Wednesday, November 26, 2008

AZALINA? JANGAN INGAT RAKYAT BODOH!

LIM Kit Siang pernah bertanya di Parlimen bagaimana papan iklan raksasa yang memaparkan gambar pemimpin ini boleh menarik pelancong ke Malaysia.

Gambar di atas adalah papan iklan yang dimaksudkan oleh Kit Siang. Kalau diketepikan sentimen terhadap bekas Ketua Pembangkang itu, ada juga kebenarannya. Apakah dengan gambar Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak dan Azalina Othman Said menjadi satu tarikan kepada pelancong?

Sebenarnya Abdullah dan Najib tidak ada kena mengena dengan idea papan iklan ini. Ini idea Azalina bila beliau mula menjawat jawatan Menteri Pelancongan selepas pilihanraya umum yang lalu. Apa matlamatnya?

Berapa juta ringgit kah di bayar kepada agensi pengiklanan untuk memasang papan-papan iklan ini dan agensi mana yang diberi kontrak untuk iklan ini? Hanya Azalina yang tahu jawapannya.

Azalina dikelilingi kontroversi sejak dilantik Menteri Pelancongan. Isu Pempena, isu website, isu Ketua Pegarah didakwa rasuah dan isu pegawai khas beliau masih menghantui Azalina.
http://kedahku.blogspot.com/2008/10/menteri-pelancongan-lantik-lebih-20.html

Papan iklan raksasa ini dipasang hampir ke seluruh pelusuk negara. Sepanjang lebuhraya dan setiap ibukota.

Mac nanti, Abdullah akan meletakkan jawatan. Maka gambar Abdullah seharusnya di turunkan. Maka tak sampai setahun, papan iklan raksasa ini terpaksa diturunkan. Maka terpaksalah poster baru dibuat dengan gambar Najib sebagai gambar utama dituruti Muhyiddin Yassin, jika beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden, dan Azalina.

Maka terpaksa jugalah Kementerian Pelancongan mengeluarkan peruntukan baru untuk papan tanda baru. Maka agensi pengiklanan pun dapatlah tempahan baru.

Azalina sukar dikritik. Malahan dari reaksi beliau di Parlimen, Azalina ialah seorang yang keras hati dan bengkeng (cepat marah).

Isu papan tanda berbangkit lagi dua minggu lalu. Dengan nada yang tinggi, Azalina berkata "jangan politikkan papan tanda" . Layari Watan: http://www.mingguan-watan.net/index.php?option=com_content&task=view&id=206&Itemid=43

Semuga bila Najib naik nanti, nasihat kita kepada Perdana Menteri baru ini "tegur-tegurlah Azalina".

Negara ini hak rakyat dan hormatilah rakyat. Jangan sekali-kali, kata orang putih: "insult our intelligence because we are not stupid".

Rakyat hari ini pandai menilai antara kaca dan permata, Aza!

4 comments:

Anonymous said...

Tiada yang pelik mengenai azalina ini. Peragai sama saja masa di kementerian sukan.

Anonymous said...

Bukan nak tarik pelancong beb. Nak bodek Pak Lah dan Najib beb.

Anonymous said...

Dari dulu lagi I tak faham kenapa Azalina ni boleh jadi Menteri..budak hingus baru nak belajar politik terus dilantik jadi Menteri..memang bangang orang yang memilih dia dulu..rupa dahlah macam tomboy, takde langsung mempamirkan identiti wanita melayu! Kalau setakat ada ijazah lawyer, berlambak lagi graduate kita lulusan dalam negeri dan luar negeri yang bijak bercakap..cuma takde peluang aje. I rasa Najib nanti tolonglah ganti Azalina ni..cukup-cukuplah dia jadi Menteri di dua Kementerian..sepatutnya mana-mana Ketua Puteri tak payahlah bak bagi jawatan dalam Kabinet. Mereka ni masih mentah lagi. Agaknya disebabkan gila nak dapat jawatan kabinet maka berlumba-lumbalah orang yang menawarkan diri untuk jadi Ketua Puteri. Tahun ni aje dah tujuh orang menawarkan diri. Saya harap Datuk Najib kena cegah dari awal supaya next time bila mereka tahu takde jawatan dan imbuhan, maka akan kuranglah perebutan..lepas tu kita boleh tengok siapa yang benar-benar ikhlas untuk berkhidmat dalam parti!

Anonymous said...

Umo umno porno da makin pndek... Tggu masa nk mampos je