinet. Kepada pemimpin Umno lain, contohilah kebolehan Tan Sri Shahrir.