KENAPA TUNGGU SAAT AKHIR? Apa yang berlaku kepada “Ratu Gerudi” Inul Daratista sungguh mengecewakan.
Mengapakah pihak berkuasa di Johor Baru dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menunggu hingga saat akhir untuk membatalkan permit yang dikeluarkan untuk konsert Inul?
Adilkah? Kalau konsert tersebut tidak sesuai dan “mengancam keselamatan negara” seperti yang dinyatakan oleh DBKL, tolak sahaja permohonan permit pada hari permohonan tersebut dibuat.
Apa perlu tunggu sehingga Inul menjejak kaki di Kuala Lumpur baru hendak membuat keputusan? Apa perlunya menunggu sehingga penganjur kerugian RM800,000 baru nak membuat keputusan?
Jelapang mempunyai sikap terbuka dalam isu-isu hiburan. Ada ketikanya konsert terbuka harus tidak dibenarkan sekiranya menjejaskan moral golongan remaja.
Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan Sanusi Junid dulu tidak membenarkan konsert terbuka disebabkan unsur negatif apabila pertunjukan berlarutan sehingga lewat malam menyebabkan sesetengah golongan remaja tidak pulang ke rumah.
Apa saja alasan yang hendak digunakan, biarlah adil kepada artis dan penganjurnya. Kalau hendak haramkan, haramkan saja. Kalau hendak benarkan, benarkan saja. Tetapi jangan tunggu sampai perbelanjaan sudah dikeluarkan, baru nak buat keputusan samada nak keluarkan permit atau tidak.
Maafkan kami Inul.
Laporan Utusan Malaysia: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0726&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
P/S: Jelapang memohon maaf kepada pelayar jika video berikut dirasakan tidak sesuai untuk tontonan. Kepada mereka yang belum mengenali Inul Daratista, tontonilah video berikut.
Saturday, July 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam hormat...
Bukan masalah siapa yang datang buat konsert yang dipertikaikan tetapi proses kelulusan permohonan yang dibuat oleh pihak berwajib.
Rata-rata pejabat KERAjaan penuh dengan tampalan/pameran piagam pengguna siap dengan carta aliran untuk memproses sesuatu permohonan.
Kalau setakat mempamerkan piagam & carta aliran tanpak melaksanakan apa yang dipamerkan, ini jelas menunjukkan betapa mutu perkhidmatan di pejabat KERAjaan masih jauh lebih rendah dari yang diwar-warkan terutama oleh mereka. Langsung tak professional.
CUEPACS kata dah berubah tetapi yang saya nampak yang berubah adalah pakaian, susun atur pejabat, perabut dll selain dari mentaliti kakitangan.
Kalau dah kata kakitangan KERAjaan, mana-mana pejabat pun sama sahaja sejak dulu, kini & selamanya...
Bukan apa, nak bagi elokkk.
-SANG TUBA-
p/s: dulu kerja ngan KERajaan tapi bertahan 6 bulan sahaja sbb tak sesuai kerana proses kerja yg lembab mcm siput berbanding dgn swasta.
Post a Comment