Friday, July 25, 2008

KES ANWAR: PERLUKAH CAMDESSUS, WOLFENSOHN & MARTIN MEMBUAT DESAKAN?

CAMPURTANGAN? CAMDESSUS dan Wolfensohn adalah antara dua nama yang mana rakyat Asia tidak dapat lupakan ketika seluruh Asia dihumban ke kancah krisis ekonomi. Orang yang ketiga ialah George Soros yang mengenengahkan konsep “masyarakat terbuka” (Open Society) di negara-negara dunia ketiga.

Bayangan Camdessus berdiri berpeluk tubuh (gambar) memerhatikan Allahyarham Presiden Suharto menandatangani perjanjian memohon bantuan IMF untuk Indonesia kekal diingatan kita semua.

Sesetengah pihak mengkritik “body language” (perlakuan) Camdessus yang dilihat menghina orang Islam, Indonesia dan Asia.

Perlakuan beliau ketika itu dilihat sebagai pejajahan baru Barat terhadap Asia (neo-colonialism).
Hari ini Camdessus, Wolfensohn dan bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin, mengeluarkan satu kenyataan mahukan tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim digugurkan.


“We want also to express our confidence that whatever the present political circumstances, the Government of Malaysia will exert a particular restraint in the handling of this case and will demonstrate, by dropping the charges introduced against Dr. Anwar Ibrahim, an exemplary sense of respect for the rights of the individual which are so important to the international standing of Malaysia. "

(Kami ingin menyatakan keyakinan kami bahawa dalam apa suasana politik sekali pun, Kerajaan Malaysia hendaklah mengelakkan daripada menggunakan tekanan dalam mengendalikan kes ini dan ini hanya dapat dibuktikan dengan mengugurkan dakwaan terhadap Dr Anwar Ibrahim sebagai tanda Malaysia menghormati hak kebebasan individu yang mana menjadi ukuran penting kepada imej dan status Malaysia di mata antarabangsa).


Adakah kenyataan ini menggambarkan campurtangan pemimpin asing terhadap hal-ehwal negara?

Kenyataan Camdessus, Wolfensohn dan Martin: http://www.marketwatch.com/news/story/letter-support-honorable-datuk-seri/story.aspx?guid=%7BB22D313B-9A64-436C-8A52-E5D97DB416F7%7D&dist=hppr

No comments: