Thursday, April 24, 2014

INSIDEN MH370 MENELANJANGKAN MALAYSIA

HARI ini masuk hari ke-48 kehilangan pesawat MAS MH-370. Sudah 48 hari ahli keluarga 239 penumpang dan krew MH370 melalui saat-saat menyedihkan di dalam hidup mereka, tanpa mengetahui samada ahli keluarga mereka masih hidup atau telah mati.

Sudah lama Jelapang tidak menulis. Bukan kerana malas. Tetapi tidak mahu dituduh tidak patriotik. Terlalu banyak kelemahan yang perlu kita akui akibat dari kehilangan MH370.

Di masa yang sama, tragedi feri tenggelam berlaku di Korea Selatan. Sehingga hari ini 169 telah disahkan mati dan 133 masih lagi hilang.

Perdana Menteri Korea Selatan diserang dengan botol air kerana insiden tersebut. Perdana Menteri Malaysia lebih bernasib baik kerana tidak mengalami insiden yang sama.  

Naib pengetua Sekolah Tinggi Danwon yang turut bersama pelajar-pelajar beliau menaiki feri tersebut diselamatkan.

Tetapi kerana terlalu sedih dan malu dengan insiden tersebut serta merasakan bahawa beliau bertanggungjawab terhadap kematian pelajar beliau, guru tersebut, Kang Min-gyu, mengambil keputusan membunuh diri dengan menggantungkan diri beliau dengan menggunakan tali pinggang di sebatang pokok.

Begitu tinggi tanggungjawab yang Kang rasakan beliau perlu pikul dan begitu besar rasa malunya sehinggakan beliau merasakan sudah tidak ada gunanya untuk beliau terus hidup.

Hari ini, sudah hari ke 48 MH370 hilang. Sebagai seorang Islam, kita tidak lah mengharapkan sehingga ada di kalangan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab sanggup membunuh diri kerana kehilangan pesawat MAS ini.

Tetapi sehingga hari ini, TIADA siapa pun yang memperlihatkan rasa bersalah dengan kehilangan pesawat MAS ini.

Kita tidak mendengar Ketua TUDM mahu meletakkan jawatan? Tidak pula kita mendengar Ketua Pengarah DCA mahu meletakkan jawatan? Atau pegawai-pegawai MAS meminta maaf kepada ahli keluarga penumpang dan krew seperti mana dilakukan oleh tuanpunya feri di Korea Selatan.

Hari ini, khabarnya kapal TLDM Bunga Mas 6 sudah tiba untuk turut menyertai misi pencarian. Selepas 48 hari?

Persepsi kita yang serba kekurangan ini ialah, yang sibuk mencari ialah Australia, kita hanya sibuk membuat sidang akhbar. Itu realitinya.

Kita tidak berhenti-henti mengwarwarkan kita akan menjadi negara maju dalam masa 5 tahun lagi.

Tetapi malangnya, sudah hampir 60 tahun kita merdeka, kita masih tidak mempunyai kepakaran untuk menganalisa komputer milik Kapten Zaharie sehinggakan kita terpaksa bergantung kepada Amerika Syarikat untuk melakukannya.

Kita terpaksa bergantung kepada negara luar untuk menganalisa data dari radar kita.

Apa yang universiti kita ajar kepada pelajar-pelajar kita selama ini?

Sudah hampir 60 tahun kita merdeka, inikah kualiti yang kita ada?

Selepas hampir 60 tahun kita merdeka, masih ada lagi orang Melayu tergagap-gagap untuk bertutur di dalam bahasa Inggeris.

Selapas hampir 60 tahun kita merdeka, orang Melayu masih takut hendak bersaing dengan kaum Cina kerana orang Cina lebih pandai di dalam Matematik dan Sains dan lebih fasih bertutur di dalam bahasa Inggeris.

Tidak kah pemimpin kita mempunyai sedikit rasa bersalah kepada bangsa sendiri.

Peristiwa MH370 ini telah menelanjangkan Malaysia dan pemimpin-pemimpinnya.

Cerita bomoh yang mencari MH370 menjadi bahan ketawa seluruh dunia. Pemimpin negara malu dengan telatah bomoh ini kerana kononnya ia memalukan imej negara.

Apa yang hendak kita malukan? Itulah tahap pemikiran bomoh kita dan itu lah saja tahap pendidikan beliau.

Seharusnya pemimpin kita malu pada bangsanya sendiri.

Selepas hampir 60 tahun merdeka, lihatlah apa yang ada pada bangsa kita ini.

8 comments:

Cahaya Al Majid said...

TERBAIK!!!!!!

Anonymous said...

Kepala hotak ko..pukimak lu..kalau ko hebat sangat..bagitau kepada kami di mana MH370..Tulisan ko ni tak bantu sapa2..

Unknown said...

Bangsa kita berpecah belah disbbkan fahaman politik yg diajar oleh yahudi laknatullah..fahaman agama kita juga berpecah belah kerana agama dipolitikkan..hidup aman sesama bangsa juga hancur disbbkan oleh politik yg kotor..harap kiamat cepat tiba agar

Anonymous said...

Yg saya sakit hati, sehingga ke hari ini tiada seorang pun pakar satelit kita, pakar oceanografi kita, pakar aviasi dan pakar penyiasat kemalangan aviasi (beliau mendapat latihan dari ICAO) yg dilantik menjadi ahli kumpulan penyiasatan antarabangsa tu.

Pakar2 kita mmg tak byk pengalaman sbb pesawat Malaysia amat jarang accident tetapi pengetahuan mereka diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Dalam keadaan kita tidak tahu siapa yg telah merancang utk merampas mh370, kalau saya, saya lebih percaya kpd pakar2 kita jika kita benar-benar ingin tahu jawapannya.

Krn percayakan NTSB dan Amerika, dah 90% kws dah discan oleh bluefin 21 tp secebis tanda pun takde.
Abis tu 4 bunyi ping yg si Abbot ckp 'amat yakin dtng dr blackbox' tu bunyi apa benda sebenarnya???

Sampai sekarang analisis bunyi ping tu tak diberitahu kpd kita.

Tapi Najib masih nak ikut telunjuk Amerika dgn Britain.

Bayangkan klu anak kita yg ada dlm pesawat tu....

Bayangkan klu anak Rosmah yg ada atas pesawat tu...

Anonymous said...

Yang nyata dan yang tersirat, kita terlalu banyak menghukum, Manusia bila dia dah pandai sangat dia tak akan guna ilmunya untuk sesuatu yang berguna kepada bangsanya malah ia cuba merosakkan, yang mereka belajar berguling atas jalan, jadi barua bangsa lain, gen y sekarang takkan lihat kepayahan yang terdahulu asalkan masyukkkk, agama pun diketepikan,

Anonymous said...

jgn ckp mcm krajaan x buat ini xbuat itu.. dlmbsektor pendidikan kita bgi peruntukan besr.. sgala mcm diberikan.. salahkn diribsndiri malas belajar..

Anonymous said...

Gomen lebih suka joint venture dr research and development. .... ni lah puncanya... kemahiran/kepakaran hilang berpindah ke negara luar

Anonymous said...

Ni lah sindrom Melayu harus lindungi Melayu walaupun bersalah atau tak layak memegang jawatan tertentu.

Dah terbawa-bawa retorik Demi Agama, Bangsa Dan Agama.

Hancur negara kerana politik macam ni.