Monday, September 1, 2008

SKETSA PARLIMEN 18 (OGOS 20/08): PERIHAL ISU PERKAUMAN, CHONG WEI & MISBUN

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN
Lim Kit Siang (Ipoh Timur): Lagi 11 hari negara kita akan merayakan hari kebangsaan yang ke-51 tetapi tidak ada apa-apa perasaan, suasana yang menunjukkan kenyataan YB Timbalan Menteri bahawa ada kejayaan program integrasi nasional itu adalah tidak benar. Bukankah ini oleh sebab khasnya dalam enam bulan ini selepas political tsunami, bahawa adalah mengenai isu-isu perkauman, mengenai ketuanan Melayu, kedaulatan Melayu, perpaduan Melayu?

Lim Kit Siang: Sepatutnya mengenai perpaduan Malaysia, bukan Malay unity tetapi Malaysian unity. Dan dengan reaksi-reaksi yang ekstrem, semacam forum-forum Majlis Peguam sama ada mengenai Social Contract atau mengenai conversion to Islam. Baru-baru ini dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, kita tengok ada banting, ‘Melayu ditindas, mana keadilan?’ Adakah MCA setuju, Melayu ditindas? Adakah GERAKAN bersetuju? Sehingga ada suara-suara dalam GERAKAN mahu keluar daripada Barisan Nasional.

Mohd. Puad Zarkashi (Batu Pahat): DAP pun banyak main isu perkauman.

Lim Kit Siang: Adakah Melayu ditindas, hasutan?

Lilah Yasin (Jempol): Ini bukan negara China lah.

Mohd Puad Zarkashi: Malaysian Malaysia lagi perkaumanlah!

Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak): Don’t challenge bumiputera all the time you know!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz:Dakwaan YB Taiping kononnya dasar kerajaan mengamalkan diskriminasi, memecahbelahkan rakyat, menjadi puak bumiputera dan bukan bumiputera adalah satu kenyataan yang tidak tepat malah boleh menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan masyarakat di negara kita yang berbilang kaum.

Nga Kor Ming (Taiping): Setujukah kita semua ini anak Malaysia, setujukah Melayu, India, Cina, Kadazan, Dusun dan semua kaum dalam negara ini harus hidup sebagai satu keluarga yang penuh harmoni. Setujukah kerajaan sesungguhnya mesti berlaku adil, saksama dan penuh kasihan seperti dalam Surah al-An’am ayat 90, [membaca sepotong ayat al-Quran]?

Nazri Aziz: Saya amat bersetuju dengan apa yang telah dibangkitkan oleh YB Taiping (Nga) dan saya ingat banyak kita kena belajar daripada pemain badminton Lee Chong Wei dengan Misbun Sidek. Hati mana yang tidak menangis melihat Chong Wei mencium bendera Malaysia dan coach nya Melayu tetapi mereka sewaktu berjuang di Beijing untuk Malaysia, Chong Wei tidak mengira dia Cina, Misbun tidak mengira dia Melayu tetapi dia Malaysia.

Nazri Aziz: Jadi kalau sekiranya Yang Berhormat boleh tunjuk di mana yang Barisan Nasional lakukan yang tidak dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia mungkin saya boleh mengaku bahawa dasar-dasar Barisan Nasional itu adalah tersilap tetapi semua yang dilakukan ini ialah berdasarkan apa yang telah ditentukan oleh Perlembagaan Malaysia.

Nazri Aziz: Cuma kalau scholarship pun juga di bawah 152 memang termaktub mengatakan itu bahawa satu kerizaban, satu reserve yang diberikan kepada Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak.

Nazri Aziz: Jadi ini bukan satu perkara yang kita lakukan yang bercanggah dengan perlembagaan., tetapi kalau Ahli-ahli Parlimen yang ada di sini termasuk semualah yang Melayu sebelah sana, yang Melayu sebelah sini kita merasakan bahawa Akta Hak Keistimewaan Melayu dalam Perlembagaan Malaysia ini patut dihapuskan. Saya cadang supaya mereka membawa usul untuk kita meminda dan buang semua 152, 153 pada ketika itu kita boleh sama-sama
bercakap bahawa kita semua membela bangsa Malaysia
.

http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-20082008.pdf

No comments: