Thursday, July 3, 2008

SKETSA PARLIMEN 6 (JULAI 1/08): PABILA SENG GIAW BERMADAH!

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN

Pantun Tan Seng Giaw (di akhir perbahasan beliau)

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Memang last sentence, “Mulut bau madu, pantat bawa sengat”... [Ketawa] Itulah masalah kita. Tidak faham tidak apalah itu, dia manis.
Datuk Halimah Mohamed Sadique [Tenggara]: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua tetapi tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan lucah seperti itu di dalam Dewan ini. Tambahan pula dia melibatkan kaum wanita. Saya minta Ahli Yang Berhormat daripada Kepong tarik balik perkataan itu.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Bawa orang ke Gunung Tahan, kubur binatang kelihatan…
Datuk Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Merapu.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Harap hutan kerendahan, nafsu pantang kekurangan.

“Saya ingin mendapat penjelasan daripada YAB Timbalan
Perdana Menteri sekiranya dia datang nanti untuk menjawab, iaitu tentang pelantikan seorang pegawai kanan daripada kementerian beliau yang katanya pelantikan itu akan diteruskan, walaupun pegawai kanan tersebut telah didapati, seorang Melayu Muslim mabuk dalam kapal terbang sewaktu balik dari London dan akan terus dikekalkan dalam jawatannya dalam pelantikan yang akan datang.”
- Nasharudin Mat. Isa (Bachok)

“…Namun kita mesti mengkaji, kalau di kampung gaji RM3,000 berbanding dengan gaji RM5,000 di bandar memang tidak boleh banding. Kalau gaji di kampung-kampung di Sarawak dan Sabah, RM2,000 kalau dibandingkan dengan RM5,000 di Kuala Lumpur tidak boleh banding. Kalau Rompin pun kalau di situ dia dapat RM3,000 di kampung itu memang hebat. Dapat RM5,000 di bandar Kuala Lumpur tidak nampak sangatlah, itulah masalah.” - Dr. Tan Seng Giaw (Kepong)

“Yang Berhormat Timbalan Menteri mesti tahu di dalam IPTA kita ini kalau kita kira kakitangan profesor dengan pensyarah hampir 50,000. Pensyarah dan profesor Melayu sampai 73%, Cina tidak sampai 7%, dan India lebih kurang 6%.”Dr Tan Seng Giaw (Kepong)

http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-01072008.pdf

No comments: