ADAKAH hari ini bermulanya polemik di dalam Umno? Orang politik bijak berbahasa dan bijak menggunakan bahasa.
Orang politik jarang sekali berterus-terang tuturan mereka. Bahasa mereka penuh sopan, penuh kiasan tetapi ianya penuh dengan maksud yang tersirat. Hanya orang politik yang bijak membuat takrifan.
Hari ini, tiga pemimpin besar Umno membuat kenyataan. Muhyiddin Yassin mempertahankan kenyataannya di Singapura, Najib Razak mengenai peralihan kuasa dan Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan keputusannya kekal Perdana Menteri sehingga 2010.
Terpulanglah kepada kita untuk menghurai apa yang tersirat dari kenyataan mereka:
Muhyiddin: "Itu satu pandangan beliau (Najib) yang saya fikir harus juga diambil kira kerana sebenarnya, pemimpin tidak dipilih oleh pemimpin. Pemimpin ditentukan oleh ahli dan di peringkat negara, kita dipilih oleh rakyat. Pelan (peralihan kuasa) yang kita buat ini bukan hanya untuk kepentingan parti tapi penerimaan oleh rakyat. Saya bimbang kalau pelan itu kita terima tapi rakyat tidak terima dan menolak kita dan kita kalah, jadi ini satu beban besar."
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=358742
Najib: "Oleh itu, kerana Umno yang merupakan parti yang mengamalkan prinsip demokrasi, perkara ini (peralihan kuasa) hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli parti melalui proses dalaman parti iaitu melalui mesyuarat tahunan dalam bahagian-bahagian."
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=358695
Abdullah: "Sekiranya pelan peralihan kuasa itu dibangkitkan lagi, ia akan menimbulkan pelbagai cerita dan kempen."Ada yang akan gesa supaya pelan itu dilaksanakan mengikut jadual ... ada yang akan gesa (tempoh peralihan) dipendekkan."
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=358781
Orang politik pastinya akan mentafsirkan apa yang tersirat dari kenyataan-kenyataan ini. Sudah ada di akar umbi yang membuat pelbagai spekulasi. Ada yang mengatakan ianya isyarat kepada akar umbi untuk mencalonkan Najib ke jawatan presiden. Ada yang membuat spekulasi bahawa bahagian diminta mendesak peralihan kuasa dibuat lebih awal.
Berikut adalah tafsiran yang dibuat oleh pimpinan bawahan Umno berikutan kenyataan pemimpin seperti Najib dan Muhyiddin.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang Abdullah Mat Yassin: "Lebih baik peralihan kuasa itu berlaku pada Disember ini kerana pemimpin baru dapat mengukuhkan parti dan mengambil langkah awal dalam mencari keyakinan rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti." http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=358792
Ketua Umno Bahagian Kampar Datuk Mohd Radzi Manan: "Kenyataan ini membuka lembaran baru dalam proses pemilihan kepimpinan Umno.Ia membawa erti beliau tiada halangan dicalonkan bagi mana-mana jawatan termasuk jawatan Presiden."
Timbalan Ketua Wanita Umno Perak Datuk Dr Rosnah Kassim: "Kenyataan Datuk Seri Najib sebenarnya sudah lama dinantikan oleh ahli akar umbi yang mahu hak mereka menentukan pemimpin dikembalikan. Peralihan kuasa ini dilihat menggambarkan pemimpin mahu menentukan tempoh berkuasa sedangkan hak itu sebenarnya di tangan ahli kerana mereka yang berhak mencalon dan memilih pemimpin."
Jelapang: Adakah selepas hari raya ini peristiwa semasa Anwar Ibrahim mengumumkan menentang Allahyarham Ghafar Baba akan berulang? Atau Abdullah akan menggunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri untuk memastikan peralihan kuasa berjalan seperti mana yang di rencanakan? Yang paling menarik, apakah isyarat yang diberikan oleh Najib kepada akar umbi hari ini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment