Showing posts with label parliamen. Show all posts
Showing posts with label parliamen. Show all posts

Saturday, February 28, 2009

SKETSA PARLIMEN 1 (FEB 16/09): TITAH TUANKU


TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI ALMARHUM SULTAN
MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH

ISTIADAT PEMBUKAAN PENGGAL KEDUA
MAJLIS PARLIMEN YANG KEDUA BELAS

"Ahli-ahli Yang Berhormat, Beta dukacita walaupun negara kita telah 51 tahun merdeka, namun isu-isu perkauman yang sempit masih dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu dan menjadi perdebatan umum. Beta ingin menegaskan bahawa Kerajaan Beta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan. Hak-hak setiap rakyat di negara ini yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan sentiasa dipelihara dan dihormati. Sehubungan ini, Beta menyeru semua rakyat bersama-sama meningkatkan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran negara. Kepelbagaian kaum dan budaya yang dimiliki hendaklah digembleng menjadi kekuatan negara kita. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama-agama lain bebas untuk diamalkan. Oleh itu, Beta mengingatkan semua pihak supaya menghormati kedudukan tersebut dan tidak mempersoalkannya."

"Beta juga memandang berat kecenderungan sesetengah pihak yang mudah mempercayai fitnah dan berita-berita palsu yang disebar oleh pihak-pihak tertentu termasuk melalui laman-laman blog sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan rakyat. Sesungguhnya, kita harus belajar dari sejarah di mana kejatuhan sesebuah empayar dan tamadun adalah berpunca dari fitnah, hasad dengki dan perpecahan di kalangan rakyat. Sehubungan ini, rakyat hendaklah berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang tersebar. Pengamal-pengamal media termasuk penulis-penulis blog hendaklah lebih beretika dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan demi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat."

"Beta maklum bahawa Mamanda Perdana Menteri akan menyerahkan kepimpinan negara kepada Mamanda Timbalan Perdana Menteri pada bulan hadapan setelah menerajui negara sejak 31 Oktober 2003. Sehubungan ini, Beta merakamkan penghargaan kepada Mamanda Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi di atas kepimpinan dan segala sumbangan terutamanya dalam isu-isu pendemokrasian, akauntabiliti, integriti, pembanterasan rasuah, pengukuhan institusi kehakiman serta pendekatan Islam Hadhari. Beta berharap peralihan kepimpinan ini akan berjalan lancar agar agenda pembangunan negara dapat diteruskan."

Rujukan: http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-16022009.pdf

*** Memandangkan pelbagai kenyataan kontroversi dibuat di Parlimen, Jelapang ingin menghidupkan kembali Sketsa Parlimen untuk tatapan bersama.

Sunday, December 14, 2008

UMNO KEBALKAN TAJUDDIN RAHMAN, AHLI PARLIMEN PASIR SALAK

AHLI Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman cukup popular orangnya di kalangan ahli-ahli Umno.

Lebih popular dari Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob dan Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan dalam pencalonan Umno bahagian yang berakhir November 9 yang lalu.

Malahan ada Menteri-Menteri yang tidak sepopular Tajuddin. Menteri Penerangan Shabeery Cheek, Menteri Pelancongan Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Shahrir Samad berada di bawah Tajuddin dalam kedudukan jumlah pencalonan ke Majlis Tertinggi baru-baru ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=specialcoverage/umno2008/pemilihan.htm

Beberapa hari lepas, Tajuddin sekali lagi menimbulkan kontroversi di Parlimen dengan kata-kata kesat beliau. Kali ini beliau menggunakan perkataan "biul".

Sudah tak terhitung kita jumlah Ahli Parlimen pembangkang yang digantung atau dihalau keluar Parlimen oleh Speaker Parlimen. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pernah diarah keluar Dewan kerana mengingkari Speaker supaya berhenti menanyakan soalan.

Gobind Singh Deo, Karpal Singh, Fong Po Kuan adalah antara yang dinyahkan oleh Speaker atas kesalahan-kesalahan kecil.

Sejak Parlimen bermula selepas pilihanraya umum Mac lepas, Tajuddin "kebal" hingga ke hari ini. Ketika Ahli Parlimen pembangkang berhadapan dengan tindakan, Ahli Parlimen Pasir Salak ini menjadi kesayangan Barisan Nasional.

Mulutnya mungkin cabul, kata-katanya mungkin kesat dan dituduh kurang ajar di Parlimen, tetapi Tajuddin kebal. Tidak sekali pun beliau dihalau keluar dari Parlimen seperti Gobind, Pua, Karpal dan Fong.

Jelas sekali BN begitu toleransi terhadap tingkah laku Tajuddin. Kalau diambil kira kedudukan beliau dalam senarai pencalonan Umno (tangga ke9) beliau bakal dilantik Menteri atau bakal jadi pemimpin baru dalam BN dan Umno.

Sesi Parlimen akan berakhir Khamis ini. Tajuddin akan terus menggunakan perkataan-perkataan tidak manis di Dewan mulia itu. Tetapi percayalah, tiada tindakan akan dikenakan kepada beliau.

Umno tidak akan ambil peduli samada Tajuddin mewakili imej parti atau kerajaan. Mungkin pemimpin Umno berpendapat Tajuddin lebih penting dari Umno dan Kerajaan.

Berikut ialah antara video yang memaparkan tingkah laku dan bahasa "manis" Tajuddin di Parlimen.



Sunday, July 20, 2008

SKETSA PARLIMEN 14 (JULAI 15/08): HAKIM IAN CHIN, KURANG AJAR & SALLEH ABAS

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN

“…saya bangkit soal pemecatan Tun Salleh Abbas kerana pihak kerajaan membayar ex-gratia baru-baru ini yang ada kena-mengena dengan wang cukai rakyat. Berapa banyak yang dibayar? Kenapa dibayar? Sebab pemecatannya dibuat mengikut peraturan." – Ibrahim Ali (Pasir Mas)

“Saya lihat menteri (Zaid Ibrahim) yang menjaga undang-undang begitu prihatin dan membayar sendiri, mengunjungi rumah-rumah hakim ini, bekas-bekas hakim ini dan membawa televisyen sekali. Sesudah membayar ex-gratia, bekas-bekas hakim ini bercakap melahirkan perasaan seronok dan kononnya dahulu dizalimi. Jadi seolah-olah ia juga satu bentuk secara tidak langsung satu perbuatan rasuah.” – Ibrahim Ali.

“Banyak lagi kes-kes lain yang kerajaan hendak bayar ganti rugi ini. Kecuaian doctor yang berlaku di hospital, apakah kerajaan hendak bayar ganti rugi sama banyak kita bayar kepada hakim-hakim? Yang hilang tangan, yang hilang kaki, yang mati, yang cedera, ataupun
macam UMNO yang bawa Pasir Salak? Dahulu gugur saya sebagai ketua bahagian tanpa sebab, hendak bayar ganti rugi?"
- Ibrahim Ali.

“Hakim Chin ini adalah pernah menyertai Parti Berjaya dan bertanding pilihan raya, kalah dua kali dan dia pernah mendengar satu kes yang membabitkan Datuk Syed Kecik kerana pada waktu itu dikatakan Syed Kechik terlibat dengan penahan ayahnya, bapa kepada Ian Chin ini.” – Ibrahim Ali.

“…kelakuan Hakim Ian Chin boleh dikatakan sebagai seorang yang - saya bukan mahu menggunakan perkataan kurang ajar tetapi seorang yang immature, judicial immaturity.” – Karpal Singh (Bukit Gelugor).

“Yang kita harap keindahan Palace of Justice ini samalah keindahan bagaimana luhurnya perlembagaan dan kewibawaan hakim-hakim negara kita. Biar padan dengan keindahan bangunan ini. Jangan badan sahaja cantik, bangunannya cantik, dalam tidak cantik. Luar nampak sihat, dalam wayar sudah putus. Ini ada gearbox dah rosak,
tetapi biarlah dalam luar.”
– Ibrahim Ali

“Di Sabah dan Sarawak ini memang saya pasti hakim kita, majistret kita menggunakan kereta murah, tempat penginapan murah, tidak ada tuntutan harian. Di sini seperti kata rakan-rakan lain, mewah! menteri pun kalah…Hakim di sini lebih hebat.” - Bung Moktar Radin (Kinabatangan)

“Jika Hakim Ian Chin ini berani, kenapa membuat pertuduhan atas Tun Mahathir Mohamad bahawa perlindungan yang diberi kepada seorang hakim, judicialimmunity. Kenapa hakim ini tidak berani untuk membuat tuduhan itu luar daripada mahkamah.” – Karpal Singh

“Kenapakah seorang menteri perlu bawa cek pergi ke seorang bekas hakim yang dipecat dulu? Seperti dispatch boy. Alah, tak malu. Keluar TV lagi. Keluar surat khabar lagi, untuk dapat apa? Untuk hendak buat publisiti sahaja.” – Wee Choo Keong (Wangsa Maju).

“Katanya bayaran kepada bekas Ketua Hakim Tun Salleh Abbas, RM1.5 juta. Jikalau RM1.5 juta, duit daripada mana? Duit kerajaankah atau duit siapa? Duit ini duit daripada cukai rakyat.” – Ibrahim Ali

“Program Pusat Giat MARA ini, tidak ada tempat yang cukup untuk pelajar-pelajar. Sesetengah tempatnya, macam tempat reban ayam dan tidak boleh mengambil pelajar.” - Ibrahim Ali

“Baru-baru ini seorang, di kawasan saya, di Pendang dipanah petir dan anaknya meninggal dunia. Malangnya apabila dibawa ke unit kecemasan, didapati tiada ambulans kerana tidak ada driver… Anaknya meninggal dunia, dicari driver ambulans tidak ada.” - Dr Mohd. Hayati Othman (Pendang)

Gobalakrishnan (Padang Serai) vs Syed Hamid Albar

Gobalakrishnan: Satu Bandaraya Kuala Lumpur sudah sesak
semalam. Satu Bandaraya Kuala Lumpur sesak kerana kenyataan palsu daripada menteri...
Syed Hamid: Yang Berhormatlah yang menyusahkan rakyat... Sampai rakyat sudah bosan dengan apa yang telah dilakukan Yang Berhormat.
Gobalakrishnan: Saya tidak pernah fitnah, saya tidak pernah....
Syed Hamid: Yang Berhormat the best fitnah, carry on.
Gobalakrishnan: Fitnah, fitnah!... [Dewan riuh]
Syed Hamid: Yang Berhormat tidak usah cakap bohong. Tiap-tiap kali Yang Berhormat cakap bohong apabila mahu menegakkan sesuatu yang tak betul.
Gobalakrishnan: Yang Berhormat Menteri, penipu semalam...
Syed Hamid: Unparliamentarily. Yang Berhormat jaga baik bahasa Yang Berhormat...

Saturday, July 5, 2008

SKETSA PARLIMEN 7 (JULAI 2/08): ALKISAH GUAN ENG, KHALIFAH UMAR & PARTI BURUK SIKU

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN




"Projek PORR dan monorel merupakan hadiah yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada tahun 2006 iaitu hadiah kepada rakyat Pulau Pinang. Sekiranya hadiah diberikan dan kemudian diambil balik saya hendak cadangkan nama Barisan Nasional - BN ditukarkan kepada ‘BS’ iaitu Parti Buruk Siku.” – Lim Guan Eng (Bagan).

“Saya ingin meminta bahawa YAB Perdana Menteri bolehlah mengajar saya, bolehlah nasihat kepada saya. Ajar dan nasihat kepada saya tentang urus tadbir daripada khalifah Islam teragung iaitu Umar Abdul Aziz. Ajarlah kepada saya. Di sini saya juga hendak lihat macam mana pentadbiran dan keputusan yang dibuat oleh beliau ke atas rakyat negerinya sendiri memenuhi ajaran Umar Abdul Aziz.” – Lim Guan Eng (Bagan).

“Saya tidak dapat maklumat sehingga sekarang dan saya harap YAB Perdana Menteri boleh menyatakan kepada 1.5 juta rakyat Pulau Pinang, apakah projek tambahan yang diberikan kepada Pulau Pinang berikutan tambahan peruntukan sebanyak RM30 bilion kepada RM230 bilion ini? Apakah yang telah dicantas dan dipotong daripada rakyat Pulau Pinang?” – Lim Guan Eng (Bagan)

“Sekiranya beliau tidak boleh menyebutkannya, saya harap beliau mesti ingat janji yang beliau telah berikan kepada saya sebanyak dua kali dan juga janji daripada Menteri Kewangan II kepada saya sebanyak lima, enam kali bahawa semua projek yang telah diputuskan sebelum ini akan diteruskan kerana ia berkepentingan rakyat.” – Lim Guan Eng (Bagan).

“Saya ingin memberitahu YAB Perdana Menteri, sekiranya beliau tidak mahu menarik balik keputusan yang tidak adil kepada rakyat Pulau Pinang beliau tidak akan dilupakan oleh rakyat Pulau Pinang tentang apa yang dilakukan.” – Lim Guan Eng (Bagan)

“Kalau boleh harap YAB Perdana boleh ke negeri Pulau Pinang untuk menjelaskan kepada rakyat Pulau Pinang mengapa beliau berbuat demikian. Beliau mahukan Pulau Pinang gagal, tetapi kami akan hampakan kamu. Yang Amat Berhormat mungkin mahukan Pulau Mutiara, tidak berjaya, tetapi kami akan pastikan ia terus berkilau dan ceria lagi.” – Lim Guan Eng (Bagan)

“Di sini saya ingin sekali lagi, kalau boleh tarik balik keputusan yang tidak adil. Kalau enggan, baliklah ke Pulau Pinang untuk jelaskan mengapa hadiah yang dia umumkan pada tahun 2006 ditarik balik, kalau beliau seorang pemimpin yang betul-betul berjiwa rakyat.” – Lim Guan Eng (Bagan)

Karpal Singh vs Ibrahim Ali

Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Dia cakap duduk. Katak, katak.
Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Dalam parti DAP pun ada katak!
Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Katak duduk.
Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Eh barua, barua!
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pasir Mas, cukup.

“…rakyat Malaysia ingin tahu berapa juta ringgit dibayar kepada bekas hakim-hakim yang saya hormat seperti Tun Salleh Abbas, kita punya Lord President dan hakim-hakim yang lain. Rakyat mahu tahu berapa juta ringgit dibayar?” – John Fernandez (Seremban)

“Saya diberitahu RM1.5 juta kepada Tun Salleh Abbas dan lain-lain
lagi mungkin RM1 juta. Duit daripada mana duit rakyat kah? Saya tidak reda kalau duit rakyat sebab duit rakyat itu duit cukai saya dan saya tahu mereka-mereka ini dipecat melalui tribunal.” – Ibrahim Ali (Pasir Mas)


http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-02072008.pdf

Thursday, July 3, 2008

SKETSA PARLIMEN 6 (JULAI 1/08): PABILA SENG GIAW BERMADAH!

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN

Pantun Tan Seng Giaw (di akhir perbahasan beliau)

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Memang last sentence, “Mulut bau madu, pantat bawa sengat”... [Ketawa] Itulah masalah kita. Tidak faham tidak apalah itu, dia manis.
Datuk Halimah Mohamed Sadique [Tenggara]: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua tetapi tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan lucah seperti itu di dalam Dewan ini. Tambahan pula dia melibatkan kaum wanita. Saya minta Ahli Yang Berhormat daripada Kepong tarik balik perkataan itu.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Bawa orang ke Gunung Tahan, kubur binatang kelihatan…
Datuk Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Merapu.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Harap hutan kerendahan, nafsu pantang kekurangan.

“Saya ingin mendapat penjelasan daripada YAB Timbalan
Perdana Menteri sekiranya dia datang nanti untuk menjawab, iaitu tentang pelantikan seorang pegawai kanan daripada kementerian beliau yang katanya pelantikan itu akan diteruskan, walaupun pegawai kanan tersebut telah didapati, seorang Melayu Muslim mabuk dalam kapal terbang sewaktu balik dari London dan akan terus dikekalkan dalam jawatannya dalam pelantikan yang akan datang.”
- Nasharudin Mat. Isa (Bachok)

“…Namun kita mesti mengkaji, kalau di kampung gaji RM3,000 berbanding dengan gaji RM5,000 di bandar memang tidak boleh banding. Kalau gaji di kampung-kampung di Sarawak dan Sabah, RM2,000 kalau dibandingkan dengan RM5,000 di Kuala Lumpur tidak boleh banding. Kalau Rompin pun kalau di situ dia dapat RM3,000 di kampung itu memang hebat. Dapat RM5,000 di bandar Kuala Lumpur tidak nampak sangatlah, itulah masalah.” - Dr. Tan Seng Giaw (Kepong)

“Yang Berhormat Timbalan Menteri mesti tahu di dalam IPTA kita ini kalau kita kira kakitangan profesor dengan pensyarah hampir 50,000. Pensyarah dan profesor Melayu sampai 73%, Cina tidak sampai 7%, dan India lebih kurang 6%.” – Dr Tan Seng Giaw (Kepong)

http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-01072008.pdf