Sunday, September 28, 2008

SIAPA KUDA HITAM YANG AKAN MENCABAR MUHYIDDIN YASSIN?


Beberapa hari lalu, JELAPANG meramalkan Zahid Hamidi sebagai calon yang akan menentang Muhyiddin Yassin untuk jawatan Timbalan Presiden Umno Mac depan.

Semalam, Shabery Cheek membuat kenyataan yang pasti menimbulkan pelbagai spekulasi akan siapa yang akan bertanding jawatan tersebut.

Shabery yang jelas bukan dari kem Najib Razak berkata: "Selepas hari raya ini, dua atau tiga nama baru dijangka timbul untuk berada dalam persaingan, nama-nama ini akan memeranjatkan masyarakat umum."

"Jawatan nombor satu mungkin tidak (ditandingi) kerana Datuk Seri Najib Tun Razak sudah dilihat sebagai pengganti jawatan berkenaan," tambah Shabery yang menggunakan terminologi "calon kuda hitam" bagi bakal pencabar Muhyiddin Yassin.

Mungkinkah calon kuda hitam yang dimaksudkan Shabery ialah Khaled Nordin? Khaled dilihat sebagai anak denak Abdullah Ahmad Badawi.

Sebelum isu peralihan kuasa bermula, ada spekulasi bahawa Khaled dididik Abdullah sebagai bakal Timbalan Presiden Umno.

Harapan Khaled atau Zahid untuk bertanding jawatan nombor dua dalam Umno bergantung kepada siapa pilihan Najib.

Sekiranya bahagian Pekan mencalonkan Muhyiddin, sukar buat Khaled dan Zahid untuk meraih pencalonan dari bahagian-bahagian kecuali bahagian mereka sendiri dan Kepala Batas. Lazimnya, ketua bahagian atau bahagian akan patuh kepada pilihan bakal presiden Umno.

Jika tradisi ini berterusan, harapan Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri cerah. Malah ada berpendapat Najib tiada pilihan kecuali memilih Muhyiddin atas "inisiatif" beliau memberi tekanan kepada Abdullah.
P/S: Ketua Bahagian Cheras dan Batu Pahat sudahpun membuat keputusan untuk mencalonkan Najib sebagai Presiden dan Muhyiddin ke jawatan Timbalan Presiden.

Kuda Hitam: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

1 comment:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

JELAPANG TOK SHABERY PULAK JADI KUDA APA? MANA RACE DIA MASUK? MANA GODFATHER PULAK YANG JADI DADDY?