Saturday, September 13, 2008

ALI RUSTAM SOKONG NAJIB?

Laporan Utusan Malaysia 13/9/08
Ali Rustam sokong pandangan Najib
MELAKA 12 Sept. - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyokong pandangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tarikh peralihan kuasa diputuskan oleh ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi.

Beliau berkata, apa yang disebut oleh Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO itu adalah sesuai berlandaskan kepada perlembagaan parti.

''Cadangan Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkenaan peralihan kuasa adalah munasabah, tetapi ahli-ahli parti sememangnya mempunyai hak memutuskannya dalam mesyuarat agung bahagian masing-masing," katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media di sini petang ini.

Kelmarin, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan agar tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan kerajaan dan parti dikaji semula memandangkan tarikh asal yang dijadualkan pada tahun 2010 terlalu lama.


Semalam, Najib dilaporkan telah menyerahkan kepada ahli-ahli UMNO untuk memutuskan tarikh peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada beliau.

Najib berkata, pelan peralihan kuasa yang diputuskan Julai lepas telah disahkan oleh MT.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

Amat menarik pabila Ali Rustam menjadi Naib Presiden yang Kedua yang menyokong pendirian Najib agar akar umbi menentukan samada peralihan kuasa perlu tunggu sehingga 2010.

Ia bermaksud orang Kedua, Ketiga dan Keempat tertinggi dalam Umno mahukan ianya ditentukan oleh akar umbi.

No comments: