Friday, September 19, 2008

SATU SOALAN BUAT TERESA KOK!

TERESA Kok dibebaskan hari ini selepas tujuh hari ditahan dibawah ISA.

Dalam kenyataan akhbar beliau yang dikeluarkan sejam yang lalu Ahli Parlimen Seputeh itu berkata:

"Ketiga-tiga soalan utama yang ditanya pegawai-pegawai penyiasat (polis) ialah:

1. Samada saya mengumpul sekumpulan penduduk Bandar Kinrara untuk menyampaikan petisyen kepada Masjid Bandar Kinrara untuk memprotes azan di masjid tersebut.

2. Samada saya ada membuat kenyataan bahawa 30 peratus dari peruntukan Jabatan Agama Islam Selangor untuk tujuan badan-badan bukan Islam, dan

3. Samada saya menentang diadakan papan tanda Jawi di Kuala Lumpur.

Saya menafikan kedua-dua tuduhan pertama kerana saya tidak melakukannya. Saya juga memberitahu mereka bahawa isu Papan Tanda Jawi itu dibangkitkan pada bulan Januari/Februari 2008 atas permintaan dan tekanan persatuan-persatuan penduduk.

Persatuan-persatuan penduduk terutamanya di Taman Seputeh tidak puashati kerana banyak tanda jalan ditukarkan tanpa dirujuk oleh DBKL beberapa bulan sebelumnya dan ditukarkan lagi, kali ini dengan mengandungi perkataan Jawi.

Mereka menentang pembaziran seumpama ini oleh DBKL.

Saya agak terperanjat apabila tiada soalan lain dikemukakan selain dari ketiga-tiga soalan tersebut."

Kenyataan penuh Teresa Kok: http://teresakok.com/2008/09/19/detention-is-political/#more-1417

P/S: Jelapang: Kita tidak setuju Teresa Kok ditahan di bawah ISA. Bagaimanapun Teresa perlu membuat penjelasan samada beliau menentang atau tidak penggunaan Jawi di papan-papan tanda jalan.

1 comment:

Panglima Perang Cyber said...

Dia akui pertikai tulisan jawi...


berita Utusan ada sebut...