Friday, July 16, 2010

MALAYSIA BERTUAH ADA ROSMAH

15 Julai, 2010 14:46 PM
Malaysia Bertuah Ada Rosmah Yang Banyak Idea : Musa Aman

KOTA KINABALU, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia bertuah kerana mempunyai isteri seorang Perdana Menteri yang mempunyai banyak idea dan komitmen tinggi dalam membantu kerajaan memajukan negara, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Komitmen Datin Seri Rosmah Mansor dalam membantu usaha kerajaan di bawah kepimpinan suaminya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mendahulukan rakyat menampakkan hasil dengan pengwujudan program seperti Permata Negara, katanya.

"Kita dapat melihat matlamat program Permata Negara adalah untuk melahirkan modal insan yang menjadi aset paling penting untuk memajukan negara.

"Kita juga perlu terus mendukung usaha Datin Seri Rosmah yang sentiasa prihatin dan memberi perhatian mendalam membela golongan kurang upaya yang merupakan antara rakyat yang perlu didahulukan," katanya ketika merasmikan Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2010 di sini pada Khamis.

2 comments:

kluangman said...

Malaysia bukan sahaja beruntung ada Rosmah tetapi beruntung juga kerana mempunyai Musa Aman yang pandai memilih kata kata dan berbahasa.

Musa Aman dan lain lain Ketua Menteri dan Menteri2 Besar patut menggalakkan isteri masing2 supaya lebih aktif mencontohi Rosmah untuk menggiatkan idea dan aktiviti di negeri dan kawasan mereka.

Rakyat sangat rindukan penampilan mereka2 ini walaupun tidak diundang.

Wake UP! said...

Baguslah ada isteri Perdana Menteri yang begitu prihatin.

Boleh bantu suami kerana suami pun sibuk dengan hal-ehwal negara.