Friday, August 1, 2008

CORAT-CORET: INUL ENGGAK BOLEH, PUSSYCAT DOLLS OK!

PERSEMBAHAN PUSSYCAT DOLLS DI SUNWAY PADA 2006

SERING kali kita tertanya-tanya apakah garis panduan yang digunakan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menentukan artis mana yang boleh berkonsert di Malaysia dan artis mana yang tidak.

Baru-baru ini Inul Daratista, “ratu goyang ngebor” atau “ratu gerudi” tidak dibenarkan mengadakan konsert di Johor Bharu dan Kuala Lumpur kerana “mengancam keselamatan dalam negara”.

Esok the Pussycat Dolls akan mengadakan persembahan di Arena of Stars, Genting Highland, sempena majlis MTV Asia Awards.

Apakah Pussycat Dolls tidak mengancam keselamatan negara? Kalau diambil kira persembahan Pussycat Dolls di Malaysia pada 2006, ianya lebih mengaibkan dan memudaratkan kepada moral anak-anak muda.

Esok golongan menengah dan menengah atasan akan berpusu-pusu ke Genting Highlands untuk berhibur bersama Pussycat Dolls.

Jelapang hendak bertanya kepada pihak berwajib, kenapa Inul enggak boleh tetapi Pussycat Dolls OK?

Adakah kerana Inul dari Indonesia dan Pussycat Dolls dari Amerika? Atau adakah persembahan Inul tempoh hari untuk golongan bawahan sementara Pussycat Dolls untuk golongan menengah?

Kenapa perlu ada dua “standard” untuk tentukan artis mana yang boleh dan artis mana yang tidak?

http://star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2006/7/28/music/14969885&sec=music
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/National/2309101/Article/index_html

PUSSYCAT DOLLS KETIKA BERAKSI DI SUNWAY PADA 2006

No comments: