Kenyataan Shahril semalam menerusi Utusan Malaysia jelaskan kenapa website Malaysia Today di sekat oleh Suruhanjaya tersebut.
Laporan Utusan Malaysia:
Malaysia Today disekat kerana menghina nabi
Oleh NIZAM HAMID
KUALA LUMPUR 29 Ogos – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bertindak menyekat laman web Malaysia Today kerana artikel penulis blog itu dan tulisan-tulisan pembacanya yang didapati menghina Nabi Muhammad.
Oleh NIZAM HAMID
KUALA LUMPUR 29 Ogos – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bertindak menyekat laman web Malaysia Today kerana artikel penulis blog itu dan tulisan-tulisan pembacanya yang didapati menghina Nabi Muhammad.
Ketua Pegawai Operasi SKMM, Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi berkata, artikel tersebut didapati cuba membandingkan Nabi Muhammad dengan perlakuan bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein dan pemimpin Al Qaida, Osama Bin Laden.
‘‘Kita telah memantau laman web tersebut sejak beberapa bulan lalu dan dapati tulisan pembacanya berterusan menghina Nabi Muhammad,” katanya ketika dihubungi malam ini.
Mengulas sekatan terhadap laman web tersebut sejak beberapa hari lalu, beliau berkata, kes itu akan dirujuk kepada agensi kerajaan yang lain termasuk Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, laman web Malaysia Today bukan yang pertama disekat kerana sejak Januari lalu sebanyak 126 laman web telah disekat kerana melanggar pelbagai peraturan termasuk cubaan menipu pengguna Internet.
‘‘Dalam bulan Ogos sahaja, sebanyak 24 laman web telah disekat termasuk Malaysia Today,” ujarnya.
Mohamed Shahril juga menolak dakwaan pihak tertentu kononnya sekatan terhadap Malaysia Today bermotifkan politik terutama apabila melibatkan tulisan mengenai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
‘‘Sudah lama Malaysia Today menulis mengenai Najib dan pelbagai isu politik lain tetapi kami tidak pernah menyekat laman web itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment