Showing posts with label snippet. Show all posts
Showing posts with label snippet. Show all posts

Tuesday, October 20, 2009

MENTERI KESIHATAN LIOW TIONG LAI PELAKON BERBAKAT!

KITA tidak peduli samada:

* isteri Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Datin Sri Lee Sun Loo benar-benar menerima sebuah MPV Toyota Alphard bernilai RM574,884.10 dari sebuah syarikat kontraktor binaan sebagai hadiah harijadi beliau?

** benar atau tidak kontraktor tersebut mengeluarkan cek berjumlah RM324,884.10 sebagai bayaran untuk kereta MPV tersebut?

*** benar atau tidak syarikat kontraktor binaan yang diberikan projek oleh Kementerian Kesihatan membayar ansuran bulanan sebanyak RM4,730 untuk MPV berkenaan?

Kerana...ianya kerja Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia untuk menentukan kesahihan tuduhan-tuduhan ini. Kita tunggu saja hasil siasatan SPRM untuk kes ini.
http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=39213

Yang kita nak tahu sekarang ini ialah, adakah benar Dato' Seri Liow menjadi pelakon utama klip video "Healthy Paranoia" yang diterbitkan oleh Khairil M.Bahar? Kalau benar Dato' Seri Liow pelakonnya, maka tahniah buat Dato' Seri kerana beliau turut mempunyai bakat terpendam sebagai pelakon.

Ikutilah klip video Healthy Paranoai ini.


Tahniah juga kepada pembikin-pembikin filem Malaysia yang cukup kreatif ini. Mereka telah menghasilkan sketsa-sketsa menarik dan menghiburkan. Antara pelakon-pelakon utamanya ialah Khairy Jamaluddin dalam METER dan Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam THE TREE. Lawatilah link berikut untuk menonton sketsa-sketsa menarik ini: http://15malaysia.com/films/

Thursday, October 8, 2009

JENAKA KOSMO

Kita yakin akhbar Kosmo! tidak berniat untuk menyinggung atau mensabotaj mana-mana pihak dan kita tidak seharusnya sensitif pada mesej komik ini. Ianya satu jenaka. Komik ini disiarkan oleh akhbar Kosmo! Isnin lalu (5 Oktober 2009).

Sunday, August 23, 2009

SNIPPET: HANYA 27 HOTEL ADA SIJIL HALAL?

Perlukah kita berbuka di hotel? Berita di Utusan Malaysia hari ini pasti menarik perhatian kita.

Hanya 27 ada sijil halal

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Dalam keghairahan umat Islam berbuka puasa di hotel pada bulan Ramadan ini ramai yang tidak sedar bahawa hanya 1.4 peratus daripada kira-kira 2,000 hotel di seluruh negara diiktiraf sebagai halal.

Malah seperti satu budaya, apabila tiba bulan Ramadan hotel-hotel tersebut akan berlumba-lumba menawarkan pakej berbuka puasa walaupun tidak mempunyai sijil halal untuk dapur utama mereka.

Berdasarkan statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Hotel Malaysia, sehingga Mei lalu, hanya 27 hotel di seluruh negara yang dapur utama mereka diiktiraf halal.

Untuk artikel penuh, klik link berikut: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Saturday, June 27, 2009

CORAT-CORET: PELUANG KEDUA BUAT MARIA TUNKU SABRI

Jelapang pernah menyiarkan berita saman RM5.5 juta Maria Tunku Sabri, pengacara "Jalan-Jalan Cari Makan" terhadap seorang ahli perniagaan yang bernama Wan Johani Wan Hussin tidak berapa lama dulu kerana memungkiri janji untuk mengahwini Maria.

Malang buat Maria kerana pada masa itu Mahkamah Rayuan menolak rayuan Maria untuk menyaman Wan Johani kerana Maria adalah isteri orang ketika perjanjian itu dibuat. http://kedahku.blogspot.com/2008/08/corat-coret-keputusan-mahkamah-maria.html

Rabu lalu Maria diberi peluang sekali lagi untuk mencuba nasib untuk menyaman Wan Johani.

Hakim Augustine Paul, yang pernah menjadi hakim dalam kes Anwar Ibrahim, membuat keputusan mengembalikan kes Maria ke mahkamah tinggi bagi mahkamah tersebut menentukan samada perjanjian atau kontrak antara Maria dan Wan Johani sah tanpa mengambil kira samada Maria masih isteri orang atau tidak semasa perjanjian tersebut dibuat.
Laporan mengenai keputusan Augustine Paul: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0625&pub=utusan_malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_04.htm&arc=hive

Jelas Maria bukan calang-calang orangnya. Wan Johani kenalah bertemu mata sekali lagi dengan Maria di mahkamah tinggi nanti!

Friday, June 26, 2009

MICHAEL JACKSON (1958-2009) & FARRAH FAWCETT (1947-2009) MENINGGAL DUNIA

Dunia hiburan kehilangan dua penghibur terkenal hari ini - Michael Jackson dan bintang Charlie's Angels Farrah Fawcett.

Balasungkawa yang ditulis oleh The Time Magazine:
The tragedy of Michael Jackson's death at age 50, reportedly from cardiac arrest, pales in comparison to the tragedy of his life. To understand all that Jackson had and lost requires wiping away three decades of plastic surgeries that deformed him, erratic behavior that made his name synonymous with the warping powers of fame, and a 2005 trial for sexually abusing a child that, even though he was spared of any finding of wrongdoing, made him a pariah to all but the most brainwashed of fans.

But if you can forgive or forget all that, underneath was one of the most talented entertainers of the 20th century.

Artikel penuh Time Magazine: http://www.time.com/time/arts/article/0,8599,1907269,00.html

Balasungkawa Farrah Fawcett oleh The Guardian, Britain:

She epitomised the glamour and what was quaintly known as the sex-appeal of 1970s California: the buoyant golden curls, the pearl-white teeth, the sun-kissed curves. As the standout heroine of an improbable detective series, Charlie's Angels, Farrah Fawcett shot to stardom on our television screens and, thanks to a poster that sold a record 12m copies, lodged herself in the minds of teenage boys everywhere.

She died yesterday aged 62, after chronicling her two-and-a-half year battle with cancer in a video diary. With appearances from her partner, Ryan O'Neal, and her Charlie's Angels co-stars, the two-hour show was broadcast last month in America with the aim, Fawcett said, of fulfilling "a certain responsibility to those who are fighting their own fights and may be able to benefit from learning about mine".

Artikel penuh The Guardian: http://www.guardian.co.uk/film/2009/jun/25/farrah-fawcett-hollywood-actor-dies

Saturday, May 9, 2009

CORAT-CORET: TONGKAT ALI BAHAYA?

Kepada peminat "XP Tongkat Ali Supreme", eloklah baca berita berikut:


Singapura Haramkan Tongkat Ali Mengandungi Bahan Bahaya
-->
SINGAPURA, 8 Mei (Bernama) - Pihak berkuasa kesihatan Singapura melarang jualan produk suplemen herba Tongkat Ali dari pasaran tempatan selepas kelongsong kapsulnya didapati mengandungi bahan berbahaya yang tidak diisytiharkan.

Menurut Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA), ia telah mengesan bahan "Tadalafil" dalam produk "XP Tongkat Ali Supreme", yang diedar dan dijual di kedai-kedai runcit di Singapura dan juga menerusi internet.

Dalam satu kenyataan Jumaat, HSA berkata ini kes pertama ia dapat mengesan bahan kimia yang mempunyai kesan kuat diselitkan dalam kelongsong kapsul produk berkenaan dalam percubaan untuk mengelakkan bahan itu dari dikesan.

Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai jangan membeli atau memakan produk berkenaan, walaupun setakat ini ia belum menerima sebarang laporan mengenai reaksi buruk akibat memakan produk berkenaan.

"XP Tongkat Ali Supreme" yang boleh didapatkan dalam bentuk kapsul dipasarkan sebagai "suplemen herba tradisional untuk lelaki" dan mendakwa 100 peratus asli.Labelnya menyatakan mengandungi Tongkat Ali, kandungan herba asli.

HSA berkata berdasarkan ia mengandungi hanya kandungan herba sebagaimana diisytihar pada labelnya, produk itu dianggap sebagai sejenis perubatan tradisonal dan dijual di Singapura tanpa sebarang pendaftaran atau kelulsan pra-pasaran dari badan itu.Ia menyatakan "Tadalafil", ingredien aktif dalam ubat Cialis, yang digunakan untuk merawat mati pucuk, dan ia dadah kuat yang hanya boleh digunakan bila dibenarkan oleh doktor.

Pengambilan "Tadalafil" boleh menyebabkan reaksi buruk yang serius seperti serangan jantung, strok dan darah tinggi, terutama di kalangan mereka yang mempunyai masalah jantung atau yang mengambil ubat nitrate, ujar HSA.-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=409879

Saturday, May 2, 2009

CORAT-CORET: PENANGAN ISTERI BERGELAR ARTIS!

Hashimuddin Abdul Kadir VS Norish Karman

Norish: "... kembalikan dengan kadar segera Nissan Murano yang saya gunakan untuk membawa anak-anak saya." http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_28.htm

Hashimuddin: "Saya izinkan dia menggunakan kereta itu dengan syarat ia tidak boleh digunakan oleh mana-mana lelaki. Saya tengok kereta ini sering diguna dan disimpan di rumah Mohd Luqman seolah-olah keretanya sendiri." http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/5/1/mstar_hiburan/20090430215202&sec=mstar_hiburan

Norish: "Bayar nafkah saya RM1,500 seorang bagi ketiga-tiga anak saya, bayaran sewa rumah RM5,000 serta upah pembantu rumah sebanyak RM900." http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Hashimuddin: "Saya beri (Norish) RM5,000 sebulan dalam tempoh edah selama tiga bulan 10 hari, membayar sewa rumah RM15,000, wang pendahuluan rumah RM9,000 dan kos berpindah RM3,000." http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/BeritaUtama/20090429060419/Article/index_html

Norish: “Salah ke saya bawa anak-anak jumpa Luqman (Mohd Luqman Mohd Amin), sekurang-kurangnya mereka (anak-anak) tahu dengan siapa saya keluar.” http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090428075841/Article/index_html

Hishamuddin: “Perceraian kami berpunca daripada cinta rahsia dia (Norish Karman) dengan seseorang. Saya tidak cemburu langsung, apabila dia bebas membawa teman lelakinya ke rumah dengan anak saya ada di sana, malah membawa mereka bercuti sekali di Pulau Tioman, Pahang, Mac lalu. Saya pernah bersemuka dengan lelaki itu dan meminta dia sedar perbuatannya itu melanggar hukum agama. Tetapi mereka teruskan juga hingga Norish meminta saya menceraikannya." http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/BeritaUtama/20090429060419/Article/index_html

Thursday, January 1, 2009

IDAMAN TONY FERNANDES

Dari banyak-banyak azam tahun baru yang disiarkan oleh akhbar-akhbar baru-baru ini, azam Tony Fernandes, bos Air Asia, cukup menarik perhatian. Azam Tony ialah: "For a New Year present, I want a 50 per cent discount on Malaysia Airlines tickets, delivered by its head of corporate communications."

(Bagi hadiah tahun baru, saya mahukan potongan diskaun 50 peratus ke atas tiket-tiket penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan ianya disampaikan oleh ketua perhubungan korporat MAS kepada saya)



Ketua Eksekutif Air Asia ini pernah mendapat potongan diskaun 75 peratus untuk tiket penerbangan ke mana sahaja dengan pesawat MAS. Tetapi hubungan "kurang mesra"nya dengan MAS tahun lepas menyebabkan pengurusan MAS menarik balik keutamaan tersebut.

Wednesday, December 31, 2008

ERA KALIMULLAH DI NEW STRAITS TIMES BERAKHIR!

Kesudahannya, berakhirlah era Kalimullah Hassan di Kumpulan New Straits Times.

Hari ini, NSTP mengumumkan perletakan jawatan Kalimullah yang lebih dikenali sebagai Kali di kalangan wartawan dan ahli politik.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Ekonomi/20081230234101/Article/index_html

Era Kalimullah di NSTP penuh polemik dan kontroversi. Tidak salah dikatakan Kalimullah merupakan orang media yang paling banyak menerima cemuhan dari ahli-ahli politik dan orang media.

Kini bermulalah era baru dalam media. Siapa yang akan menjadi "baron" baru di NSTP?

Antara pengkritik Kalimullah:

Tun Dr Mahathir Mohamad: Hindu God, Muslim Priest. http://www.jeffooi.com/2006/04/hindu_god_muslim_priest.php

Another Brick in the Wall: Kalimullah's hands.

A. Kadir Jasin: Kalimullah dan konco-konconya.

Kudaranggi: Kali is not, after all, knowledgeable.

Apanama: NSTP free of Kali.

Aisehman: Kali, ball-carrying to the max.

Jeff Ooi: Why Kalimullah didn't die a 'bloody death'.

Big Dog: Riong Kali: Agenda "bunuh" boss untuk Singapura?

Rocky's Bru: Bloggers sued in Malaysia.

Jejak Pujangga: It doesn't pay to have advisers like Kalimullah.

Rocky's Bru: Kalimullah admits "It was incorrect".

Sanusi Junid: Pelakonnya ialah orang India Islam, Kalimullah...

Mediang MGG Pillai: Crisis in Journalism.

Another Brick in the Wall: Usaha Kalimullah meng-ular-kan Muhyiddin terbelit sendiri.

Tuesday, December 30, 2008

WARKAH BUAT PENDUDUK BUKIT ANTARABANGSA

Disiarkan sepucuk surat yang disiarkan oleh Utusan Malaysia buat tatapan golongan kelas atasan Bukit Antarabangsa yang tidak bersyukur.

Penduduk perlu mohon maaf secara terbuka

SAYA amat tertarik dengan laporan Utusan Malaysia pada 26 Disember 2008 yang melaporkan Tabung Bencana Alam Bukit Antarabangsa tidak mendapat sambutan dari masyarakat dan hanya mengutip RM160,000 walaupun pelbagai kempen telah diadakan.

Di sini saya ingin menarik perhatian Pengerusinya, Datuk Ismail Kijo atau sesiapa sahaja yang mewakili penduduk Bukit Antarabangsa supaya merenung kembali sorotan kejadian tersebut.

Sepanjang proses menyelamat, para petugas yang terdiri dari polis, tentera, pasukan perubatan, Rela dan pelbagai agensi telah bertungkus lumus siang dan malam untuk membantu para penduduk menyelamatkan diri dan harta benda mereka.

Namun pada masa yang sama juga, pelbagai rungutan dan cemuhan daripada para penduduk Bukit Antarabangsa dilaporkan. Antaranya ialah pasukan penyelamat mencuri harta benda, privasi mereka terganggu dan pelbagai rungutan remeh- temeh yang kurang enak didengar.

Tidak salah untuk membuat laporan tetapi cara para penduduk mencari publisiti murahan dengan membesar-besarkan isu tersebut di media massa telah menyinggung hati sebahagian besar anggota penyelamat.

Anggota penyelamat juga manusia biasa, mempunyai hati dan perasaan. Mereka meninggalkan keluarga dan bekerja lebih masa untuk membantu para penduduk. Mereka mungkin berkecil hati, tetapi tugas tetap dilaksanakan dengan tabah dan cekal. Syabas diucapkan!

Isu-isu ini dibesar-besarkan seolah-olah anggota penyelamat langsung tidak profesional dalam menjalankan tugas. Saya percaya sebahagian besar masyarakat yang membaca atau mendengar laporan seperti ini mungkin akan pudar rasa simpati mereka terhadap para penduduk yang terlibat.

Laporan-laporan yang dibuat hanya menggambarkan para penduduk Bukit Antarabangsa sebagai golongan yang tidak bersyukur.

Sebagai seorang pegawai tentera, saya amat terkilan dengan publisiti murahan seperti ini. Operasi menyelamat bukan sesuatu yang baru di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya. ATM telah terlibat dengan pelbagai operasi menyelamat seperti banjir, tsunami, tanah runtuh dan sebagainya dan mereka telah melaksanakan amanah yang diberi dengan cemerlang dan penuh dedikasi.

Berhubung Tabung Bencana Alam Bukit Antarabangsa yang tidak mendapat sambutan, saya berpendapat ada baiknya jika wakil penduduk atau sesiapa sahaja yang mewakili mereka membuat permohonan maaf secara terbuka khususnya kepada semua anggota penyelamat yang terlibat.

Ini bukan soal kaya atau miskin, ini soal hati dan perasaan. Mungkin dengan cara ini, tabung bencana tersebut akan lebih mendapat perhatian daripada masyarakat.

AMERKepong
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

Sunday, December 28, 2008

HARAPAN ANAK MUDA

Mungkin di kalangan anak-anak muda "Operasi Isi Penuh" tidak membawa apa-apa makna buat mereka.

Bagi yang menganggur pada awal 1980an, "Operasi Isi Penuh" memberi satu pengharapan. Harapan mendapatkan pekerjaan. Anak-anak muda lepasan sekolah berpusu-pusu ke pejabat pos untuk mendapat borang JPA untuk memohon jawatan-jawatan kelas C dan D (posmen, kerani, askar, polis dsb) di jabatan kerajaan. http://www.aliran.com/oldsite/monthly/2003/8d.html

Hasilnya, lebih 300,000 anak-anak muda terutamanya anak-anak belia Melayu menjadi anggota perkhidmatan awam. Ketika itu, ekonomi negara memasuki era baru di bawah kepmimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
http://www.nst.com.my/Current_News/JohorBuzz/Saturday/MyJohor/20080620144903/Article/

Tetapi suasananya agak berbeza pada akhir 1980an. Ekonomi negara dilanda masalah. Graduan universiti menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan.

Peristiwa tunjuk perasaan di Lemal, Kelantan, pada 1987, oleh para graduan universiti memberi cabaran hebat kepada kerajaan pada masa itu. Mereka berdemontrasi dari pekan Pasir Mas membawa sepanduk ke rumah bekas Timbalan Menteri Perumahan Tan Sri Hussein Ahmad dan ditangkap polis. Bimbang akan kesan politik pada masa itu, kerajaan mengambil keputusan mengugurkan tuduhan terhadap penunjuk-penunjuk perasaan itu. Penunjuk-penunjuk perasaan masa itu kini nama-nama besar dalam politik. Antaranya Husam Musa (Pas), Idris Ahmad (Pas), Saifuddin Nasution (Keadilan) dan Che Johan Che Pa (Umno). http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/2008/10/mengimbau-wira-pakatan-rakyat.html

Kesan daripada tunjuk perasaan tersebut, kerajaan mengadakan "skim latihan siswazah menganggur" untuk memberi latihan kepada siswazah menggangur. Sebahagian dari siswazah akhirnya mendapat pekerjaan walaupun ada antaranya tidak kena mengena dengan bidang lulusan masing-masing. Ada yang dilatih menjadi guru. Sepanjang di bawah skim tersebut, para graduan ini diberi elaun khas RM350 sebulan. http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Awal 2009, negara akan menghadapi cabaran yang sama. Sudah ada ura-ura syarikat akan memberhentikan hampir 5,000 pekerja kerana kemelesetan ekonomi. Semalam salah sebuah pasaraya tertua di England, Woolworths, bankrup. http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/12/28/business/20081228072248&sec=business

Semalam juga, kerajaan mengumumkan 1,429 pekerja di 17 kilang di Kedah akan dibuang kerja. http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/12/28/nation/2903448&sec=nation

Keadaan ekonomi akan lebih parah menjelang suku pertama 2009. Apakah anak-anak muda kita akan mengharungi cabaran yang sama seperti tahun-tahun 1987 dan 2001?

Hanya satu saja harapan kita. Agar pemimpin kita kreatif dalam mengharungi cabaran ini. Malangnya, selepas Dr Mahathir meninggalkan jawatan, kepimpinan negara lesu tidak bermaya.http://royaldutchshellplc.com/2008/04/01/the-independent-the-great-depression/

Sunday, November 2, 2008

CORAT-CORET: BILA KELUARGA DIRAJA JOHOR & NEGERI BERGADUH!

MUNGKIN Straits Times Singapura sahaja yang menyiarkan berita ini.

Berita mengenai pergaduhan di antara Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, kerabat Diraja Negeri Sembilan, dengan Tengku Ismail, kerabat DiRaja Johor.

Tunku Nadzimuddin mendakwa dihentak dengan buntut pistol oleh Tengku Ismail di sebuah hotel di ibunegara Sabtu lalu.

Kawan Tunku Nadzimuddin dikatakan pengsan dan hilang sebatang gigi apabila dipukul oleh pengawal peribadi Tengku Ismail.

Laporan Straits Times Singapura mengenai insiden tersebut: http://www.asianewsnet.net/news.php?sec=1&id=2366

Thursday, October 23, 2008

DR MAHATHIR: SHAH RUKH KHAN LAYAK JADI DATO'

SETELAH membaca tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sebab-sebab mengapa penganugerahan Dato' kepada Shah Rukh Khan tidak perlu dipertikaikan, maka jelas penganugerahan tersebut tidak salah rasanya.


Teringat akan kita kisah bagaimana seorang ahli perniagaan di Kedah menghadiahkan wang tunai puluhan ribu ringgit kepada pemain bolasepak Kedah satu ketika dulu selepas memenangi Piala Malaysia sehingga dianugerahkan Dato' oleh DYMM Sultan Kedah.


Malangnya janji itu tidak pernah ditunaikan oleh ahli perniagaan tersebut.


Kesudahannya Sultan Kedah mengambil keputusan melucutkan anugerah Dato' keatas ahli perniagaan tersebut.


Ada sesetengah dianugerahkan Dato' kerana sumbangan untuk membina pintu gerbang sempena Hari Keputeraan Sultan dan ada yang dianugerahkan Dato' kerana sokongan dari orang-orang berpengaruh.


Pandangan Tun Dr Mahathir mengenai Shah Rukh Khan ada benarnya.


Kata Tun Dr Mahathir:

DATO SHAH RUKH KHAN

1. Saya berasa malu apabila anugerah Dato kepada Shah Rukh Khan dipertikaikan. Kita kerap juga memberi gelaran Dato Kehormat kepada orang asing bagi menghargai sumbangan mereka kepada negeri atau negara. Jasa mereka ini kebanyakannya kurang daripada jasa Shah Rukh Khan.


2. Saya terlibat secara langsung dengan kurniaan bintang-bintang kehormatan kepada orang-orang yang berjasa tiap-tiap tahun. Kerap kali saya tidak kenal pun calon-calon yang dikemukakan.


3. Sesungguhnya ramai yang lebih layak daripada calon-calon ini tidak termasuk dalam senarai dan tidak mendapat bintang-bintang kehormatan. Kemudian saya ditanya kenapa beri kepada orang-orang ini dan tidak orang itu. Saya tidak dapat jawab kerana tiada siapa yang diberi tugas memilih calon-calon mengemukakan nama mereka-mereka ini. Mereka juga tersilap. Tiap-tiap tahun ini berlaku.


4. Shah Rukh Khan seperti kita maklum adalah bintang filem Bollywood yang terkenal. Saya telah usaha untuk menarik syarikat-syarikat perfileman Bollywood untuk membuat filem di sini kerana ia akan memperkenalkan Malaysia bukan sahaja kepada penonton filem di India tetapi di Eropah juga. Tujuannya ialah untuk menarik pelancong ke Malaysia.


5. Antara yang sambut jemputan saya ialah Shah Rukh Khan. Dia amat tertarik dengan pemandangan di Malaysia. Banyaklah filemnya yang mempunyai latar tempat-tempat yang menarik di Malaysia.


6. Kita bukan sahaja dapat menarik pelancong tetapi kegiatan perfileman memaksa syarikat-syarikat Bollywood belanja wang yang banyak. Ramai pekerja dan orang lain di Malaysia mendapat banyak nikmat. Ada kalanya Shah Rukh mengadakan pertunjukan percuma untuk bantu badan-badan amal.


7. Kerana Shah Rukh memilih Malaysia untuk membuat filem-filemnya banyak syarikat-syarikat perfileman Bollywood lain turut memilih Malaysia untuk membuat filem mereka.


8. Saya fikir Shah Rukh layak mendapat penghormatan sebagai Dato Kehormat. Ini tidak bermakna artis-artis tempatan tidak layak mendapat penghormatan seperti Shah Rukh. Tetapi janganlah kita tarik balik anugerah ini untuk diberi kepada artis tempatan. Kita punyai banyak bintang kehormatan lagi yang boleh diberi kepada diri kita.

http://test.chedet.com/che_det/2008/10/snippets-16.html#more

Saturday, October 11, 2008

TUN DAIM SURUH BAGI DATO' KEPADA SHAH RUKH KHAN!


Itulah penjelasan yang diberikan Mohd Ali Rustam hari ini.
Mohd Ali, bakal Timbalan Perdana Menteri sekiranya beliau memenangi pertandingan Timbalan Presiden Umno, dalam penjelasannya berkata penganugerahan darjah yang membawa gelaran Dato' tersebut dibuat atas cadangan Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan, kepada Gabenor Melaka Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, yang pernah menjawat jawatan Menteri Penerangan.
Mohd Ali menambah: " as a means to further promote Malacca owing to the fact that the actor had shot a movie scene here several years ago. The movie One 2 ka 4 was shot at the A Famosa Resort in Alor Gajah in 2001. This resulted in many people visiting Malacca since then. The award is given in recognition of this.”
("Ianya sebagai salah satu cara untuk terus mempromosikan Melaka yang mana dijadikan tempat oleh pelakon berkenaan (Shah Rukh Khan) untuk membuat pergambaran beberapa tahun dahulu. Filem One 2 ka 4 di filemkan di A Farmosa Resort di Alor Gajah pada tahun 2001. Hasilnya ramai orang melawat Melaka sejak itu. Penganugerahan ini sebagai pengikhtirafan kepada usaha itu.")
P/S: Jadi bukan salah Mohd Ali.

Monday, September 15, 2008

PUTRAJAYA MULA UZUR!

"Malaysia's unloved new capital begins to show the cracks": Itulah tajuk laporan agensi berita antarabangsa, AFP, mengenai Putrajaya yang digambarkan sebagai ibukota yang gagal menarik perhatian rakyat Malaysia and kini mula lapuk.

Laporan tersebut turut memuatkan komen Tun Dr Mahathir Mohamad. Laporan AFP yang memetik Dr Mahathir:

"At night it is deserted, because all there is there is government offices. We want to see a living town," he said earlier this year, accusing his successor Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi of losing interest.

"When I see broken tiles and broken pavements, I feel saddened. If leaders don't take an interest, neither will minor officials."

Terjemahan: "Di waktu malam, Putrajaya sunyi sepi kerana di sini hanya ada pejabat-pejabat Kerajaan. Kita berhasrat untuk melihat satu bandar yang ceria," kata Dr Mahathir awal tahun ini, dan mendakwa penggantinya Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi hilang minat (terhadap Putrajaya).

"Saya lihat banyak jubin pecah dan kaki lima yang rosak, saya sedih. Sekiranya pemimpin-pemimpin tidak berminat, maka pegawai rendah juga tidak ada minat (memperbaiki keadaan)," tambah beliau.

Laporan penuh AFP: http://afp.google.com/article/ALeqM5jTqpLjhDQOiUunteGZLgEJjHwnlQ

Sunday, September 14, 2008

CORAT-CORET: BIGDOG, ANJING PERANG!

INI tidak ada kena mengena dengan blogger BigDog.

Gambar atas adalah rupa robot perang yang dinamakan BigDog oleh Tentera Amerika Syarikat. Anjing perang ini mampu membawa pelbagai peralatan termasuk peralatan laser semasa merentas kawasan lereng bukit yang sukar bagi anggota tentera.

Menurut sebuah akhbar di England. ketinggian anjing perang ini ialah 2 kaki dan 3 kaki lebar dan mampu berjalan pada kepantasan 6.4km sejam. Penciptanya sedang mencuba meningkatkan kelajuan kepada 35km sejam.
http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-1055599/US-army-unveil-latest-weapon--robodog-war.html

Tuesday, August 19, 2008

CORAT-CORET: AVRIL LAVIGNE TERLALU SEKSI!

TERLALU SEKSI: Itulah pandangan sesetengah pihak mengenai persembahan penyanyi Kanada yang menjadi pujaan remaja, Avril Lavigne.

Mungkin atas pandangan itu, Kerajaan hari ini mengambil keputusan tidak membenarkan konsert Avril diadakan pada 29 Ogos nanti, dua hari sebelum negara merayakan Hari Kebangsaan.

“Ianya tidak kena pada masanya. Ianya tidak sesuai dengan semangat kemerdekaan sempena Hari Kebangsaan. Jika konsert ini diteruskan, ianya bercanggah dengan persiapan (menyambut Hari Kebangsaan) yang sedang kita lakukan. ” – kenyataan Shukran Ibrahim, pegawai kanan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Keputusan ini pasti mengundang kritikan dari golongan liberal dan peminat-peminat Avril.

http://ukpress.google.com/article/ALeqM5isYgzigjBEERkFoJvLqo0IRXS1LQ
http://ap.google.com/article/ALeqM5iHEwkv0TqtCh5_clKFvCZjP5Ik_wD92LB8O00


Friday, August 8, 2008

CORAT-CORET: KEPUTUSAN MAHKAMAH: MARIA TUNKU SABRI TELAH BERSUAMI JADI TIDAK BOLEH BERKAHWIN LAGI!

"Maria tidak boleh menuntut perjanjian itu dilaksanakan kerana mengikut Akta Kontrak, perjanjian bagi mendapatkan ganti rugi akibat melanggar janji untuk berkahwin itu ditegah undang-undang, memandangkan sebagai wanita yang bersuami, Maria tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain."

Itulah keputusan Mahkamah Rayuan hari ini apabila menolak rayuan Maria Tunku Sabri, 38, pengacara TV3 "Jalan-jalan cari makan" bagi mengemukakan semula saman terhadap ahli perniagaan, Wan Johani Wan Hussin, 55, yang didakwanya melanggar perjanjian penyelesaian berkaitan perkahwinan membabitkan RM5.5 juta.

Mengikut laporan Bernama, Hakim James Foong, Hakim Abdull Hamid Embong dan Hakim Sulaiman Daud mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman dan rayuan Maria berhubung perkara itu.

“Kami berpendapat wujud kes yang jelas dan nyata bagi tuntutan ini ditolak atas alasan perjanjian penyelesaian yang ingin dituntut oleh Maria melalui tindakannya ini adalah tidak sah.”
Pada 2004, Maria menuntut agar persetujuan berkenaan ditunaikan. Dalam persetujuan itu, Wan Johani berjanji akan membayar kepada Maria RM5.5 juta sebagai ganjaran tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau kerana enggan berkahwin dengannya seperti yang dijanjikan.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20080808193052/Article/index_html

P/S: Tiada komen dari Jelapang, takut kena saman!

Friday, August 1, 2008

CORAT-CORET: INUL ENGGAK BOLEH, PUSSYCAT DOLLS OK!

PERSEMBAHAN PUSSYCAT DOLLS DI SUNWAY PADA 2006

SERING kali kita tertanya-tanya apakah garis panduan yang digunakan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menentukan artis mana yang boleh berkonsert di Malaysia dan artis mana yang tidak.

Baru-baru ini Inul Daratista, “ratu goyang ngebor” atau “ratu gerudi” tidak dibenarkan mengadakan konsert di Johor Bharu dan Kuala Lumpur kerana “mengancam keselamatan dalam negara”.

Esok the Pussycat Dolls akan mengadakan persembahan di Arena of Stars, Genting Highland, sempena majlis MTV Asia Awards.

Apakah Pussycat Dolls tidak mengancam keselamatan negara? Kalau diambil kira persembahan Pussycat Dolls di Malaysia pada 2006, ianya lebih mengaibkan dan memudaratkan kepada moral anak-anak muda.

Esok golongan menengah dan menengah atasan akan berpusu-pusu ke Genting Highlands untuk berhibur bersama Pussycat Dolls.

Jelapang hendak bertanya kepada pihak berwajib, kenapa Inul enggak boleh tetapi Pussycat Dolls OK?

Adakah kerana Inul dari Indonesia dan Pussycat Dolls dari Amerika? Atau adakah persembahan Inul tempoh hari untuk golongan bawahan sementara Pussycat Dolls untuk golongan menengah?

Kenapa perlu ada dua “standard” untuk tentukan artis mana yang boleh dan artis mana yang tidak?

http://star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2006/7/28/music/14969885&sec=music
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/National/2309101/Article/index_html

PUSSYCAT DOLLS KETIKA BERAKSI DI SUNWAY PADA 2006

Saturday, July 26, 2008

CORAT-CORET: GOYANG INUL & GOYANG DBKL!

KENAPA TUNGGU SAAT AKHIR? Apa yang berlaku kepada “Ratu Gerudi” Inul Daratista sungguh mengecewakan.

Mengapakah pihak berkuasa di Johor Baru dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menunggu hingga saat akhir untuk membatalkan permit yang dikeluarkan untuk konsert Inul?

Adilkah? Kalau konsert tersebut tidak sesuai dan “mengancam keselamatan negara” seperti yang dinyatakan oleh DBKL, tolak sahaja permohonan permit pada hari permohonan tersebut dibuat.

Apa perlu tunggu sehingga Inul menjejak kaki di Kuala Lumpur baru hendak membuat keputusan? Apa perlunya menunggu sehingga penganjur kerugian RM800,000 baru nak membuat keputusan?

Jelapang mempunyai sikap terbuka dalam isu-isu hiburan. Ada ketikanya konsert terbuka harus tidak dibenarkan sekiranya menjejaskan moral golongan remaja.

Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan Sanusi Junid dulu tidak membenarkan konsert terbuka disebabkan unsur negatif apabila pertunjukan berlarutan sehingga lewat malam menyebabkan sesetengah golongan remaja tidak pulang ke rumah.

Apa saja alasan yang hendak digunakan, biarlah adil kepada artis dan penganjurnya. Kalau hendak haramkan, haramkan saja. Kalau hendak benarkan, benarkan saja. Tetapi jangan tunggu sampai perbelanjaan sudah dikeluarkan, baru nak buat keputusan samada nak keluarkan permit atau tidak.

Maafkan kami Inul.

Laporan Utusan Malaysia: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0726&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

P/S: Jelapang memohon maaf kepada pelayar jika video berikut dirasakan tidak sesuai untuk tontonan. Kepada mereka yang belum mengenali Inul Daratista, tontonilah video berikut.