Friday, September 26, 2008

MALAYSIAN INSIDER PERLEKEH PAK LAH!

JUMAAT, 10 PAGI: Ada yang berpendapat esok akan menentukan nasib Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden Umno.

Esok juga dikatakan hari di mana Pak Lah akan mengetahui siapa di kalangan ahli Kabinet dan Majlis Tertinggi yang masih setia kepada beliau di saat-saat getir ini - samada Muhammad Muhamad Taib, Azalina Othman Said, Nazri Aziz, Khaled Nordin, Ismail Sabri dan Shabery Cheek masih setia kepada Pak Lah.

Amat jelas Pak Lah kini tertekan. Malaysian Insider, portal yang diterajui oleh penyokong Pak Lah, mengambarkan bagaimana Pak Lah kini diambang kejatuhan.

Malaysian Insider acap kali memperlekehkan Abdullah dengan menyatakan bahawa beliau akan berjaya mendapat 58 pencalonan untuk mempertahankan jawatan sebagai presiden. Jelas sekali, Abdullah merupakan presiden Umno yang pertama bertarung nyawa politik menagih pencalonan untuk kekal berkuasa.

Malaysian Insider tidak kenal sejarah. Sistem kuota yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad adalah untuk memastikan presiden kekal berkuasa selama mungkin. Jika dahulu pencabar merupakan underdog untuk meraih cukup pencalonan, kini ia berlainan.

Abdullah sebagai presiden tercungap-cungap dalam mencari pencalonan yang cukup untuk mempertahankan jawatan.

Jadi tidak menghairankan sekiranya di dalam keadaan tertekan ini, Malaysian Insider sanggup memutarbelitkan fakta.

Di dalam satu komentar semalam, Malaysian Insider berkata Najib kini mencadangkan supaya mesyuarat bahagian yang dijadualkan dari Okt 9-Nov 9 ditangguhkan untuk memastikan Umno terus bersatu. Bagaimana pun Pak Lah menentang cadangan tersebut kerana ia akan menggambarkan Pak Lah lemah dan terdesak. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/9583-playing-safe-by-putting-off-umno-polls

Blogger Rocky's bru mengambarkan ianya sebagai satu pembohongan oleh penyokong Pak Lah.

Menurut Rocky, Pak Lah yang mencadangkan supaya mesyuarat bahagian ditangguhkan untuk menyelamatkan karier politik beliau. Komen Rocky's bru: http://www.rockybru.com.my/2008/09/pak-lahs-insider.html

Esok ahli Majlis Tertinggi akan menentukan hayat politik Pak Lah. Sekiranya Jun 2009 dijadikan tarikh peralihan kuasa yang baru, jelas sekali ia hanya untuk memastikan turun takhta secara bermaruah.

Sekiranya mesyuarat bahagian diteruskan, Pak Lah akan diaibkan. Bagaimanapun ia adalah pilihan Pak Lah sendiri kerana ahli-ahli Majlis Tertinggi sudah memperingati beliau akan sentimen akar umbi.

Harapan Pak Lah untuk kekal sehingga 2010 kini tinggal impian.

1 comment:

Sang Tuba said...

Salam hormat...

Satu puak kata lain, satu puak kata macam lain.

Kalau di dalam um-NO sendiri berteraboq, macam mana nak kendalikan satu negara???...

Nasib baik rakyat jauh lebih cerdik dari pemimpin um-NO skrg dengan memdapatkan pengesahan dari pelbagai sumber lain.

Apa pun, um-NO memang semakin laju menuju ke alam barzah.