Showing posts with label sketsa parliment. Show all posts
Showing posts with label sketsa parliment. Show all posts

Saturday, October 31, 2009

SIAPA MAT AZIZ UNTUK MENGAJAR PM?

Bisa betul kata-kata Mohamad Aziz, Ahli Parlimen Sri Gading. Khamis lepas beliau mendesak Ong Tee Keat dan Koh Tsu Koon meletakkan jawatan dalam kabinet kerana didakwa tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Jarang sekali kita mendengar anggota Parlimen dari BN mengkritik Menteri dari BN. Mohamad Aziz salah seorang yang lain dari yang lain.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_02.htm

Persoalannya siapa Mohamad Aziz untuk menilai samada Tee Keat dan Tsu Koon diterima rakyat atau tidak?

Sedarkah Mohamad Aziz bahawa Tsu Koon dan Tee Keat adalah Menteri Kabinet yang dipilih oleh Najib Razak dan bukan dipilih oleh beliau? Mereka dipilih kerana Najib yakin akan kemampuan mereka untuk membantu beliau dalam mentadbir negara.

Tindakan Mohamad Aziz mempertikaikan kedudukan mereka di dalam kabinet akan dilihat sebagai tindakan mempertikaikan kebijaksanaan Najib memilih mereka sebagai Menteri.

Masalah dengan Mohamad Aziz ialah tuduhan beliau tidak disertakan dengan asas. Hanya berdasarkan persepsi beliau sahaja. Berikut ialah kenyataan Mohamad Aziz semasa mengkritik Tee Keat dan Tsu Koon di Parlimen.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]:Tetapi kalau Menteri Kabinet, maruah dia, imej sudah jatuh di hadapan rakyat, bagaimana dia hendak membantu Perdana Menteri.
Kalau ada Menteri Kabinet yang hilang kepercayaan daripada ahli partinya, buat apa tunggu menjadi ahli Kabinet, berhenti! [Ketawa]


Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading, apakah Yang Berhormat Sri Gading merujuk kepada Presiden MCA? Yang sudah kalah dalam EGM yang dia undi, dan sebelum undi dia kata, kalau kalah salah satu dia akan berhenti, bermakna dia tipulah.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Kinabatangan, sudah terang lagi bersuluh, [Ketawa] kalau ada harga diri, kalau ada maruah diri berhenti, jangan menyusahkan Perdana Menteri...

Mentang-mentang awak presiden parti yang tidak lagi mendapat kepercayaan daripada ahli, berhenti. Orang lain dalam MCA boleh menggantikan tempat, apa you seorang sahaja yang pandai, [Ketawa] [Disampuk] Jangan batu api... [Ketawa]

Saya bercakap kepentingan rakyat, kadangkala Perdana Menteri, dia seorang yang bermaruah, tetapi menterinya harus juga bermaruah, sedarlah diri, kalau ada muka, berhenti buat apa tunggu, kalau kepimpinannya tidak berkesan. Ini saya bercakap dari segi apa yang dirasai oleh sebahagian rakyat bukan sebahagian kecil. Ini ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, menteri pun harus bersikap rakyat didahulukan, rakyatnya tidak mahu, jalan. Jangan tunggu...

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib [Langkawi]: Jangan main-main.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Dato' Sri Mohd. Najib orang yang serius, saya tabik, salute, kita rasa amat bahagia mendapat seorang Perdana Menteri yang begitu tinggi harapannya untuk memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri. Ini Menteri sudah tidak dapat kepercayaan buat apa tunggu,

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib [Langkawi]: Cabutlah.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Get out you. [Ketawa] Ini ada Menteri, jaga KPI, dia punya diri pun tidak ada KPI. [Ketawa] Saya bercakap secara terus terang, saya peduli apa, saya orang lama dalam politik, saya berhak apa saya hendak cakap, hendak jawab, jawablah

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Sikit, sikit sahaja. [Ketawa] Adakah Yang Berhormat, dengan terus terang mencadangkan bahawa bukan sahaja Presiden MCA, tetapi Presiden Gerakan pun patut undur. [Ketawa]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Sudah terang lagi bersuluh. [Ketawa] Jaga KPI, kalau diri sendiri tidak ada KPI, kakitangan di bawah hilang kepercayaan, bagaimana kekesanan kita sebagai Menteri. Saya hendak berterus terang. No, no...

Kesian kawan saya di Batu Kawan, dahulu dia seorang Ahli Parlimen yang baik, tetapi kawasan ini dirampas oleh presidennya, presidennya bertanding kalah. Kalah satu negeri. Selepas itu hendak jaga KPI. Saya minta maaf [Disampuk] ini kuasa Perdana Menteri, tetapi saya sebagai Ahli Parlimen, wakil rakyat, suara Ahli Parlimen juga harus didengar walaupun ini kuasa Perdana Menteri...

...jadi Senator minta maaf, masuk pintu belakang jadi Menteri, tetapi setelah menjadi Senator, jadi Menteri tidak datang pun ke Parlimen ini, Perdana Menteri datang, dia datang. Kalau Perdana Menteri tidak ada, dia pun tidak ada, ini namanya Menteri mengampu. http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-29102009.pdf

Memang benar Koh Tsu Koon tidak mendapat sokongan rakyat apabila ditolak oleh pengundi Batu Kawan semasa pilihanraya umum 2008 yang lalu. Memang benar Tee Keat ditolak oleh parti beliau sendiri sebagai Presiden MCA semasa mesyuarat luarbiasa baru-baru ini.

Penolakan ini tidak bermaksud Tee Keat and Tsu Koon tidak mampu melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai Menteri. Kalau penolakan ini dijadikan asas, maka pemimpin-pemimpin Umno yang kalah semasa pemilihan Umno awal tahun ini juga perlu digugurkan dari Kabinet kerana mereka juga tidak mendapat sokongan ahli-ahli Umno. Begitu juga dengan Menteri-Menteri Besar yang tewas. Menteri-Menteri dan Menteri Besar-Menteri Besar yang membuat keputusan untuk tidak bertanding dan bersemuka dengan ahli semasa pemilihan yang lalu perlu juga digugurkan.

Sebenarnya kedudukan mereka dalam Kabinet hendaklah ditentukan berdasarkan prestasi mereka sebagai Menteri. Kalau Tee Keat dan Tsu Koon tidak mampu menjalankan tugas dengan baik, menjadi tanggungjawab Najib menyingkirkan mereka dari Kabinet.

Dan Najib tidak memerlukan Ahli Parlimen seperti Mohamad Aziz untuk memberi pandangan mengenai Kabinet beliau.

Protes dari ahli Gerakan: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

Saturday, March 14, 2009

SKETSA PARLIMEN 6 (FEB 24/09): TENTERA, LAGU P.RAMLEE,TAIB MAHMUD & CORRUPT

Isu-isu kematian 6 orang di tembak polis di Kampung
Kemunting Karangan Kulim.

Ada penjenayah, polis pergi hendak tangkap mereka, mereka tembak kepada polis, untuk mempertahankan diri, polis tembak balik, semua mati, selalu macam ini. Apa yang pelik ialah biasanya tiada seorang polis pun yang kena peluru, tidak cedera. Biasanya kereta polis pun tidak ada tanda peluru. - Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput)

Bukan, bukan hendak polis mati. Akan tetapi apa yang saya tanya it’s a status of imagination. Tiap kali ada macam ini, shoot out, tiap kali hanya penjahat semua mati sekali tetapi tidak ada satu tanda pun kereta polis pun tidak kena peluru. Jadi, ertinya jika apa yang polis kata ini betul, mereka ditembak dahulu ertinya penjenayah di Malaysia ini are very bad shot. Tidak boleh tembak dengan betul. Jadi, you boleh ambil masa, jangan tembak kepada kepala, jangan tembak pada dada, tembak kaki dia lah. Kenapa tembak sampai mati? . - Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput)

Hendak buat macam mana, polis ada latihan. Perompak, penyamun, gengster ini tembak kalau kena ada banyak polis yang kena. Jadi, kita hendak suruh polis mati, itu kita tidak ada apa-apa. Perompak, penjenayah ini kadang-kadang dia sudah bunuh orang, sudah rompak orang, rogol orang. Apa kita hendak menyebelahi penjenayah? - Mohamad Aziz (Sri Gading)

(Peristiwa Sauk) … pegawai-pegawai tentera lebih prihatin tentang nyawa manusia. Polis kalau dia tangkap, dia bunuh tetapi kerana pegawai tentera terlibat (di Sauk) mereka mainkan lagu P. Ramlee. - Gobalakrishnan (Padang Serai)

Mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)

Saya amat tertarik dengan apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri pagi ini bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ditubuhkan kerana BPR sebelum ini sudah tidak berkesan. Dilihat sebagai mengamalkan penguatkuasaan secara berpilih dihantui, dikaburi oleh prasangka dan juga tidak profesional. Itulah sebab SPRM ditubuhkan. Kalau begitu mengapakah orang yang sama yang dulunya menjawat jawatan penting di BPR, sekarang pula menjawat jawatan penting di SPRM? - Lim Guan Eng (Bagan)

Mengenai etika Ahli Parlimen

… kita lupa bahawa rakyat telah memberi tempat kepada kita di Parlimen untuk mempertahankan hak rakyat di negara ini. Kita juga lupa bahawa rakyat meletakkan kita di sini bukan untuk menjadi pelakon filem cowboy dalam adegan tembak menembak antara satu sama lain dan kadang-kadang saya lihat Dewan yang mulia ini sudah macam pekan Cowboy. - Halimah Sadique (Tenggara)


Ahli Parlimen Kuala Krau (Ismail Said), saya harap saudara juga insaf tarbiah. Saya percaya saudara perlu ditarbiah kerana apabila saya mengatakan ini saya tidak melihat apa-apa pun unsur insaf di dalam kamu itu. Cara kamu kata itu saya sedih, saya sanggup memberikan nombor telefon Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz. Saya boleh berikan. Saya kenal Yang Amat Berhormat Tok Guru Nik Aziz sebagai seorang manusia yang boleh mendidik, mentarbiah, manusia yang jahat pun menjadi manusia yang baik. Saya berkenalan dengan Yang Amat Berhormat Tok Guru Nik Aziz 10 tahun. Kalau perlu Kuala Krau hubungi saya ataupun saya boleh mengambil cuti membawa, memandu kamu ke Kota Bharu. - Gobalakrishnan (Padang Serai)

Mengenai politik Sarawak

Kerajaan Negeri Sarawak pimpinan Taib Mahmud dikatakan satu kerajaan yang paling corrupt dan saya katakan itu adalah kerajaan yang paling corrupt dan di antara mereka yang mendalangi ini adalah Ahli Parlimen Kapit. – Gobalakrishnan (Padang Serai)

http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-24022009.pdf

Sunday, March 8, 2009

SKETSA PARLIMEN 4 (FEB 19/09): ANWAR & RASUAH POLITIK

Hari ke 4 di Parlimen banyak tertumpu kepada luahan perasaan Anwar Ibrahim yang menuduh BN mengamalkan rasuah politik untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat. Berikut ialah antara petikan ucapan-ucapan menarik pada hari tersebut.

Karpal Singh: Saya ada membongkar satu pita audio di mana terus terang Tan Sri Zaki sebagai Ketua Hakim Negara ada mengambil bahagian dalam rasuah.

Mohd. Puad Zarkashi (Batu Pahat): Banyak kes rasuah lambat diambil tindakan (oleh SPRM) tidak ada keputusan. Sebagai contohnya kalau kita lihat pembinaan Kompleks Kastam Kelana Jaya, Projek Penjara Kuching RM165 juta, kes penglibatan pegawai JPA terlibat dalam kegiatan judi. Berhampiran judi haram, berhampiran dengan Balai Polis Sekinchan ataupun sebelum ini kita dengar tentang kes baik pulih SRJK(C) Man Hwa di Kampung Selamat, Kepala Batas. Apa sebenarnya tindakan yang sudah diambil? Kenapa begitu lambat? Termasuklah beli lembu korban 46 ekor RM110 ribu. Lembu korban pun jadi korban.

Puad Zarkashi: Saya bersetuju bahawa dalam soal pembaziran bahawa ini kita hapuskan sahaja kaedah pemberian terus sahaja sebab ini sebenarnya yang menjadi ruang berlakunya rasuah ataupun pembaziran dana awam. Bayangkan RMK-9 ini jumlah yang dibelanjakan ialah sebanyak RM220 bilion. Kalau 1% sahaja yang dibazirkan iaitu sebanyak RM2.2 bilion bayangkan RM2.2 bilion ini banyak perkara yang boleh kita buat.

Oleh kerana itu, saya merasakan bahawa ini harus diberi perhatian kaedahnya pembaziran ini termasuklah pembelian kereta Camry di Perak dan di Selangor. Ini pun tidak telus sekejap RM1 juta kemudian RM2 juta dan lebih malang lagi di Perak,
Gendang gendut tali kecapi,
Jemput makan nasi beriani,
Apalah malang nasibnya diri,
Nizar beli Camry dapat pada Zambri.

Saifuddin Nasution Ismail (Machang): Apa pandangan YB Batu Pahat kalau saya katakan bahawa Kerajaan BN di Sarawak, Ketua Menterinya deretan Rolls Royce, Timbalan Ketua Menterinya dua orang, kereta rasminya BMW 7 Series. Ex Officio, Pegawai
Undang-undang, Pegawai Kewangan, Setiausaha Kerajaan Negeri pula Kompresor, Menteri pula Mercedes. Siapa yang pakai Camry JUSA ‘A’, ‘B’, ‘C’? JUSA sahaja.

Puad Zarkashi: Sebab itu saya kata kaedah pemberian terus ini mesti dihapuskan, mesti di tender juga atau dilelong dan sebagainya. Kalau tidak nanti, screwdriver harga RM5, beli dengan harga RM136.

Anwar Ibrahim: Retorik derhaka, derhaka, derhaka itu hanya untuk melindungi pekung rasuah jenayah yang dilakukan dan derhaka itu tidak ada maknanya. Sekarang konon-kononnya orang yang meraut, mengaut kekayaan berbilion ringgit menjadi pejuang, yang miskin kerdil menjadi penderhaka. Sejak bila Sejarah Melayu mengajar kita begitu?

Anwar Ibrahim: YB Bukit Gelugor (Karpal Singh) memilih untuk menegur saya dan ini dijadikan isu besar oleh YB Batu Pahat kerana dalam tradisi UMNO dan budaya, Perdana Menteri tidak boleh ditegur. Akan tetapi dalam budaya kita, saya ditegur agak garang juga oleh singa Bukit Gelugor ini tetapi saya anggap sebagai teguran yang baik, saya boleh bekerja dan tidak ada masalah bagi saya.

…dalam UMNO dan BN. Apa yang diperintah oleh PM dan TPM itu macam fatwa nabi semuanya. Itu sebabnya jadi rosak, punah, tidak berani bangun untuk membuat teguran.

Anwar Ibrahim: Percubaan yang dilakukan oleh pimpinan UMNO termasuk TPM dan pemimpin-pemimpin, mengugut, melarikan orang, memberikan rasuah dengan jenayah yang besar, ini hanya meneruskan rekod dan tradisi rasuah yang memang dipalitkan kepada tokoh-tokoh berkenaan.

Anwar Ibrahim: Ini politik kotor, jijik, politik hambar, politik yang melibatkan pembunuhan, penculikan dan rasuah. Orang yang terlibat dalam ketiga-tiga kes ini nak diamanahkan jaga pimpinan negara ini, ini dia politik yang di banggakan.

http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-19022009.pdf

Friday, March 6, 2009

SKETSA PARLIMEN 2 (FEB 17/09): HINA RAJA & BUANG KERJA

Menteri Sumber Manusia S. Subramaniam: Dari bulan Oktober 2008 hingga sekarang, seramai 10,277 pekerja tempatan telah diberhentikan kerja secara tetap. Sementara itu seramai 4,550 telah diberhentikan kerja secara sukarela melalui sistem VSS.

Menteri Kewangan Najib Razak: Memandangkan persekitaran antarabangsa yang semakin mencabar, sebagai sebuah ekonomi terbuka, negara kita juga dijangka menerima kesan daripada kelembapan ekonomi dan perdagangan dunia. Trend ini dapat dilihat sejak bulan Oktober 2008 di mana penunjuk-penunjuk ekonomi utama seperti eksport negara mengalami penurunan sebanyak -2.6% dalam bulan Oktober dan begitu juga bagi November -4.9% dan Disember -14.9%. Manakala Indeks.

Pengeluaran Perindustrian (IPI) juga merosot dalam tempoh yang sama iaitu Oktober -2.8%, November -8.2% dan Disember -15.5%.


Jumlah pemberhentian pekerja bagi tempoh Oktober 2008 hingga Januari 2009 adalah seramai 11,595 orang sementara di bawah Skim Pemberhentian Sukarela adalah seramai 2,752 orang dalam tempoh yang sama. Harga komoditi terus berada pada paras yang rendah.

Harga minyak mentah (WTI) kini berada pada paras purata USD40 setong berbanding paras tertinggi USD147 setong pada 15 Julai 2008. Harga minyak sawit juga terjejas pada paras purata RM1800 setan metrik berbanding paras tertinggi RM4203 setan metrik pada 4 Mac 2008, manakala harga getah terus rendah pada paras RM4.50 sekilogram berbanding dengan RM10.52 sekilogram pada 2 Julai 2008.

Razali Ibrahim (Muar): Hari ini kita tengok dalam surat khabar, dalam blog-blog menyatakan ketua agama ataupun pegawai mufti negeri dipanggil anjing, adakah ini perkara yang kita galakkan di kalangan masyarakat walaupun ada keterbukaan dan kebebasan.

Khalid Samad (Shah Alam): Amalan UMNO-Barisan Nasional, untuk mengheret Institusi Raja-Raja dalam perkara ini merupakan satu amalan yang menghina Institusi Raja-Raja Melayu, dan perkara inilah yang ditentang oleh rakyat jelata. Yang Berhormat Muar perlu mengiktiraf hakikat bahawa peristiwa yang berlaku pada hari Jumaat itu di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, merupakan satu luahan kekecewaan rakyat yang tidak di orchestrated dengan izin, oleh mana-mana pihak, tetapi apabila rakyat melihat bahawa kerajaan yang dipilih oleh mereka melalui satu pilihan raya yang sah, dirampas dengan menggunakan dan memperalatkan Institusi Raja-Raja adalah ianya merupakan satu tindakan yang tidak boleh diterima oleh rakyat, yang sayang kepada raja-raja mereka dan ingin supaya Raja-Raja ini diselamatkan daripada dicemari dan dinodai oleh UMNO-Barisan Nasional.
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-17022009.pdf

Monday, September 1, 2008

SKETSA PARLIMEN 18 (OGOS 20/08): PERIHAL ISU PERKAUMAN, CHONG WEI & MISBUN

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN
Lim Kit Siang (Ipoh Timur): Lagi 11 hari negara kita akan merayakan hari kebangsaan yang ke-51 tetapi tidak ada apa-apa perasaan, suasana yang menunjukkan kenyataan YB Timbalan Menteri bahawa ada kejayaan program integrasi nasional itu adalah tidak benar. Bukankah ini oleh sebab khasnya dalam enam bulan ini selepas political tsunami, bahawa adalah mengenai isu-isu perkauman, mengenai ketuanan Melayu, kedaulatan Melayu, perpaduan Melayu?

Lim Kit Siang: Sepatutnya mengenai perpaduan Malaysia, bukan Malay unity tetapi Malaysian unity. Dan dengan reaksi-reaksi yang ekstrem, semacam forum-forum Majlis Peguam sama ada mengenai Social Contract atau mengenai conversion to Islam. Baru-baru ini dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, kita tengok ada banting, ‘Melayu ditindas, mana keadilan?’ Adakah MCA setuju, Melayu ditindas? Adakah GERAKAN bersetuju? Sehingga ada suara-suara dalam GERAKAN mahu keluar daripada Barisan Nasional.

Mohd. Puad Zarkashi (Batu Pahat): DAP pun banyak main isu perkauman.

Lim Kit Siang: Adakah Melayu ditindas, hasutan?

Lilah Yasin (Jempol): Ini bukan negara China lah.

Mohd Puad Zarkashi: Malaysian Malaysia lagi perkaumanlah!

Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak): Don’t challenge bumiputera all the time you know!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz:Dakwaan YB Taiping kononnya dasar kerajaan mengamalkan diskriminasi, memecahbelahkan rakyat, menjadi puak bumiputera dan bukan bumiputera adalah satu kenyataan yang tidak tepat malah boleh menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan masyarakat di negara kita yang berbilang kaum.

Nga Kor Ming (Taiping): Setujukah kita semua ini anak Malaysia, setujukah Melayu, India, Cina, Kadazan, Dusun dan semua kaum dalam negara ini harus hidup sebagai satu keluarga yang penuh harmoni. Setujukah kerajaan sesungguhnya mesti berlaku adil, saksama dan penuh kasihan seperti dalam Surah al-An’am ayat 90, [membaca sepotong ayat al-Quran]?

Nazri Aziz: Saya amat bersetuju dengan apa yang telah dibangkitkan oleh YB Taiping (Nga) dan saya ingat banyak kita kena belajar daripada pemain badminton Lee Chong Wei dengan Misbun Sidek. Hati mana yang tidak menangis melihat Chong Wei mencium bendera Malaysia dan coach nya Melayu tetapi mereka sewaktu berjuang di Beijing untuk Malaysia, Chong Wei tidak mengira dia Cina, Misbun tidak mengira dia Melayu tetapi dia Malaysia.

Nazri Aziz: Jadi kalau sekiranya Yang Berhormat boleh tunjuk di mana yang Barisan Nasional lakukan yang tidak dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia mungkin saya boleh mengaku bahawa dasar-dasar Barisan Nasional itu adalah tersilap tetapi semua yang dilakukan ini ialah berdasarkan apa yang telah ditentukan oleh Perlembagaan Malaysia.

Nazri Aziz: Cuma kalau scholarship pun juga di bawah 152 memang termaktub mengatakan itu bahawa satu kerizaban, satu reserve yang diberikan kepada Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak.

Nazri Aziz: Jadi ini bukan satu perkara yang kita lakukan yang bercanggah dengan perlembagaan., tetapi kalau Ahli-ahli Parlimen yang ada di sini termasuk semualah yang Melayu sebelah sana, yang Melayu sebelah sini kita merasakan bahawa Akta Hak Keistimewaan Melayu dalam Perlembagaan Malaysia ini patut dihapuskan. Saya cadang supaya mereka membawa usul untuk kita meminda dan buang semua 152, 153 pada ketika itu kita boleh sama-sama
bercakap bahawa kita semua membela bangsa Malaysia
.

http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-20082008.pdf

Saturday, August 30, 2008

SKETSA PARLIMEN 17 (OGOS 19/08): KES RABA PUTERI, MAKI ORANG & GURU BESAR BUAT PROJEK!

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN
“Amerika Syarikat bukanlah ‘mata-mata’ ataupun ‘polis dunia’ yang berhak campur tangan dalaman hal ehwal negara asing. Pintu belakang dan juga halaman rumah mereka sendiri dinodai dengan diskriminasi.” - Menteri Luar Negeri Rais Yatim menjawab soalan Bung Moktar Radin (Kinabatangan) mengenai langkah-langkah tegas dalam menangani campur tangan kuasa asing
dalam hal ehwal kedaulatan undang-undang negara.

PERIHAL PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH

“Kadang-kadang kita nampak penguat kuasa di negara kita menjalankan tugas yang keras. Kadang-kadang kita lembut, kadang-kadang nampak kita langsung tiada penguat kuasa. Contoh, macam Permatang Pauh, apa berlaku baru-baru ini, ada orang pukul orang, orang pukul jurugambar dan wartawan, pecah kereta, maki orang, raba Puteri, kereta timbalan menteri kena goncang.” - Tiong King Sing (Bintulu).

Mahfuz Omar (Pokok Sena): Minta Puteri tunjuk macam mana kena raba.

Mohd. Hayati Othman (Pendang): Jurugambar pukul diri sendiri.

“Saya difahamkan bahawa di negara kita hanya ada 100,000 anggota polis dan jumlah itu hanya 6,661 anggota ditugaskan untuk siasatan kes jenayah di negara kita.”Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang)

“Mengenai insiden-insiden yang berlaku di Permatang Pauh ini, pihak polis telah pun menerima laporan-laporan dan siasatan akan diambil kononnya mengikut orang yang membuat aduan itu, memang mereka ini dipukul oleh anggota dan penyokong PKR atau pembangkang, tetapi saya tak kata mereka ini yang melakukan perkara itu.” – Timbalan Menteri Dalam Negeri Chor Chee Heung.

PERIHAL WANG KERTAS RM500 & RM1,000

“Kerajaan belum bercadang untuk memperkenalkan semula edaran dominasi wang kertas RM500 dan RM1,000. Walau bagaimanapun, mereka yang masih ada wang kertas dominasi RM500 dan RM1,000 boleh ditukarkan di mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia.” - Timbalan Menteri Kewangan II Kong Cho Ha.

“Untuk makluman Dewan yang mulia ini, untuk wang kertas didominasi RM500, masih ada 151,482 keping lagi masih belum dipulangkan kepada Bank Negara Malaysia dan nilainya ialah RM75.741 juta. Untuk wang kertas didominasi RM1,000, sebanyak RM28,315 kepingan yang masih belum dikembalikan kepada Bank Negara Malaysia dengan nilainya RM28.315 juta.”Kong Cho Ha.

Ibrahim Ali (Pasir Mas): Saya sebelum ini ada pernah membawa usul di bawah 18(1) bersabit dengan wang kertas didominasi harga RM500 dan RM1,000 ini. Kalau tidak silap saya Tuan Yang di-Pertua, wang nilai RM500 dan RM1,000 ini sah lakunya dahulu ialah sehingga 1 Julai 1999 kalau tidak silap saya. Tiba-tiba pihak kerajaan Bank Negara membuat keputusan bermula pada Jun 2007 kalau tidak silap saya, wang ini boleh ditukar balik. Saya hendak tanya apakah rasionalnya sehingga sesudah beberapa tahun wang didominasi RM500 dan RM1,000 ini sudah diisytiharkan tidak laku lagi, kenapa sekarang ini boleh ditukar balik.

Ibrahim Ali: Tadi Yang Berhormat menyebut masih ada lagi RM75 juta untuk harga RM500 dan RM28 juta untuk harga RM1,000, apakah ini sebagai satu dasar terbuka hendak menghalalkan yang sebelum ini dapat ditukar balik. Saya hendak tahu berapa jumlah wang yang didominasi RM500 ini yang ditukar selepas 2007.

Ibrahim Ali: Saya difahamkan mungkin ada pihak-pihak yang tertentu, individu-individu tertentu seorang, dua orang tiga orang menyimpan wang ini di luar negara kemudian membawa balik menggunakan kaedah melalui bank untuk menukar. Sekarang ini oleh sebab wang itu jumlah yang banyak, jumlah keseluruhan RM5 bilion. Kemungkinan pihak ini sudah menukar beberapa ratus juta saya tidak tahu dan siapakah mereka ini atau satu dua individu dan berapa jumlahnya?

PERIHAL GURU BERPOLITIK

“Tidak cukup jawatan, wujud macam-macam jawatan lagi hendak bagi pengarah itulah, timbalan pengarah itulah, penolong itulah, penolong kanan inilah, itulah, inilah kerana hendak naik pangkat mesti dapat sokongan orang politik. Jadi guru tidak hendak pindah, tidak ditukar ke Sabah ke Sarawak maka wujudlah budaya bodek.” Ibrahim Ali ketika membahas pindaan Akta Pendidikan 1986

“Orang lain kena tukar dua tiga kali. Ada sesetengah sekolah dia depan rumah saja sebab apa dia orang kuat politik, dia orang kuat ketua bahagian, dia setiausaha bahagian.” - Ibrahim Ali.

“Saya ingin mencadangkan supaya kalau boleh diwujudkan dasar di mana guru-guru sekolah rendah termasuk terutamanya guru-guru besar tidak dibenarkan memegang jawatan parti politik. Sama ada menjadi setiausaha UMNO bahagian ataupun ketua UMNO bahagian ataupun setiausaha kawasan PAS, ketua kawasan PAS tak kira apa parti sekali pun, mereka tidak boleh memegang jawatan. Termasuk BEBAS. Tak boleh. Tapi BEBAS dia tak ada parti dia tak ada masalah.” Ibrahim Ali.

“Seorang guru besar, bernama Encik Mohd Nor bin Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim IV, dilantik menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Pasir Mas. Pada waktu saya igugurkan menjadi ketua bahagian dulu, dilantiknya Dato’ Rahim Abdul Rahman, orang yang baru dilantik melantik orang yang menjadi setiausaha bahagian, guru besar. Selepas jadi setiausaha bahagian, hasil tindak tanduk seorang guru besar campur politik terdengarlah dalam kawasan, guru besar ini buat projek kecil bagi pihak ketua bahagian, mengagih-agihkan projek.” Ibrahim Ali.

“Contohnya kalau dia pegang jawatan setiausaha bahagian atau ketua bahagian pagi-pagi hendak pergi sekolah - guru besar, pukul tiga pagi tidak tidur lagi duduk layan menteri dekat hotel contohnya ataupun pergi mesyuarat, balik lewat contohnya. Maka kemudian ada pula mesyuarat cawangan.” Ibrahim Ali
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-19082008.pdf

Monday, August 25, 2008

SKETSA PARLIMEN 16 (OGOS 18/08) : RAIS YATIM: KALAH, KALAH, KALAH!

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN
Rais Yatim: Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita kecewa dengan penghakiman ICJ atau Mahkamah Antarabangsa pada 23 Mei 2008 yang menyebelahi Singapura berhubung Batu Puteh, kita bersyukur kerana telah diputuskan oleh mahkamah tersebut sebagai mengekalkan hak milik dan kedaulatan ke atas Batuan Tengah.

M. Kula Segaran (Ipoh Barat): Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, semasa ICJ membuat satu keputusan memberi sovereignty Pulau Batu Puteh yang telah mendukacitakan semua rakyat Malaysia, hanya ada seorang sahaja dalam Malaysia ini yang
menyatakan win-win iaitu Yang Berhormat Menteri sendiri. Kita semua sangat hairan dengan kenyataan tersebut. Apakah asas di mana boleh dikatakan ‘win-win’?

Rais: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, apabila selesai
keputusan Mahkamah Antarabangsa di Hague pada 23 Mei itu, saya yang mewakili negara di hadapan media dunia dengan pelbagai cengkerama dan juga pelbagai dugaan. Terfikir oleh saya perkataan ‘menang-menang’ itulah yang paling tepat bagi negara kita. Kalau Yang Berhormat Ipoh Barat berada di Hague pada masa itu, mungkin Yang Berhormat sahajalah manusia yang akan kata, ‘kalah, kalah, kalah, kalah, kalah’. Jadi, pandangan yang seperti ini, saya menyampaikan secara lunak dan secara yang boleh tersisip di dalam jiwa Yang Berhormat Ipoh Barat. Kalau kita kalah Batuan Tengah, kalau kalah Tubir Selatan, baru saya akur kepada ‘kalah, kalah, kalah’. Akan tetapi oleh sebab penghakiman itu menyatakan dengan jelas bahawa kita dapat Batuan Tengah dan Tubir Selatan, takkan saya kata, ‘kalah, kalah, kalah’?

Rais: Oleh sebab itulah, saya sebut ‘menang-menang’ situasinya. Tinggal lagi, ‘lain padang, lain belalang’, ‘lain lubuk, lain ikannya’. Mungkin rambut sama yang hitam, tetapi pandangan juga tidak sama tekanannya.

“Kos perkhidmatan SPANCO kepada kerajaan bagi tempoh 2004 hingga 2007 adalah seperti berikut; Untuk tahun 2004, kos sewaan 4,951 buah kereta adalah RM89.6 juta dan kos selenggaraan adalah RM25.8 juta. Untuk tahun 2005, sebanyak 5,089 buah kereta disewa atas kos RM77.5 juta dan kos selenggaraan adalah RM24.4 juta. Untuk tahun 2006, sebanyak 5,591 buah kereta disewa atas kos.” - Timbalan Menteri Kewangan II Kong Cho Ha

“Selenggaraan untuk tahun 2006 adalah RM20.9 juta dan untuk
tahun 2007 sebanyak 5,890 buah kereta disewa atas kos RM87.3 juta dan selenggaraan RM24.5 juta.”
Kong.

“Kos purata penyelenggaraan berkala tahunan yang dikenakan bagi kereta Proton Perdana V6 adalah sebanyak RM2,373 iaitu 55% lebih rendah daripada kos penyelenggaraan standard bagi kereta Mercedes Benz sebanyak RM3.693.” - Kong.
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-18082008.pdf