Showing posts with label ali. Show all posts
Showing posts with label ali. Show all posts

Sunday, October 19, 2008

BAGI FLOOR!

BAGI FLOOR! Rata-rata sekarang ini, baik di kedai kopi mahupun di coffee house di hotel-hotel di ibunegeri dan ibukota, pemimpin dan ahli Umno bercakap mengenai ungkapan ini - "bagi floor".

Ungkapan ini ditujukan kepada Muhyiddin Yassin. Mereka bercakap mengenai satu gerakan oleh kumpulan tertentu untuk memastikan Muhyiddin tidak mendapat laluan mudah untuk mendapat pencalonan Timbalan Presiden. Akar umbi diminta mencalonkan Najib Razak bagi jawatan Presiden tetapi untuk jawatan Timbalan Presiden, "bagi floor" (serahkan kepada perwakilan bahagian).

Dengan kata lain, mereka mahukan pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden. "Bagi floor" bermaksud membenarkan perwakilan bahagian mencalonkan calon lain (Mohd Ali Rustam) untuk jawatan tersebut dan bukannya Muhyiddin.

Desas-desus mengatakan kumpulan ini hanya mahu Ali Rustam mendapat cukup pencalonan untuk memastikan Muhyiddin dicabar Mac nanti. Mereka mahu memastikan Muhyiddin tidak menang percuma jawatan Timbalan Presiden.

Kalau dilihat kenyataan Abdullah Ahmad Badawi (walaupun dengan nada marah) di Kota Kinabalu semalam, jelas Pak Lah mahukan Ali Rustam di calonkan jawatan Timbalan Presiden.

Berikut ialah kenyataan Pak Lah semalam: “Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.

“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding... tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya.”
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Apabila Pak Lah membuat kenyataan sedemikian, hiruk-pikuk lah di kedai kopi dan coffee house hotel bahawa Pak Lah menyokong Ali Rustam.

Secara kebetulan atau tidak, Ali Rustam hari ini menerima 9 pencalonan (tiga dari Melaka) menjadikan 12 pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden. Mat Taib mendapat 8 pencalonan berbanding Muhyiddin 44 pencalonan. http://www.malaysiakini.com/news/91566

Agak pelik juga bagi Pak Lah menyokong Ali Rustam ketika website pro-Pak Lah "Malaysian Insider" semalam memperkecilkan Ali Rustam dengan menggambarkan beliau sebagai seorang pemimpin yang tidak tahu berbahasa Inggeris.

Malaysian Insider turut memperkecilkan Allahyarham Ghafar Baba yang dikatakan lemah berbahasa Inggeris ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Pak Lah mengambil risiko dengan menyatakan sokongan beliau kepada Ali Rustam. Sekiranya Ali Rustam tidak mendapat cukup pencalonan (39 pencalonan) untuk bertanding, maka pemerhati akan menyifatkannya sebagai bukti bahawa memang benar Pak Lah ditolak oleh akar umbi.

Ianya juga berita tidak gembira buat Ali Rustam. Dalam suasana sekarang, musuh-musuh beliau akan secepat kilat meletakkan Ali Rustam sebagai orang Pak Lah dan bukan orang Najib Razak.

Maka sekiranya akar umbi menyokong Najib, maka Ali Rustam akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pencalonan.

Ada juga berpendapat tindakan menyokong Ali Rustam ini adalah tindakan melepas geram oleh Pak lah dan orang sekeliling beliau.

Saturday, October 4, 2008

LAYAKKAH ZAHID, ALI RUSTAM, MAT TAIB & MUHYIDDIN JADI TPM KITA?

ZAHID HAMIDI, MUHAMMAD MUHAMMAD TAIB, MOHD ALI RUSTAM DAN MUHYIDDIN YASSIN: Salah seorang dari mereka bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno Mac 2009.

Ada rezeki, mereka juga bakal Perdana Menteri Malaysia. Ketika dunia diharungi berbagai masalah ekonomi dan politik, timbul lah persoalan siapa di kalangan mereka ini yang layak menjadi Timbalan Perdana Menteri? Atau adakah mereka ini benar-benar layak dan mempunyai kualiti untuk memimpin negara?

Keputusan di tangan lebih kurang 3,000 perwakilan Umno yang akan mengundi di perhimpunan agung Mac nanti. Sebagai pemerhati, kita hanya boleh memerhati dan berdoa agar keputusan yang terbaik dibuat oleh perwakilan Umno nanti dan bahagian-bahagian yang akan bermesyuarat mulai 9 Oktober hingga 9 November.

Buat sementara waktu, kita teliti latarbelakang pendidikan calon-calon Timbalan Presiden Umno.
Zahid Hamidi dilahirkan pada 4 Januari 1953 di Kampung Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Balai dan menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Selepas itu beliau menyampung pengajiannya ke Universiti Malaya dalam bidang Sastera pada tahun 1975.
MOHD ALI RUSTAM: 1956 - 1960: Sekolah Rendah Kebangsaan, Bukit Katil, Melaka; 1961: Sekolah Rendah Kebangsaan, Semabok, Melaka; Malacca High School, Melaka; Menduduki peperiksaan High School Certificate (HSC) sebagai pelajar persendirian; 1984-1986: B.A. (Hons) in Social Science (Economic Development), Universiti Sains Malaysia (USM)

MUHAMMAD MUHAMMAD TAIB: 1953-1959: Sekolah Rendah Inggeris Kuala Kubu Bahru;
1959-1964 Sekolah Menengah Inggeris Sabak Bernam; 1974 menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan sebagai calon persendirian; 1964-1966 Day Teachers' College (DTC), Kuala Lumpur; 1976-1979 B.A (1st Class Hons.) dalam Sejarah dan Pengajian Melayu, Universiti Malaya (Sarjana Muda Sastera (Kepujian Kelas Pertama)

MUHYIDDIN YASSIN: dilahirkan pada 15 Mei 1947 di Muar. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).

PROFESION: Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974). Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Muhyiddin memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana.

Sunday, July 20, 2008

SKETSA PARLIMEN 14 (JULAI 15/08): HAKIM IAN CHIN, KURANG AJAR & SALLEH ABAS

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN

“…saya bangkit soal pemecatan Tun Salleh Abbas kerana pihak kerajaan membayar ex-gratia baru-baru ini yang ada kena-mengena dengan wang cukai rakyat. Berapa banyak yang dibayar? Kenapa dibayar? Sebab pemecatannya dibuat mengikut peraturan." – Ibrahim Ali (Pasir Mas)

“Saya lihat menteri (Zaid Ibrahim) yang menjaga undang-undang begitu prihatin dan membayar sendiri, mengunjungi rumah-rumah hakim ini, bekas-bekas hakim ini dan membawa televisyen sekali. Sesudah membayar ex-gratia, bekas-bekas hakim ini bercakap melahirkan perasaan seronok dan kononnya dahulu dizalimi. Jadi seolah-olah ia juga satu bentuk secara tidak langsung satu perbuatan rasuah.” – Ibrahim Ali.

“Banyak lagi kes-kes lain yang kerajaan hendak bayar ganti rugi ini. Kecuaian doctor yang berlaku di hospital, apakah kerajaan hendak bayar ganti rugi sama banyak kita bayar kepada hakim-hakim? Yang hilang tangan, yang hilang kaki, yang mati, yang cedera, ataupun
macam UMNO yang bawa Pasir Salak? Dahulu gugur saya sebagai ketua bahagian tanpa sebab, hendak bayar ganti rugi?"
- Ibrahim Ali.

“Hakim Chin ini adalah pernah menyertai Parti Berjaya dan bertanding pilihan raya, kalah dua kali dan dia pernah mendengar satu kes yang membabitkan Datuk Syed Kecik kerana pada waktu itu dikatakan Syed Kechik terlibat dengan penahan ayahnya, bapa kepada Ian Chin ini.” – Ibrahim Ali.

“…kelakuan Hakim Ian Chin boleh dikatakan sebagai seorang yang - saya bukan mahu menggunakan perkataan kurang ajar tetapi seorang yang immature, judicial immaturity.” – Karpal Singh (Bukit Gelugor).

“Yang kita harap keindahan Palace of Justice ini samalah keindahan bagaimana luhurnya perlembagaan dan kewibawaan hakim-hakim negara kita. Biar padan dengan keindahan bangunan ini. Jangan badan sahaja cantik, bangunannya cantik, dalam tidak cantik. Luar nampak sihat, dalam wayar sudah putus. Ini ada gearbox dah rosak,
tetapi biarlah dalam luar.”
– Ibrahim Ali

“Di Sabah dan Sarawak ini memang saya pasti hakim kita, majistret kita menggunakan kereta murah, tempat penginapan murah, tidak ada tuntutan harian. Di sini seperti kata rakan-rakan lain, mewah! menteri pun kalah…Hakim di sini lebih hebat.” - Bung Moktar Radin (Kinabatangan)

“Jika Hakim Ian Chin ini berani, kenapa membuat pertuduhan atas Tun Mahathir Mohamad bahawa perlindungan yang diberi kepada seorang hakim, judicialimmunity. Kenapa hakim ini tidak berani untuk membuat tuduhan itu luar daripada mahkamah.” – Karpal Singh

“Kenapakah seorang menteri perlu bawa cek pergi ke seorang bekas hakim yang dipecat dulu? Seperti dispatch boy. Alah, tak malu. Keluar TV lagi. Keluar surat khabar lagi, untuk dapat apa? Untuk hendak buat publisiti sahaja.” – Wee Choo Keong (Wangsa Maju).

“Katanya bayaran kepada bekas Ketua Hakim Tun Salleh Abbas, RM1.5 juta. Jikalau RM1.5 juta, duit daripada mana? Duit kerajaankah atau duit siapa? Duit ini duit daripada cukai rakyat.” – Ibrahim Ali

“Program Pusat Giat MARA ini, tidak ada tempat yang cukup untuk pelajar-pelajar. Sesetengah tempatnya, macam tempat reban ayam dan tidak boleh mengambil pelajar.” - Ibrahim Ali

“Baru-baru ini seorang, di kawasan saya, di Pendang dipanah petir dan anaknya meninggal dunia. Malangnya apabila dibawa ke unit kecemasan, didapati tiada ambulans kerana tidak ada driver… Anaknya meninggal dunia, dicari driver ambulans tidak ada.” - Dr Mohd. Hayati Othman (Pendang)

Gobalakrishnan (Padang Serai) vs Syed Hamid Albar

Gobalakrishnan: Satu Bandaraya Kuala Lumpur sudah sesak
semalam. Satu Bandaraya Kuala Lumpur sesak kerana kenyataan palsu daripada menteri...
Syed Hamid: Yang Berhormatlah yang menyusahkan rakyat... Sampai rakyat sudah bosan dengan apa yang telah dilakukan Yang Berhormat.
Gobalakrishnan: Saya tidak pernah fitnah, saya tidak pernah....
Syed Hamid: Yang Berhormat the best fitnah, carry on.
Gobalakrishnan: Fitnah, fitnah!... [Dewan riuh]
Syed Hamid: Yang Berhormat tidak usah cakap bohong. Tiap-tiap kali Yang Berhormat cakap bohong apabila mahu menegakkan sesuatu yang tak betul.
Gobalakrishnan: Yang Berhormat Menteri, penipu semalam...
Syed Hamid: Unparliamentarily. Yang Berhormat jaga baik bahasa Yang Berhormat...

Saturday, July 19, 2008

SKETSA PARLIMEN 13 (JULAI 14/08): PANDIKAR AMIN REDAKAN “PERANG” DI PARLIMEN.

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN
(Persidangan ini berlangsung di hari di mana polis membuat sekatan jalanraya di seluruh ibukota dan sekitar parlimen)
Rujukan laporan Malaysiakini pada hari tersebut: http://www.malaysiakini.com/news/86032
“…adakah kawasan Parlimen dan kawasan-kawasan yang berhampiran telah menjadi ‘war zone’? Saya minta penjelasan Tuan
Yang di-Pertua, adakah arahan Tuan Yang di-Pertua sendiri yang tidak mengizinkan Ahli-ahli Parlimen pada hari ini membawa tetamu-tetamu. Saya juga meminta, adakah boleh Tuan Yang di-Pertua menggunakan Peraturan Mesyuarat 14(1)(i), penerangan daripada menteri-menteri ini untuk mengizinkan sama ada Menteri Dalam Negeri yang menyebabkan kesesakan lalu lintas pada hari ini yang mengganggu perjalanan Ahli-ahli Parlimen? Apa yang dikatakan ada perhimpunan besar-besaran, sedangkan kami daripada Pakatan Rakyat tidak pernah menganjurkan, tidak pernah mengarahkan ahli-ahli kami untuk berhimpun di sini sehinggakan dua hari di Kuala Lumpur ini menjadi seolah-olah ‘kawasan perang’.
- Salahuddin Ayub (Kubang Kerian)

“…tidak pernah dengar, tidak tahu sesiapa yang tahu sama ada seseorang boleh diharamkan daripada menghadiri Parlimen, datang ke Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, banned daripada datang ke Parlimen.” - Lim Kit Siang (Ipoh Timur)

“Saya cadangkan bahawa Ketua Polis Negara dirujuk di bawah 26(1)(p) Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan oleh kerana ingkar melaksanakan dan melanggar usul yang ada diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada 28 April.” - Lim Kit Siang (Ipoh Timur) ketika mendesak Parlimen membincang usul beliau selepas roadblock dibuat ke jalan-jalan masuk ke Parlimen dan Anwar Ibrahim dihalang ke Parlimen.

“Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau umpamanya ada penghalang, tidak akan Ahli-ahli Yang Berhormat semua berada di Dewan pada hari ini. Saya tadi pagi pun sewaktu datang di sini juga kena tahan sebentar. Saya tidak buat apa-apa bantahan kerana saya faham bahawa tag Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat depan kereta saya itu, sesiapa pun boleh dibuat, sesiapa pun boleh dibuat. Kereta Proton Perdana Eksekutif siapa pun boleh beli.” – Speaker Pandikar Amin Mulia (gambar atas).

“Boleh atau tidak Tuan Yang di-Pertua menggunakan kerusi yang mulia ini memberitahu Dewan demonstrasi apa, siapa penganjurnya, siapa perancangnya, mengapa.” - Mohamed Azmin Ali (Gombak)

“Kalau betul Parlimen ataupun Ahli Parlimen Barisan Nasional hebat, mengapa takut dengan seorang insan bernama Anwar Ibrahim.” - Mohamed Azmin Ali (Gombak)

“Yang Berhormat Gombak sudah, tolong, tolonglah. Yang Berhormat Gombak tolong, sila. Ahli Yang Berhormat yang lain sudah. Suruh duduk dulu, menteri. Dua menteri duduk, Ahli-ahli Yang Berhormat duduk dulu. Duduk! Ahli-ahli Yang Berhormat... [Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat, boleh duduk Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat tolong duduk, Yang Berhormat Gombak duduk. Yang Berhormat Gombak sudah saya dengar, sudah saya beri peluang kepada Yang Berhormat Gombak begitu lama. Sudah saya kasi peluang, sila Yang Berhormat duduk. Tolong Yang Berhormat Gombak. Tidak apa-apa, yang lain duduk juga. Yang lain pun duduk juga. Apabila saya arah Yang Berhormat Gombak duduk, Yang Berhormat Gombak duduk yang lain pun duduk jangan berdiri. Sila Yang Berhormat Gombak duduk. Sila. [Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau dalam kekecohan begini saya mempunyai kuasa untuk menangguhkan Dewan sepuluh minit atau dua puluh minit. Buat apa? Untuk apa? Kalau balik masuk Dewan begitu juga.” – Pandikar Amin Mulia

“Yang Berhormat Pokok Sena nanti dulu. Nanti dulu, menteri-menteri tolong duduk. Yang Berhormat Pokok Sena duduk, Yang Berhormat Gombak tolong duduk. Saya tidak boleh membenarkan umpannya sesuatu perkara di bahas sepanjang lebar yang tidak ada kena mengena dengan Mesyuarat, tidak boleh Yang Berhormat. Menurut risikan itulah, kalau tidak ada kekacauan berlaku, Alhamdulillahlah. Semua kita semua bersyukur, tidak ada kekacauan, kalau jaminan daripada pembangkang tidak ada kekacauan, Alhamdulillah. Saya berdoa, kalau kerajaan tidak ada kekacauan, polis cekap,Alhamdulillahlah.” – Pandikar Amin Mulia.

“Bersyukur kita semua. Kenapa harus bertengkar dalam Dewan pasal soal ini? Syukurlah! Pagi ini saya datang di Dewan dengan selamat. Ahli-ahli Yang Berhormat datang dengan selamat walaupun tergendala sedikit kerana keselamatan. Jangan nanti terlapor di akhbar, ditolak 1,444 malaikat, satu, dua Ahli Yang Berhormat ditembak, ia sudah pun berlaku.” - Pandikar Amin Mulia.

“Kalau Tuan Yang di-Pertua boleh memberi peluang kepada Yang Berhormat Gombak tadi untuk memberikan sesuatu penjelasan, saya rasa elok kita menggunakan peruntukan ini bagi membolehkan seorang menteri supaya memberikan penerangan. Polis pencen mana yang memberi laporan kepada mereka? [Dewan riuh] - Mahfuz Omar (Pokok Sena)

“Saya minta mohon, kita terpaksa meninggalkan. Kalau beginilah cara kami diperlakukan di sini. [Dewan riuh] - Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh)

“Saya hendak menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua. Di bawah Jabatan Perdana Menteri ada satu lagi bahagian yang penting iaitu bahagian undang-undang. Sepatutnya seorang menteri yang menjaga bahagian undang-undang turut datang ke Parlimen dan menjawab. Oleh sebab di waktu perbahasan Rancangan Malaysia Kesembilan, midterm ini ada ahli-ahli Yang Berhormat membangkit perkara pembayaran ex-gratia kepada bekas-bekas hakim, saya turut mencelah dan beliau tidak ada di sini. Menteri (Zaid Ibrahim) ini kalau saya baca di suratkhabar, cukup banyak bercakap di luar tetapi di Dewan tidak datang untuk menjawab pertanyaan Ahli-ahli
Dewan Rakyat. [Tepuk]
- Ibrahim Ali (Pasir Mas)

“Kalau tidak, tidak guna dia jadi menteri. Lebih baik bagi kat Yang Berhormat Sri Gading, Menteri Undang-undang. Tiga, empat penggal. Yang Berhormat sendiri Tuan Yang di-Pertua seorang peguam baik jadi Menteri Undang-undang. Kalau dia tidak mahu menjadi menteri. Dia bukan bertanding pilihan raya pun.” – Ibrahim Ali (Pasir Mas).

“Prestasi dia (Zaid Ibrahim) macam itu. Jadi itulah kita kesal. Biarlah dia datang, bukan pun selalu dia datang. Sekali-sekala dia datang. Kami sampai 9.15 malam boleh tunggu, kami bukan menteri, tetapi hendak menjayakan dan menjaga kerajaan Barisan Nasional kami tunggu sampai pukul 9.15 ini. Jadi bila kita lahirkan kekesalan itu biarlah didengar oleh YAB Perdana Menteri, pemimpin kita.” - Mohamad Aziz (Sri Gading)

Dr Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat): Apakah kementerian mengawal klinik-klinik swasta di mana doktor dia, dia ada perniagaan lain, dia sukar mencari doktor locum, maka pekerja itu, sesuka hati menjual ubat tanpa prescription terutamanya seperti viagra dan sebagainya.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Abdul Latiff Ahmad: Saya hairan dan ajaib, ada 5,000 lebih ubat yang ada di pasaran, di bawah Akta Racun, kenapa Batu Pahat hanya cakap viagra? [Ketawa]

Wednesday, July 16, 2008

SIAPAKAH YANG MASIH MENYIMPAN WANG KERTAS RM500 & RM1000?

SIAPA GERANGANNYA? Itulah persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Bebas (Pasir Mas) Ibrahim Ali di Parlimen hari ini ketika membawa usul untuk mendebatkan cadangan Bank Negara memperkenalkan semula wang kertas RM500 dan RM1000 . Bagaimana pun usul tersebut ditolak Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia.

Ibrahim mempersoalkan rancangan Bank Negara ingin "menghidupkan" semula wang kertas RM500 dan RM1000 sebagai “legal tender” (wang yang sah) padahal ianya telah dihapuskan lapan tahun dahulu.

Persoalannya siapakah rakyat Malaysia yang masih menyimpan wang kertas RM500 dan RM1000 ini?

Persoalan kedua adakah wang tersebut disimpan di luar negara lapan tahun dahulu dan kini dibawa balik oleh orang tertentu?

Saturday, July 5, 2008

SKETSA PARLIMEN 7 (JULAI 2/08): ALKISAH GUAN ENG, KHALIFAH UMAR & PARTI BURUK SIKU

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN




"Projek PORR dan monorel merupakan hadiah yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada tahun 2006 iaitu hadiah kepada rakyat Pulau Pinang. Sekiranya hadiah diberikan dan kemudian diambil balik saya hendak cadangkan nama Barisan Nasional - BN ditukarkan kepada ‘BS’ iaitu Parti Buruk Siku.” – Lim Guan Eng (Bagan).

“Saya ingin meminta bahawa YAB Perdana Menteri bolehlah mengajar saya, bolehlah nasihat kepada saya. Ajar dan nasihat kepada saya tentang urus tadbir daripada khalifah Islam teragung iaitu Umar Abdul Aziz. Ajarlah kepada saya. Di sini saya juga hendak lihat macam mana pentadbiran dan keputusan yang dibuat oleh beliau ke atas rakyat negerinya sendiri memenuhi ajaran Umar Abdul Aziz.” – Lim Guan Eng (Bagan).

“Saya tidak dapat maklumat sehingga sekarang dan saya harap YAB Perdana Menteri boleh menyatakan kepada 1.5 juta rakyat Pulau Pinang, apakah projek tambahan yang diberikan kepada Pulau Pinang berikutan tambahan peruntukan sebanyak RM30 bilion kepada RM230 bilion ini? Apakah yang telah dicantas dan dipotong daripada rakyat Pulau Pinang?” – Lim Guan Eng (Bagan)

“Sekiranya beliau tidak boleh menyebutkannya, saya harap beliau mesti ingat janji yang beliau telah berikan kepada saya sebanyak dua kali dan juga janji daripada Menteri Kewangan II kepada saya sebanyak lima, enam kali bahawa semua projek yang telah diputuskan sebelum ini akan diteruskan kerana ia berkepentingan rakyat.” – Lim Guan Eng (Bagan).

“Saya ingin memberitahu YAB Perdana Menteri, sekiranya beliau tidak mahu menarik balik keputusan yang tidak adil kepada rakyat Pulau Pinang beliau tidak akan dilupakan oleh rakyat Pulau Pinang tentang apa yang dilakukan.” – Lim Guan Eng (Bagan)

“Kalau boleh harap YAB Perdana boleh ke negeri Pulau Pinang untuk menjelaskan kepada rakyat Pulau Pinang mengapa beliau berbuat demikian. Beliau mahukan Pulau Pinang gagal, tetapi kami akan hampakan kamu. Yang Amat Berhormat mungkin mahukan Pulau Mutiara, tidak berjaya, tetapi kami akan pastikan ia terus berkilau dan ceria lagi.” – Lim Guan Eng (Bagan)

“Di sini saya ingin sekali lagi, kalau boleh tarik balik keputusan yang tidak adil. Kalau enggan, baliklah ke Pulau Pinang untuk jelaskan mengapa hadiah yang dia umumkan pada tahun 2006 ditarik balik, kalau beliau seorang pemimpin yang betul-betul berjiwa rakyat.” – Lim Guan Eng (Bagan)

Karpal Singh vs Ibrahim Ali

Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Dia cakap duduk. Katak, katak.
Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Dalam parti DAP pun ada katak!
Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Katak duduk.
Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Eh barua, barua!
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pasir Mas, cukup.

“…rakyat Malaysia ingin tahu berapa juta ringgit dibayar kepada bekas hakim-hakim yang saya hormat seperti Tun Salleh Abbas, kita punya Lord President dan hakim-hakim yang lain. Rakyat mahu tahu berapa juta ringgit dibayar?” – John Fernandez (Seremban)

“Saya diberitahu RM1.5 juta kepada Tun Salleh Abbas dan lain-lain
lagi mungkin RM1 juta. Duit daripada mana duit rakyat kah? Saya tidak reda kalau duit rakyat sebab duit rakyat itu duit cukai saya dan saya tahu mereka-mereka ini dipecat melalui tribunal.” – Ibrahim Ali (Pasir Mas)


http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-02072008.pdf