
Semalam, bekas Menteri Besar Kedah itu muncul semula dengan "nukilan" nya mengenai peralihan kuasa dari Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib Razak.
Kalau dilihat pada kata-kata yang dilontarkan, ia seolah-olah memberi gambaran Sanusi melepas geramnya.
Antara ungkapan dalam tulisannya:
"Perlu diingat bahawa Tun Dr. Mahathir menyetujui usul sedemikian dibenarkan ialah untuk melindungi timbalannya dari dijatuhkan, dan bukan kerana timbalannya akan menjatuhkan beliau; sebaliknya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menghendaki keputusan sedemikian kerana dia takut dikalahkan oleh timbalannya."
"Tetapi Dato' Seri Abdullah lebih bergantung kepada anak, menantu dan rakan-rakan menantunya. Ternyata teori-teori dari Oxford, Cambridge dan lain-lain universiti, gagal dalam menghadapi realiti politik di Malaysia."
"Dato' Seri Abdullah leka dengan propaganda medianya dan orang-orangnya sendiri. Rakyat terus susah, UMNO dan BN semakin parah. Cukuplah Dollah, sudah sampai masanya saudara memecat diri saudara sendiri. "
Blog Sanusi: http://sanusijunid.blogspot.com/
1 comment:
Salam hormat...
Hanya dengan kenyataan peralihan kuasa, ahli um-NO dah merasa lega kerana mereka mudah dibutakan mata dan hati untuk menilai konsep demokrasi di dalam parti.
Belum pun peringkat cawangan bermula, kenyataan semua bahagian akan mencalonkan BODOlah & Timb. telah keluar.
Secara tidak langsung, para ahli "diarahkan" untuk membuat keputusan yang sama. Kalau tidak kena cantas.
Sah sudah bahawa puak um-NO ini masih tidak sedar bahawa pemimpin mereka bukan berjuang membantu bangsa tetapi lebih kepada mempertahankan status quo mereka.
Bukan apa, nak bagi elokkk...
-SANG TUBA-
p/s: Walaupun mengantuk, tapi tidak mamai
Post a Comment