ADAKAH DYMM YANG DI PERTUAN AGONG MURKA? Itu lah yang menjadi andaian berbagai pihak semalam bila Istana Maziah di Kuala Terengganu tidak mengeluarkan sebarang senarai penerima anugerah sempena Hari Keputeraan ke-46 Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.
Pada hari yang sama tahun lepas, seramai 178 dikurniakan bintang darjah kebesaran dan pingat di Istana Maziah sempena Keputeraan Baginda.
Apa sebabnya? Mengikut Bernama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong mengesahkan perkara itu melalui surat yang diterimanya dari istana berkenaan tetapi beliau tidak mengetahui sebab-sebab upacara itu tidak diadakan seperti sebelum ini. (Rujukan: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=347169)
Tak susah Datuk untuk mengetahui sebabnya. Lupakah kita kepada kain rentang di atas?
Lupakah kita bagaimana pelantikan Menteri Besar Terengganu dijadikan kontroversi apabila Ahmad Said menerima watikah perisytiharan pelantikan daripada MPPR dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu pada 23 Mac lalu?
Bagaimana pelantikan Ahmad itu dipertikaikan beberapa pihak termasuk 22 Adun BN yang menyokong Idris Jusoh sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua, malah ada di antara mereka menyatakan kesediaan meletakkan jawatan sebagai Adun jika Idris tidak dilantik semula?
Jika itu lah puncanya, memang wajarlah Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Mizan tidak membuat sebarang pengurniaan tahun ini. Tidak mengapa jika tidak terdapat Datuk baru di Terengganu tahun ini.
Bagaimanapun, Tuanku Sultan pasti tidak melupai pengorbanan rakyat marhaen kepada Negeri Terengganu dan tidak menghairankan jika Tuanku Sultan membuat penganugerahan kepada rakyat biasa kelak.
Ampun Tuanku Beribu-Ribu Ampun, Sembah Patik Mohon Di Ampun.
Patik merafak sembah ingin mengucapkan Dirgahayu Ke Bawah Duli Tuanku.
No comments:
Post a Comment