Sunday, July 27, 2008

MUAR SAYANG KULI?

Muarani, Bandar A, Bandar, Parit Perupuk Laut, Sungai Balang, Kampung Indah Parit Bugis, Seri Kemang, Sungai Kelat, Sungai Pulai, Seri Rahmat, Seri Pantai and Paya Lebar.

Kesemua 12 cawangan Umno dalam Bahagian Muar ini telah membuat ketetapan mahukan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan Presiden Disember ini.

Dua lagi cawangan – Seri Bendahara dan Long Mamat - yang sama-sama bermesyuarat tidak membuat sebarang ketetapan.

Apapun ketetapan ini tidak membawa apa-apa makna dalam menentukan kelayakan untuk bertanding.

Kata Sang Tuba dalam komennya di blog ini “setiap usul yang dipersetujui oleh cawangan yang bertentangan dengan ketetapan bahagian pastinya akan sampai ke bakul sampah.”

Bagaimanapun, pencalonan seumpama ini pasti memberi sokongan moral kepada Tengku Razaleigh. Ia juga merupakan mesej kepada pucuk pimpinan bahawa akar umbi mengidam satu perubahan dalam kepimpinan Umno.

Suasana hari ini berbeza dengan 2004. Pada ketika itu, Tengku Razaleigh hanya mendapat pencalonan dari bahagian beliau, Gua Musang, untuk bertanding jawatan presiden dan tiada sebarang cawangan membuat ketetapan seperti hari ini.

Rujukan: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/7/27/nation/21934945&sec=nation

1 comment:

Sang Tuba said...

Salam hormat...

Walaupun ditakdirkan bahawa KU-LI tidak dapat memenuhi kuota utk bertanding, perkara ini bukanlah sesuatu yang mengkezutkan kita.

KU-LI sendiri pernah menyatakan bahawa beliau pasti menang sekiranya tiada keperluan untuk memenuhi kuota.

Najib pun pernah kata bahawa usul sebegitu tidak membawa sebarang makna kerana Bahagian dah mengambil ketetapan untuk menyokong pelan peralihan kuasa.

Tetapi diharap mesej sampai kepada yg dok di atas bahawa mereka tidak mendapat sokongan kuat akar umbi seperti yang diwar-warkan. Hanya segelintir di peringkat bahagian yang mudah dibeli dgn harga murah sahaja yang dok menyokong.

Kesimpulannya adalah suara akar umbi ahli um-NO memang telah disekat dari bawah lagi. Jadi, buat apa membuang masa terhegeh-heger ke mesyuarat cawangan hanya sekadar untuk mencukupkan korum???

Bukan apa, nak bagi elokkk...

-SANG TUBA-

p/s: apakah nilai/untungnya menjadi ahli um-NO terutama yg berada di akar umbi?