Sunday, July 20, 2008

SKETSA PARLIMEN 14 (JULAI 15/08): HAKIM IAN CHIN, KURANG AJAR & SALLEH ABAS

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN

“…saya bangkit soal pemecatan Tun Salleh Abbas kerana pihak kerajaan membayar ex-gratia baru-baru ini yang ada kena-mengena dengan wang cukai rakyat. Berapa banyak yang dibayar? Kenapa dibayar? Sebab pemecatannya dibuat mengikut peraturan." Ibrahim Ali (Pasir Mas)

“Saya lihat menteri (Zaid Ibrahim) yang menjaga undang-undang begitu prihatin dan membayar sendiri, mengunjungi rumah-rumah hakim ini, bekas-bekas hakim ini dan membawa televisyen sekali. Sesudah membayar ex-gratia, bekas-bekas hakim ini bercakap melahirkan perasaan seronok dan kononnya dahulu dizalimi. Jadi seolah-olah ia juga satu bentuk secara tidak langsung satu perbuatan rasuah.”Ibrahim Ali.

“Banyak lagi kes-kes lain yang kerajaan hendak bayar ganti rugi ini. Kecuaian doctor yang berlaku di hospital, apakah kerajaan hendak bayar ganti rugi sama banyak kita bayar kepada hakim-hakim? Yang hilang tangan, yang hilang kaki, yang mati, yang cedera, ataupun
macam UMNO yang bawa Pasir Salak? Dahulu gugur saya sebagai ketua bahagian tanpa sebab, hendak bayar ganti rugi?"
- Ibrahim Ali.

“Hakim Chin ini adalah pernah menyertai Parti Berjaya dan bertanding pilihan raya, kalah dua kali dan dia pernah mendengar satu kes yang membabitkan Datuk Syed Kecik kerana pada waktu itu dikatakan Syed Kechik terlibat dengan penahan ayahnya, bapa kepada Ian Chin ini.” Ibrahim Ali.

“…kelakuan Hakim Ian Chin boleh dikatakan sebagai seorang yang - saya bukan mahu menggunakan perkataan kurang ajar tetapi seorang yang immature, judicial immaturity.” Karpal Singh (Bukit Gelugor).

“Yang kita harap keindahan Palace of Justice ini samalah keindahan bagaimana luhurnya perlembagaan dan kewibawaan hakim-hakim negara kita. Biar padan dengan keindahan bangunan ini. Jangan badan sahaja cantik, bangunannya cantik, dalam tidak cantik. Luar nampak sihat, dalam wayar sudah putus. Ini ada gearbox dah rosak,
tetapi biarlah dalam luar.”
Ibrahim Ali

“Di Sabah dan Sarawak ini memang saya pasti hakim kita, majistret kita menggunakan kereta murah, tempat penginapan murah, tidak ada tuntutan harian. Di sini seperti kata rakan-rakan lain, mewah! menteri pun kalah…Hakim di sini lebih hebat.” - Bung Moktar Radin (Kinabatangan)

“Jika Hakim Ian Chin ini berani, kenapa membuat pertuduhan atas Tun Mahathir Mohamad bahawa perlindungan yang diberi kepada seorang hakim, judicialimmunity. Kenapa hakim ini tidak berani untuk membuat tuduhan itu luar daripada mahkamah.” Karpal Singh

“Kenapakah seorang menteri perlu bawa cek pergi ke seorang bekas hakim yang dipecat dulu? Seperti dispatch boy. Alah, tak malu. Keluar TV lagi. Keluar surat khabar lagi, untuk dapat apa? Untuk hendak buat publisiti sahaja.” Wee Choo Keong (Wangsa Maju).

“Katanya bayaran kepada bekas Ketua Hakim Tun Salleh Abbas, RM1.5 juta. Jikalau RM1.5 juta, duit daripada mana? Duit kerajaankah atau duit siapa? Duit ini duit daripada cukai rakyat.”Ibrahim Ali

“Program Pusat Giat MARA ini, tidak ada tempat yang cukup untuk pelajar-pelajar. Sesetengah tempatnya, macam tempat reban ayam dan tidak boleh mengambil pelajar.” - Ibrahim Ali

“Baru-baru ini seorang, di kawasan saya, di Pendang dipanah petir dan anaknya meninggal dunia. Malangnya apabila dibawa ke unit kecemasan, didapati tiada ambulans kerana tidak ada driver… Anaknya meninggal dunia, dicari driver ambulans tidak ada.” - Dr Mohd. Hayati Othman (Pendang)

Gobalakrishnan (Padang Serai) vs Syed Hamid Albar

Gobalakrishnan: Satu Bandaraya Kuala Lumpur sudah sesak
semalam. Satu Bandaraya Kuala Lumpur sesak kerana kenyataan palsu daripada menteri...
Syed Hamid: Yang Berhormatlah yang menyusahkan rakyat... Sampai rakyat sudah bosan dengan apa yang telah dilakukan Yang Berhormat.
Gobalakrishnan: Saya tidak pernah fitnah, saya tidak pernah....
Syed Hamid: Yang Berhormat the best fitnah, carry on.
Gobalakrishnan: Fitnah, fitnah!... [Dewan riuh]
Syed Hamid: Yang Berhormat tidak usah cakap bohong. Tiap-tiap kali Yang Berhormat cakap bohong apabila mahu menegakkan sesuatu yang tak betul.
Gobalakrishnan: Yang Berhormat Menteri, penipu semalam...
Syed Hamid: Unparliamentarily. Yang Berhormat jaga baik bahasa Yang Berhormat...

No comments: