Friday, November 7, 2008

OBAMA, MCA & ISU KAUM

Nilailah sendiri sikap parti komponen BN dalam isu kaum.

Laporan Bernama hari ini.

Presiden MCA kaitkan Obama dengan isu PKNS
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini berkata, sudah sampai masanya bagi rakyat Malaysia membebaskan diri mereka daripada belenggu isu perkauman.

Dengan mengambil Barack Obama, yang dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat, sebagai contoh, Ong berkata: "Sedihnya di Malaysia, kita masih berbalah dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Sudah sampai masanya bagi kita membebaskan diri melakukan sesuatu perkara secara ortodoks. Di Amerika Syarikat, ia mengambil masa lebih 200 tahun bagi seorang lelaki kulit hitam untuk dipilih sebagai presiden di sebuah negara yang dikuasai orang kulit putih.

"Ironiknya, rakyat di Malaysia, yang bersorak untuk Obama tidak berfikir bahawa seorang wanita Cina itu layak menerajui PKNS, kata Ong yang juga Menteri Pengangkutan, dalam satu kenyataan di sini.

Ong berkata, reaksi daripada sesetengah ahli politik daripada kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang berhubung pelantikan itu menunjukkan bahawa mereka masih lagi berada di dalam kepompong perkauman mereka sendiri. - Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Dan apa kata Bisik-Bisik Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44 terus menjadi bahan bualan hangat di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Cuma Awang tidak selesa dengan analisis tertentu yang mengaitkan pemilihan warga kulit hitam pertama sebagai Presiden AS itu dengan politik Malaysia.

Sudah kedengaraan suara pemimpin bukan Melayu yang mahukan bukan Melayu diberi peluang menjadi Perdana Menteri.

Dalam kita mengakui bahawa politik negara mempunyai banyak ruang untuk berubah, ia tidak bermakna kita harus menerima pakai senario AS.

Kajilah sejarah dan budaya politik Amerika yang sudah merdeka lebih 232 tahun berbanding Malaysia yang baru 50 tahun. Fahamilah juga Perlembagaan kita.

Lagipun, para pemimpin termasuk parti bukan Melayu masih dibelenggu politik perkauman – berbeza dengan AS.

Di Amerika misalnya, rakyat termasuk pendatang hanya menggunakan satu bahasa iaitu bahasa Inggeris dan satu sistem serta aliran pendidikan.

Banyak lagi realiti yang perlu dilihat termasuk soal agama. Obama adalah seorang Kristian iaitu agama teras AS. Antara faktor beliau ‘diterima’ ialah ibunya juga, seorang kulit putih warga asal AS.

Awang – Sentiasa fahami realiti.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm

2 comments:

Anonymous said...

Alo geng..Amerika lain Malaysia lain,hampa ni semua bukan bleh nampak peluang dan semuanya hangpa nak rembat kat keturunan hangpa semua saja.Apa hangpa ingat org melayu bodo ka nak ikut cakap hangpa

Anonymous said...

Saya nak tanya Sdr Ong Tee Keat apa kah bendenya kita bolih belajar daripada Amerika Syarikat ?
Belajar jahanamkan sistem bank dan kewangan?
Belajar berperang dengan orang yang lemah ?
Bunuh rakyat asing yang tidak pernah serang amerika ?
Bahaya sungguh pemikiran anda. Nak suruh Malaysia ikut jejak negeri pembunuh dan perosak ganas.
Kalu ikut jejak contoh negeri yang baik kan bagus, anda pilih saje..
Obama belum angkat sumpah lagi jadi presiden, anda dah tahu dia orang yang baik untuk kepentingan malaysia ?
Kenape anda tak sebut terang dan nyata dan di parliamen sesi ini bahawa anda mahu sebenarnya jadi Perdana Menteri Malaysia sekarang ?

Baru lah gentleman kan ?
Lagi pun Obama bukan pandai sangat.
Sdr OTK bolih tutur dan fasih 3 bahasa kan.
Obama tahu satu sahaja.
Olih yang demikian anda , orang malaysia, yang lulus inginer dan bertutur bahasa melayu mandarin dan ingeris jauh lebih pandai dari Obama.
Dia tahu ingeris saje.
Sepatutnya anda OTK,jadi guru nya.
Sebab anda dah jadi presiden (MCA aje) dahulu.Obama belum angkat sumpah, nak buat contoh .
Sekurangnya anda Di sokong olih 6 juta orang cina di malaysia, dan 60000 orang pengundi di Ampang Jaya.Angan bolih lah Sdr OTK.
Tapi anda jejak di bumi malaysia dan jikalau anda tak suka dengan 30 % ke ,sosial kontrak ke ,atau hak orang Melayu, cakap aje di atas bumi Malaysia.
Orang Melayu bolih terima.
Tapi jangan lah nak suruh orang Melayu fikir macam orang Amerika.
Itu nama kerja orang bodoh .
Saya dan rakyat Msia yang lain fikir dan setuju bahawa anda yang fasih Bahase melayu ingeris dan mandarin dan lain dialek,lulus dari universti tempatan sebagai Injineir mekanikal, ada lah orang pandai dan bukan bodoh.
Tapi kalau nak pilih jadi orang bodoh kami tak menghalang kerana itu adalah hak anda.
arjuna waspada.