Friday, July 25, 2008

SKETSA PARLIMEN 15 (JULAI 17/08): DURIAN THAI, GAJI CEO TNB & MENTERI LARI!

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN

“Kita selalu mendengar bahawa kerajaan ada menasihatkan rakyat janganlah percaya kepada apa yang ada dalam blog-blog, apa yang ada dalam internet tetapi nampaknya kerajaan sendiri percaya apa yang ada dalam blog-blog sehinggakan tadi YB Menteri Dalam Negeri ‘lari’. Kenapa dia ‘lari’? - Lim Kit Siang mengenai tindakan polis mengadakan sekatan jalan di seluruh Kuala Lumpur beberapa hari lepas.

“Kenapa kerajaan boleh percaya kepada dua blog, dua ucapan dan dua SMS bahawa akan ada satu demonstrasi besar-besaran pada hari Isnin dan oleh kerana itu melancarkan satu operasi melibatkan 1,600 orang anggota. Untuk tiga hari Kuala Lumpur dan Lembah Klang paralyzed dengan tanpa apa-apa asas. Ini menunjukkan bahawa sikap kerajaan mengenai electric government belum matang.” - Lim Kit Siang (Ipoh Timur)

“Kalau untuk gaji, saya hendak tanya adakah ada skim gajinya? Ini kerana saya dan rakan-rakan lain mendapat persepsi iaitu seperti yang berlaku dengan GLC. Baru-baru ini TNB mengumumkan. Nasib baik batal kenaikan gaji kepada Managing Director, sebulan RM100 ribu. Persepsi rakyat ialah gaji pengurus-pengurus, CEO, pegawai-pegawai syarikat yang berkaitan kerajaan, besar-besar belaka.” - Hamim Samuri (Ledang)

“Saya hendak beritahu, saya Melayu tetapi saya nak beritahu saya tidak bersetuju kalau sampai 80% diberikan kepada bumiputera dan 20% sahaja diberikan kepada bukan bumiputera. Saya tidak boleh terima. Saya kira dalam perlembagaan tidak ada... – mengenai pemberian biasiswa.” Nazri Aziz (gambar)

“Saya dah cakap, saya, anak-anak saya juga pergi ke universiti dalam negeri, luar negeri, saya tak ada minta biasiswa! Saya tak ada! Seorang belajar ambil law di England, seorang belajar di Australia, seorang belajar di Ireland.” - Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak)

“Yang Berhormat Menteri sedarkah bahawa ramai golongan bumiputera dari Sabah ini masih mundur, peribumi di negeri Sabah masih mundur jangan buat kami marah. Kita masih terkebelakang dalam apa juga segi bantuan daripada pihak kerajaan dan adakah kerajaan berniat untuk meminggirkan masyarakat yang kesian dari Sabah dan Sarawak ini? - Marcus Makin Mojigoh (Putatan)

"Wakil rakyat Sabah, Sarawak dengar apa yang saya cakap. Yang cemerlang ini kita kata 11A1 yang itu kita tidak kira. Biar pun dia daripada Kuala Lumpurkah, dia daripada mana kita tidak kira, Melayu, Cina, India, Islam atau tidak Islam tidak kira yang itu.” - Nazri Aziz.

“Saya tinggal di Pasir Mas, kawasan saya bersempadan dengan negara Thailand dan saya melihat hari-hari, boleh dikatakan apa yang kita makan sekarang ini kebanyakannya datang daripada Thailand. Kalau durian, buah durian Thailand, kalau mangga, buah mangga Thailand, cili, cili Thailand, sayur-sayuran daripada Thailand.”Ibrahim Ali ketika menyarankan kerajaan belajar dari Thailand dalam sektor pertanian.

Rujukan: http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-17072008.pdf

NOTA PENGARANG: Parlimen telah berakhir maka Sketsa Parlimen berehat seketika. Ianya akan bersambung pada 18 Ogos nanti bila Dewan bersidang semula.

No comments: