Saturday, September 6, 2008

MCA KELUAR BN?

ITULAH kehendak Pemuda MCA Perak.
Pemuda MCA Perak gesa kepimpinan parti pertimbangkan keluar daripada BN
06/09/2008 2:54pm

IPOH 6 Sept.— Pemuda MCA Perak hari ini menggesa pucuk pimpinan pusat parti itu supaya mempertimbangkan untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya para pemimpin UMNO, parti politik terbesar dalam gabungan itu, tidak mahu mengubah sikap.

Mengambil contoh kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini, Ketua Pemuda MCA Perak Datuk Tan Chin Meng berkata, pendekatan sedemikian telah menyinggung perasaan kaum bukan bumiputera selain boleh menjejaskan perpaduan rakyat di negara ini.

“Maka Pemuda MCA Perak menyeru kepada pemimpin MCA pusat supaya mempertimbangkan sekiranya pemimpin-pemimpin UMNO masih tidak ingin menukar perangai mereka, untuk keluar daripada BN,” katanya kepada pemberita selepas berucap sebelum majlis pemilihan jawatan Pemuda MCA Perak di Dewan St John Ambulans di sini hari ini.
- Bernama

No comments: