TAHNIAH kepada akhbar The Star dan Ketua Polis Negara.
Kepada The Star kerana memperincikan bagaimana peralatan yang rendah mutunya dibekalkan kepada anggota polis kita termasuk mereka yang bertugas di Timur Leste, negara yang diancam kucar kacir.
Kepada Musa Hassan atas penubuhan satu jawatankuasa untuk menyiasat skandal tersebut yang melibatkan pembekalan RM100 juta peralatan tidak bemutu kepada anggota polis.
Menurut sumber akhbar tersebut, skandal ini adalah “suatu kes yang penuh dengan ketamakan, rasuah dan penyelewengan melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai polis”
BPR sedang menyiasat kes skandal ini dan 12 orang termasuk pegawai kerajaan dan polis diletakkan di bawah siasatan.
Kita tunggu siasatan kes ini dan tindakan seterusnya Jabatan Polis.
Terjemahan dari grafik muka hadapan akhbar The Star.
PERALATAN YANG DISANGSIKAN
· Baju kalis peluru dan topi keledar yang tidak pasti keselamatannya dan diuji spesifikasinya.
· Boot SWAT yang pada kolarnya yang mempunyai ciri-ciri yang ianya diperbuat dari kulit babi, tumit tapak kasut yang mudah tanggal sementara boot yang digunakan anggota polis trafik didapati tidak kalis air.
· Boot yang digunakan oleh anggota FRU yang bertugas di Timur Leste didapati mudah ditembusi paku.
· Lampu amaran trafik yang digunakan untuk sekatan jalan didapati tidak cukup terang sementara papan tanda dan kon amaran yang digunakan semasa sekatan jalan tidak tahan lama dan mudah rosak.
· Bantal yang digunakan anggota rekrut polis boleh menjadi alat mudah terbakar sementara katil besi, tilam dan bantal tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.
· Parang yang dibekalkan mudah berkarat and patah.
Thursday, July 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Isu yang tidak pelik dalam negara. Polis yang diselaputi rasuah dari atas kebawah memang elok pembelian peralatannya berlaku rasuah.
Dalam PDRM ini kalau nak cari yang bersih betul tanpa rasuah dan tanpa penyelewengan kuasa, macam nak cari jarum karat dalam padang bola.
Masyarakat marahkan Anwar hingga sanggup merestui perbuatan Rahim Noor. Itu Ketua Polis tu.
Post a Comment