Sunday, September 28, 2008

POLITIK ANNUAR MUSA

IKUT ANGIN: Tidak sukar untuk kita memahami perilaku orang politik. Sekejap ke hulu, sekejap ke hilir. Annuar Musa adalah antara ahli politik yang tahu yang mana "dahan reput dan mudah patah" dan dahan mana yang patut beliau berpaut.

Kenyataan Annuar pada 21 September, 2008:
KOTA BAHARU: Umno Kelantan menyokong penuh penyerahan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dijadualkan pada 2010.

Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan hari ini yang dihadiri hampir kesemua ketua Umno bahagian mencapai kata sepakat mengenai pelan peralihan kuasa itu.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang telah menyatakan hasrat bertanding jawatan Presiden Umno, tidak hadir.

Annuar berkata Umno Kelantan akan terus menyokong kepimpinan Abdullah dan Najib agar peralihan kuasa itu berjalan dengan lancar.

“Kita mahu Datuk Seri Najib mengambil alih kepimpinan dalam keadaan Umno kuat,” katanya. - Bernama

Kenyataan Annuar semalam:
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, berkata keputusan Abdullah untuk mempercepatkan peralihan kuasa amat tepat bagi membolehkan parti itu membuat persediaan awal menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan sekarang, banyak perkara perlu dilakukan Umno bagi mendapatkan semula kepercayaan rakyat.

“Kita lihat banyak perkara perlu dilakukan oleh Umno sebab itu kita mahu Najib mendapat sokongan padu dan walaupun berundur, kita berharap Pak Lah akan terus memberi sokongan. Kita mahu semua tenaga Umno digemblengkan baik Pak Lah, Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun Musa Hitam,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
http://www.bharian.com.my/Sunday/BeritaUtama/20080927232322/Article/index_html

Jelapang: Itulah resam orang politik.

No comments: