KITA bakal menyaksikan tiga lagi pilihanraya kecil untuk melihat siapa lebih berpengaruh penggal ini.
Adakah Barisan Nasional akan terus menyaksikan pengaruhnya terhakis di mata rakyat atau Pakatan Rakyat semakin pudar keyakinan pengundi terhadap perjuangannya.
Sekiranya kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar boleh diambil kira, maka dalam masa terdekat ini kita akan menyaksikan pilihanraya kecil di Sanglang (Perlis), Kulim-Bandar Baru (Kedah) dan Pensiangan (Sabah).
Ketiga-tiga kawasan ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Permatang Pauh mungkin kubu kuat Anwar Ibrahim tetapi kali ini ketiga-tiga kawasan pilihanraya ini adalah kubu Barisan Nasional.
Tumbangnya BN di ketiga-tiga plilihanraya kecil ini akan memberi kesan kepada perikatan parti-parti komponen. Mampukah BN mengelak dari menghadapi krisis keyakinan rakyat kali ini?
Pilihanraya kecil Sanglang, Kulim-Bandar Baru dan Pensiangan bakal menentukan hala tuju BN dan Umno selepas 51 tahun Malaysia merdeka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment