Monday, August 25, 2008

SKETSA PARLIMEN 16 (OGOS 18/08) : RAIS YATIM: KALAH, KALAH, KALAH!

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN
Rais Yatim: Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita kecewa dengan penghakiman ICJ atau Mahkamah Antarabangsa pada 23 Mei 2008 yang menyebelahi Singapura berhubung Batu Puteh, kita bersyukur kerana telah diputuskan oleh mahkamah tersebut sebagai mengekalkan hak milik dan kedaulatan ke atas Batuan Tengah.

M. Kula Segaran (Ipoh Barat): Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, semasa ICJ membuat satu keputusan memberi sovereignty Pulau Batu Puteh yang telah mendukacitakan semua rakyat Malaysia, hanya ada seorang sahaja dalam Malaysia ini yang
menyatakan win-win iaitu Yang Berhormat Menteri sendiri. Kita semua sangat hairan dengan kenyataan tersebut. Apakah asas di mana boleh dikatakan ‘win-win’?

Rais: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, apabila selesai
keputusan Mahkamah Antarabangsa di Hague pada 23 Mei itu, saya yang mewakili negara di hadapan media dunia dengan pelbagai cengkerama dan juga pelbagai dugaan. Terfikir oleh saya perkataan ‘menang-menang’ itulah yang paling tepat bagi negara kita. Kalau Yang Berhormat Ipoh Barat berada di Hague pada masa itu, mungkin Yang Berhormat sahajalah manusia yang akan kata, ‘kalah, kalah, kalah, kalah, kalah’. Jadi, pandangan yang seperti ini, saya menyampaikan secara lunak dan secara yang boleh tersisip di dalam jiwa Yang Berhormat Ipoh Barat. Kalau kita kalah Batuan Tengah, kalau kalah Tubir Selatan, baru saya akur kepada ‘kalah, kalah, kalah’. Akan tetapi oleh sebab penghakiman itu menyatakan dengan jelas bahawa kita dapat Batuan Tengah dan Tubir Selatan, takkan saya kata, ‘kalah, kalah, kalah’?

Rais: Oleh sebab itulah, saya sebut ‘menang-menang’ situasinya. Tinggal lagi, ‘lain padang, lain belalang’, ‘lain lubuk, lain ikannya’. Mungkin rambut sama yang hitam, tetapi pandangan juga tidak sama tekanannya.

“Kos perkhidmatan SPANCO kepada kerajaan bagi tempoh 2004 hingga 2007 adalah seperti berikut; Untuk tahun 2004, kos sewaan 4,951 buah kereta adalah RM89.6 juta dan kos selenggaraan adalah RM25.8 juta. Untuk tahun 2005, sebanyak 5,089 buah kereta disewa atas kos RM77.5 juta dan kos selenggaraan adalah RM24.4 juta. Untuk tahun 2006, sebanyak 5,591 buah kereta disewa atas kos.” - Timbalan Menteri Kewangan II Kong Cho Ha

“Selenggaraan untuk tahun 2006 adalah RM20.9 juta dan untuk
tahun 2007 sebanyak 5,890 buah kereta disewa atas kos RM87.3 juta dan selenggaraan RM24.5 juta.”
Kong.

“Kos purata penyelenggaraan berkala tahunan yang dikenakan bagi kereta Proton Perdana V6 adalah sebanyak RM2,373 iaitu 55% lebih rendah daripada kos penyelenggaraan standard bagi kereta Mercedes Benz sebanyak RM3.693.” - Kong.
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-18082008.pdf

No comments: