Sunday, August 10, 2008

TERIMA KASIH, JEANNE

"Pada mulanya saya mengaji seperti seekor burung kakak tua, hanya untuk khatam sahaja, tetapi satu hari apabila saya baca surah Al-Fatihah, dan tahu maknanya, akhirnya saya menangis...kerana saya sedar bahawa (apa yang ada pada ayat Al-Fatihah) ialah apa yang saya hajatkan (iaitu) untuk Allah membawa saya ke jalan yang betul."

"Sehingga saya faham maknanya, barulah saya sedar betapa indahnya (Al-Quran) dan dengan mengaji setiap hari, saya temui sesuatu yang baru dalamnya."

"Apabila saya beritahu emak saya bahawa saya mahu memeluk agama Islam, beliau menasihatkan saya supaya jangan berbuat sesuatu perkara yang saya tidak pasti, tetapi (jika saya pasti) beliau menasihatkan saya supaya menjadi seorang yang baik dan bercakap kepada seseorang yang boleh membantu saya (menjadi seorang umat Islam yang baik)."

"Ibubapa saya gembira apabila mereka tahu apa yang sebenarnya saya mahu dan selepas saya memeluk agama Islam pada usia 23 tahun, kita mengunjungi antara satu sama lain dan hubungan kekeluargaan tidak pernah putus hanya kerana berlainan agama dan kepercayaan."

"Emak saya beritahu saya supaya saya mesti solat dan memohon kepada Allah supaya membimbing saya dan membawa saya ke jalan betul dan menjadi seorang umat Islam yang baik."

P/S: Ungkapan-ungkapan ini dibuat oleh Jeanne Abdullah, isteri Abdullah Ahmad Badawi, pada perasmian Konvensyen Islam Peringkat Nasional. Kepada mereka terutamanya Majlis Peguam yang tidak mengenali dan memahami Islam, kenal lah Islam. Seperti kata Jeanne, Islam itu indah. Terima kasih Jeanne.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=351776

2 comments:

Panglima Perang Cyber said...

Inilah calon terbaik ; isteri PM kita yang patut menjadi Penaung kepada mualaf-mualaf di Malaysia...berdasarkan pengalamnnya memeluk Islam sejak 30 tahun dulu...

Moga perubahan bertudung akan kekal di setiap majlis yang dihadirinya.

Shamsul Nizam (SAM) said...

Salam hormat...

Islan tu memang sangat indah sekiranya kita benar-benar mengenali-Nya.

Lebih indah sekiranya dapat menjadi isteri kepada Imam Besar Islam Ada Had Ada Hari. Heheheee...

Adakah kenyataan yang sama akan dibuat sekiranya beliau tidak menjadi isteri PM???... Entah ler...

Bukan apa, nak bagi elokkk...

-SANG TUBA-

p/s: Indahnya Iman di saluran 106 Astro