Rata-rata di bahagian-bahagian berpendapat Puteri Umno kini meniti hari-hari kehancuran. Puteri Umno hari ini bukan lagi Puteri Umno semasa Azalina atau Noraini Ahmad.
Puteri Umno dahulu digeruni lawan dan menawan, hampir setiap hati pengundi termasuk pemuda parti lawan tertawan.
Malangnya Puteri-Puteri hari ini hampir sama tuanya dengan partinya walaupun usianya masih muda. Kalau ketua-ketua Puteri penawan hati Pemuda, hari ini tidak lagi. Kalau dulu parti lawan gerun melihat Puteri bertemu pengundi, Puteri hari ini sudah hilang seri. Apa tidaknya, mereka tidak lagi bergelar Puteri. Mereka sudah bergelar isteri.
Dulu Puteri tidak bersuami. Kini mereka sudah berpunya. Ada di kalangan suami merasakan beristerikan Puteri bakal membawa rezeki. Maka berpeleseranlah Puteri-Puteri yang bersuami ini ke sana ke mari mencari rezeki buat suami.
Ke sana ke mari projek dikejar untuk si suami. Itulah Puteri Umno hari ini.
Apa yang di katakan Azalina kepada Agenda Daily ada benarnya. Tidak berguna berselindung di sebalik kata-kata. Memang pedih untuk menerima realiti. Tetapi Puteri Umno hari sedang meniti hari-hari terakhirnya.
Kalau nak dihitung di mana salahnya, memang tiada penghujungnya. Adakah satu kesilapan memilih orang Sabah sebagai pemimpinnya? Adakah Puteri ketandusan pemimpinnya? 1001 sebab boleh diteliti.
Rosnah Sirlin dengan caranya, Shahanim Yusof dengan egonya. Yang merana ialah Umno dan pemimpinnya. Selamat Tinggal Puteri.
3 comments:
puteri......puteri.....puteri, jadilah pejuang bangsa dan agama... jgn jadi pulun...pulun....pulunnnn.....
bangunlah serikandi....i
Assalamulaikum rakan bloger
Sebenarnya kami ini pengundi atas pagar yang selalu membantu UMNO dalam menangani pelbagai isu,walau pun kami tidak menjadi ahli UMNO tetapi kami tetap pertahankan UMNO kerana UMNO sahajalah parti orang melayu yang ada ketika ini. Tetapi kami hairan kenapa tidak ada sedikit kegusaran dihati pemimpin UMNO dari pusat ,bahagian hinggalah ke cawangan terhadap fenomena ini.Lihatlah Ketua Bahagian langsung tidak berperanan, ketua cawangan apatah lagi nak jumpa masyarakat setempat pun susah.Kami kadang-kadang terfikir adakah mereka sudah selesa atau mereka rasa mereka sudah tidak punya masa depan oleh itu sebelum UMNO jatuh kebas dulu apa yang boleh.Bila tiba musim pemilihan bukan main penuh kedai-kedai kopi mencari dan melobi pengundi. Kenapa ini terjadi? inilah memilih pemimpin yang salah, walhal ramai lagi pemimpin yang berkemampuan untuk meneraju parti orang melayu ini. Kami sebagai blogger bebas akan sentiasa menyokong perti keramat orang melayu walau pun kadang-kadang kami digelar musang dan beruk oleh pemimpin UMNO. Oleh itu fikirkan lah kalau hendak melayu mempunyai parti pada masa depan berkeja keraslah dari sekarang.
Ikhlas blogger bebas
pengundi setia sungai rapat
Setuju, tapi tutup dan bubar Pemuda terlebih dahulu, diikuti umnoputera, lepas tu puteri dan selepas itu wanita.
Post a Comment