Showing posts with label zahid. Show all posts
Showing posts with label zahid. Show all posts

Saturday, March 5, 2011

ZAHID: LANGKAH MAYAT SAYA KALAU NAK JATUHKAN NAJIB

"Sesiapa yang berniat untuk MENJATUHKAN NAJIB, mereka harus melangkah tubuh (Zahid Hamidi) ini yang berada di depan tuan-tuan dan puan-puan sekarang ini.

"Kita mesti mempertahankan Najib. Darah yang mengalir di dalam tubuhnya (Najib) adalah darah Tun Razak, darah seorang panglima yang berjuang mempertahankan Umno, BN dan rakyat." - Zahid Hamid, Naib Presiden Umno, ketika berkempen di Merlimau.
http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=6561940305600204763

Dapat kita bayangkan betapa bersemangatnya ucapan Zahid ini di Merlimau.

Kita dah biasa dengan kata-kata semangat ini. Orang utara kata dah mangli.

Dulu Anwar Ibrahim ke sana ke sini membuat kenyataan, Tun Ghafar Baba adalah bapa kepada beliau. Selepas beberapa minggu, Anwar menambah satu ayat lagi, "apa salahnya anak mahu memegang jawatan lebih tinggi dari bapanya?" Maka, terpelantinglah Tun Ghafar.

Situasi yang sama menimpa Tun Dr Mahathir Mohamad. Begitu juga Pak Lah.

Selepas meninggalkan jawatan Tun Dr Mahathir dicaci, dikeji, bukan oleh pembangkang, tetapi oleh pemimpin Umno sendiri.

Oleh itu tak perlulah kata-kata bersemangat Zahid Hamidi ini kita ambil serius sangat. Ianya tak lebih dari untuk mendapat markah tambahan dari Najib dan Rosmah Mansor untuk survival politik beliau.

Realitinya, tiada siapa pun yang berminat untuk menjatuhkan Najib. Kalau adapun niat, hanya di kalangan pemimpin Umno. Sejarah adalah saksi kepada segalanya.

Saturday, October 4, 2008

LAYAKKAH ZAHID, ALI RUSTAM, MAT TAIB & MUHYIDDIN JADI TPM KITA?

ZAHID HAMIDI, MUHAMMAD MUHAMMAD TAIB, MOHD ALI RUSTAM DAN MUHYIDDIN YASSIN: Salah seorang dari mereka bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno Mac 2009.

Ada rezeki, mereka juga bakal Perdana Menteri Malaysia. Ketika dunia diharungi berbagai masalah ekonomi dan politik, timbul lah persoalan siapa di kalangan mereka ini yang layak menjadi Timbalan Perdana Menteri? Atau adakah mereka ini benar-benar layak dan mempunyai kualiti untuk memimpin negara?

Keputusan di tangan lebih kurang 3,000 perwakilan Umno yang akan mengundi di perhimpunan agung Mac nanti. Sebagai pemerhati, kita hanya boleh memerhati dan berdoa agar keputusan yang terbaik dibuat oleh perwakilan Umno nanti dan bahagian-bahagian yang akan bermesyuarat mulai 9 Oktober hingga 9 November.

Buat sementara waktu, kita teliti latarbelakang pendidikan calon-calon Timbalan Presiden Umno.
Zahid Hamidi dilahirkan pada 4 Januari 1953 di Kampung Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Balai dan menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Selepas itu beliau menyampung pengajiannya ke Universiti Malaya dalam bidang Sastera pada tahun 1975.
MOHD ALI RUSTAM: 1956 - 1960: Sekolah Rendah Kebangsaan, Bukit Katil, Melaka; 1961: Sekolah Rendah Kebangsaan, Semabok, Melaka; Malacca High School, Melaka; Menduduki peperiksaan High School Certificate (HSC) sebagai pelajar persendirian; 1984-1986: B.A. (Hons) in Social Science (Economic Development), Universiti Sains Malaysia (USM)

MUHAMMAD MUHAMMAD TAIB: 1953-1959: Sekolah Rendah Inggeris Kuala Kubu Bahru;
1959-1964 Sekolah Menengah Inggeris Sabak Bernam; 1974 menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan sebagai calon persendirian; 1964-1966 Day Teachers' College (DTC), Kuala Lumpur; 1976-1979 B.A (1st Class Hons.) dalam Sejarah dan Pengajian Melayu, Universiti Malaya (Sarjana Muda Sastera (Kepujian Kelas Pertama)

MUHYIDDIN YASSIN: dilahirkan pada 15 Mei 1947 di Muar. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).

PROFESION: Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974). Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Muhyiddin memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana.