Sunday, April 27, 2014

PERDANA MENTERI KOREA LETAK JAWATAN INSIDEN FERI KARAM. DI MALAYSIA?


PERDANA Menteri Korea Selatan Chung Hong-won hari ini mengumumkan meletakkan jawatan berikutan operasi menyelamat dalam insiden feri karam di Korea Selatan dikatakan terlalu perlahan.

Jung merasakan beliau bertanggungjawab di atas kegagalan ini yang menyebabkan kematian sudah mencecah 187 orang dan 115 masih lagi hilang. Tahniah kepada pemimpin Korea ini.

Kata Chung: "Sepanjang proses mencari dan menyelamat, Kerajaan TIDAK mengambil tindakan yang mencukupi dan ini telah mengecewakan orangramai. SAYA SEHARUSNYA MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB DALAM HAL INI SEBAGAI PERDANA MENTERI. BAGAIMANAPUN, ITU SAHAJA YANG DAPAT DILAKUKAN OLEH KERAJAAN. OLEH ITU SAYA AKAN MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI".
http://edition.cnn.com/2014/04/26/world/asia/south-korea-ship-sinking/

Itu di Korea Selatan, BUKAN MALAYSIA. Di Korea Selatan, perasaan malu dan rasa bertanggungjawab adalah satu nilai maruah yang terlalu tinggi.

Di Malaysia, kehilangan pesawat MAS MH370 sudah masuk hari ke 51. Kita akan kecewa sekiranya kita mengharapkan pihak tertentu meletakkan jawatan terutamanya ahli politik.

Malahan pada peringkat awal pesawat ini hilang, ada satu pihak seolah-olah merayakan "kejayaan pemimpin tertentu" berhadapan dengan media antarabangsa sehingga menyanjung beliau sebagai bakal Perdana Menteri yang akan menggantikan Najib Razak.

Ianya semata-mata kerana beliau boleh berbahasa Inggeris dengan baik berbanding dengan Naib Presiden Umno yang lain.

Di Malaysia, kita akan sering kali mendengar ungkapan, "siapa boleh jadi PM. Dah tak ada orang."

Ini sebenarnya AYAT untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

Itu sajalah nilai maruah di Malaysia kita ini.

11 comments:

Anonymous said...

setiap kali ada bencana setiap kali lah tukar pemimpin? gitu?

Pak Kadiaq said...

Apa kau sibok bising2.. apa komen kau pada sorang mamat gian ni yang dah dibuktikan bersalah meliwat tapi terhegeh-hegeh nak jadi PM?
Sebelah kaki dah pun ada dlm penjara tapi tak habis2 berusaha nak jadi PM..

Anonymous said...

saya follow dari awal kes tenggelamnya feri Sewol sbb saya peminat kpop ... and you kno what? cara diorg handle accidentnya tak sama dengan cara Malaysia handle MH370 ...

Budak sekolah call bagitau feri diorg senget tau apa respond diorg? itu panggilan palsu ... kalau saya nak list down kelemahan kerajaan Korea Selatan handle benda ni boleh lebih 100 agaknya. Kapten kapal ada 2 jam yg sangat cukup tuk buat evacuation b4 feri tu tenggelam completely, tp dia kata apa? "stay at where you are" ... budak2 sekolah yg trust kapten mati sia2 atas kesilapan perhitungan sang ketua, org tempat mereka bergantung dan percaya.

Perletakan jawatan PM (bukan president)sbb tekanan kesuluruhan rakyatnya. Mereka blame kerajaan atas kejadian malang di waktu siang kala cuaca baik. konon pasukan penyelam yg di hantar adalah 300 org (diberitakan oleh media arus perdana) tapi kantoi 13 org saja divers yg terlibat.

Mereka menolak semua bantuan yg nak di hulurkan oleh negara luar termasuk jepun dan China even US (tentera mereka ada pangkalan di situ) Sama tak dengan Malaysia yg transparent? ada rakyat kita blame Najib atas kejadian ini. pembangkang of course lah menangguk di air yg keruh. adakah keseluruhan rakyat berdemo bebaris panjang di hadapan rumah Perdana menteri menyalahkan beliau? none.

Ini yg membezakan kita dengan mereka, satu2 musibah berlaku pemimin kita tak letak jawatan, why? tanggungjawab. adakah yg meletak jawatan itu lebih mulia dari ketua yg sanggup menerima kesalahn and try to prove them wrong dgn lebihkan usaha dan kerja?

Maaf lah, even kalau aku tak suka najib or any PM or ketua, keja letak meletak jawatan sbb musibah dan masalah ni keja si pengecut aje ..

Anonymous said...

Sya sependapat dgn TDM, kenapa pihak Boeng diam diri saja, Macam mana gitu mudah sekali sistem komunikasi di godam tanpa adanya back-up apa sekali pon?

MH370 Apasal ketua pemimpin kena letak jawatan pulak, tengok aje le lebih 2dozen negara lain turut serta membantu,para netizen sedunia tampil membantu.. satu kejadian ganjil dan luar biasa.. semua org duk garu kepala, tiada solution..

Anonymous said...



org korea bukan islam --- org islam akan lebih mulia kalau mempunyai nilai hidup macam pemimpin korea

Anonymous said...



sayang jawatan oooi.. ko org ingat senang ke nak letak jawatan. kalau letak jawatan, hilang segalanya.. habislah.. bodyguard tak de. jet peribadi tak de.. ko jgn suruh buat bende bodoh.

Anonymous said...

Org kapirr jaaa yg suka lari dari tjawab ni....

kalo di jepon mereka bunuh diri.... adakah bunuh diri akan naikkan maruah diri??

Anonymous said...

Melepaskan jawatan ketika berlaku krisis tidak ubah seperti melepaskan tanggungjawab yang diberi. Dalam islam setiap insan adalah khalifah Allah dan islam juga menggalakkan setiap umatnya berusaha untuk menyelesai masalah. Bukan nya lepas tangan dengan apa yang berlaku.

W@n

Anonymous said...

Jam omaga hilang kenapa x letak jawatan pulak...?

Anonymous said...

"PERDANA MENTERI KOREA LETAK JAWATAN INSIDEN FERI KARAM. DI MALAYSIA?"

Bila berlaku musibah je Pemimpin mesti letak jawatan...bila berlaku musibah je Pemimpin mesti letak jawatan. Apa le dangkalnya pemikiran!! Tu namanya Penakut Dan Tak Bertanggungjawab. MH370 hilang entah kemana nak suruh Menteri yang berkenaan atau PM letak jawatan??? Aduhhhh...mereka ni bukan Pilot yang mengendalikan MH370 tu??

Kalau macam tu Anuar Ibrahim lebih lagi kena letak semua jawatan dalam politik le sebab dia memang telah disahkan MELIWAT. Itu memang wajar sebab perbuatan MELIWAT perbuatannya sendiri bukannya orang lain pun.

Samdol punya idea pemilik Blog ni!

Anonymous said...

Betapa bangangnya admin buat perbandingan, baru lepas minum air ketum ka?!!

Stopa Ali kibas spenda putih selepas berzina sampai hari ni ada letak jwatan?

Belum cerita bab Anuar Jubori lagi.

Doa pecah perut N.Ajis a.s keatas Najib sampai la ni tak jadi2. Yang pecah, tembelang PAS jugak-siap bertimpa2 mari.

Bertaubat la admin sebelum kena bungkus.